Sedang aku belek-belek helaian facebook home aku, ternampak status dari seorang rakan.
“ish... hillary clinton dtg uia ke kelmarin????”
Memang aku ada dengar berita kedatangan Hillary Clinton, Setiausaha Amerika Syarikat ke Malaysia untuk lawatan kerja tapi yang peliknya ada ke dia singgah kat uia gombak? Kalau ada dia datang, mesti dah penuh polis dengan guard macam masa Maher Zain datang uia bulan lepas.
Sambil lepak-lepak depan internet aku cari sumber kepastian. Rupanya Hillary mengadakan sesi lawatan ke ISTAC ( Institute of Islamic Thought And Civilization ), Kuala Lumpur. ISTAC merupakan salah satu kampus cawangan UIA selain Gombak, Kuantan, Nilai dan Petaling Jaya. Terbaru, kampus Pagoh bakal diwujudkan tetapi setakat ni belum ada apa-apa memorandum selanjutnya berkenaan kampus Pagoh tersebut.
Sambil menerjah internet berkenaan dengan isu ini, ada juga beberapa laman web yang meletakkan stand point bahawa Hillary Clinton punya niat tidak baik,kedatangan seorang mush dan ada juga headline positif yang menyatakan akan wujud hubungan dua hala yang baik antara Malaysia-Amerika Syarikat. Berita politik normal la macam tu punya headline kan. Pada aku urusan yang sebegitu tidak perlu terlalu emosi, jika benarlah musuh sekalipun kalau dah dia datang melawat, terima lawatan itu sebagai satu penghormatan. Siapa tahu disebalik perkara yang orang tidak suka ada kebaikan yang tidak disangka-sangka akan datang. Mungkin skop politik negara terlalu besar untuk kita aplikasikan konsep tu tapi tak mustahil, hanya melihat dan bersangka baik dahulu.
Politik satu perkara yang begitu kompleks dan bersimpang-siur hanya dengan satu matlamat. Aku pun masih lagi tak jelas dengan politik luar dan juga politik dalam kampus ni sendiri. Rumit gak nak paham konsep diorang ni, sebab dalam engineering hanya nak tahu perkara yang straight to the point je. Hehe.. Apapun, aku masih lagi belajar dan mencari pengalaman dari rakan-rakan..
*nota kecik : minyak RON 97 sekarang RM 2.15 ? ada kaitan dengan Bajet 2011 ke ?
No comments:
Post a Comment