15 June 2010

Nuffnang : Iklan kedua dan Bukti untuk Aku .

Salam..

Boleh dikatakan entri tentang nuffnang ni hanya suka-suka sahaja, bukanlah penulisan yang serius tapi ia sudah merungkai persoalan aku iaitu “ betul ke ada keluar iklan dari nuffnang? “

Sebelum aku pergi ke persoalan aku yang dah lama tersimpan tu, aku tergerak untuk buka akaun nuffnang aku semalam lepas balik main futsal. Menurut seorang blogger ( tak ingat tapak blog beliau ), nuffnang akan kemaskini akaun kita setiap hari isnin, maka teringat akan kata-kata itu aku buka akaun nuff aku.

Sekali lagi kelakar sebab suka-suka pun dah naik kepada RM 0.50 . ( kepada blogger expert nuffnang jangan gelak..haha )


Iklan kedua dari Celcom Broadband World Cup. Aku tak perasan iklan ni ada, sebab dari jangka masa kempen tu berada kat blog aku, aku buka blog takde iklan pun. Geram juga, tak jumpa bukti yang nuffnang ni betul-beul keluarkan iklan. Aku tak suka fakta tapi mahu lihat bukti !!
pemikiran pelajar sains memang begini kah?

Hari ini aku buka blog lagi, terkejut juga ada poll kat sidebar aku tempat aku letak logo nuffnang. Survey yang perlu pelawat jawab kalau diorang nak jawab la. Aku pun main-main survey tu walaupun kat blog sendiri. hahaha.. Lagipun nampak macam cantik.


Aku terus tengok bahagian bawah, tempat aku letak iklan nuffnang lagi satu. Akhirnya persoalan aku terungkai.

Toy Stories 3. Aku try klik,memang pergi ke site Toy Stories 3 tersebut. Wah !.. Bukti sudah ada. Memang betul nuffnang ni ada keluarkan iklan tapi tak selalu.

Aku berpuas hati bila jumpa bukti !!

* nota kecik :
1. aku pernah jumpa blog yang ada paparkan iklan nuffnang, iklan kereta GT dengan Digi. Tapi bila aku tengok properties gambar tu, URL iklan tu hanyalah sekadar image.jpg, bermakna bukan iklan yang betul. Kurang respek aku terhadap beliau.

2. Mungkin mereka yang baru-baru nampak iklan keluar kat blog akan teruja macam aku juga ke?.. entah ye =)

3. Saksikan Toy Stories 3, 17 Jun ini. Tak pernah tahu pun Toy Stories ada berapa siri

1951
15 Jun 2010
rumahku..

9 comments:

balqis said...

tahniah ye! teruskan usaha anda :D

izwanyusof said...

masih mengkaji.. =)

mr kay said...

bro, jangan click sendiri selalu. nanti kena banned pulak.

teruskan ber-blogging.

izwanyusof said...

hoo.. aku saje je nak try..
berani mencuba membawa padah gak ek..haha

thanx 4 dat info..

fauziah hanum said...

hehe..tersenyum dikala baca post nie..

toy stories femes tau time zmn budak2 dulu...

izwanyusof said...

Sekarang pun leh tgk lagi..

g r download kalau malu nak tgk kat pawagam..

hahaha..

timhar said...

bro earning kau bnyak dari aku la hihihi.. haish.. nuffnang ad memang slalu tdo ja.. ada pun orang tdo hihihi

izwanyusof said...

lagi banyak?
same2 la berusaha..haha..

org ckp bese ads kuar time tengah malam,kebetulan plak hari tu keluar time siang..

Admin said...

tips bagus di
http://nuffnang.forumotion.com/