09 November 2010

Susulan Banjir Di Utara Semenanjung, ABIM Lancar Tabung Bantuan


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah melancarkan misi kemanusiaan membantu penduduk-penduduk Kedah, Perlis, Kelantan serta Terengganu, yang terlibat dalam musibah banjir besar yang melanda negeri-negeri terbabit. Misi kemanusiaan ini akan digerakkan menerusi Skuad Prihatin, akan mengagihkan barang keperluan asas seperti air mineral, set kebersihan diri, selimut, tikar serta barang-barang keperluan asas serta penjagaan bayi.


Di samping itu, Skuad Prihatin juga dijangka akan mendirikan dapur umum di samping menghantar pasukan doktor untuk meringankan beban mereka yang dilanda musibah ini. Skuad Prihatin akan bergerak ke negeri-negeri berkenaan mulai hari ini (4/11/2010). Skuad prihatin ABIM Pusat adalah unit di bawah Jabatan Antarabangsa,kemanusiaan & alam sekitar dipengerusikan oleh Dr. Mohd Saifullah Al Hany Abdul Halim serta mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan misi-misi bantuan kemanusiaan.


Atas dasar keprihatinan terhadap mereka yang ditimpa musibah ini, ABIM ingin mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu serta memberikan sumbangan. Untuk sumbangan serta sebarang makluman sila hubungi Saudara Shakir Fahmi di talian 013-387 7722. atau Saudari Noraliza Effendy di talian 013-212 8466/03-4108 4500. Sumbangan boleh dibuat ke akaun BIMB : 14-023-01-002743-2 (ABIM).


Sumber : ABIM Online

No comments: