Jantung Rakyat Malaysia Bakal Terhenti !
Polis dan Tentera sudah bersiap sedia !
Ehem, saje je tu. Kalau korang ada baca kat akhbar Kosmo tentu faham ayat yang aku tulis kat atas tu. Fenomena 2 Alam ni yang semua orang tahu mencetuskan kontroversi, sepatutnya ditayangkan pertengahan tahun ni tapi akhirnya selamat ditayangkan bersama-sama dengan filem Harry Potter kelmarin.
Pada aku, aku memandang hal ni dari 2 aspek yang berbeza.
Pecah
Tak dapat nak bangkang ia adalah satu target yang diluar kemampuan akal rakyat Malaysia. Majoriti aku tengok kat Facebook, Twitter mahupun blog-blog mempersoal tentang target RM 40 juta ni. Korang tak kutuk gak ke? Takkan lah kot.. Ehehe.. Sebab aku pun
Lagipun kalau tengok situasi baru lepas hari raya korban, aku rasa ramai yang berbelanja lebih ke arah membeli lembu dan kambing, bahan-bahan untuk kenduri pada hari raya korban ( sesetengah tempat ) ataupun barang-barang hantaran pertunangan atau perkahwinan ( musim cuti sekolah merupakan musim mengawan..hohoho).. Dengan kontroversi mengenai filem itu pasti ramai berfikir banyak kali untuk mengeluarkan RM 13 menonton filem 2 Alam.
Tapi bila aku tengok sinopsis filem ni, ia agak menginsafkan juga. Mengisahkan 3 orang sahabat bernama Adam, Ishak dan Hassan. Mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi Adam telah menukar jantina akibat pengaruh songsang budaya barat. Kembali ke Malaysia, Adam a.k.a Amy berkahwin dengan seorang bintang pop. Rahsia Amy terbongkar bila dia dirogol bergilir – gilir dan lepas tu akibat tekanan dia mati sebab bunuh diri. Bila nak dikebumikan tu kawan lama dia ( Ishak ) yang uruskan, bermacam-macam masalah menimpa. Masa aku baca sinopsis ni dalam pale aku fikir cerita dia macam drama indonesia Al – Hidayah. Okey la jugak ada keinsafan. Aku mula respect dengan cerita dia sampailah aku terjumpa Pamela Anderson
Itu dari segi kritikan yang sedikit aku sentuh, ramai lagi orang dah mengkritik pasal ni kat luar sane, cari kat google search. Aspek yang kedua aku memilih untuk melihat dari segi target dan sikap yakin DDR ni dengan mengabaikan Pamela Anderson. Memang sikapnya nampak seperti over-confident dengan target yang terlalu tinggi tetapi sejak dari mula keluar cerita pasal kontroversi 2 Alam ni, DDR nampak tak amik kisah dengan kritikan orang sekeliling dan terus menaikkan target dari 20 Juta ke 40 Juta. Mungkin ia nampak sekadar propaganda di akhbar tapi itulah yang orang awam lihat. Takde nak rasa down dengan masalah yang dihadapi dan terus yakin dengan target. Tercapai atau tidak pada aku belakang cerita sebab hidup kalau takde matlamat dan target ni susah. Kalau nak kutuk sangat pun, cermin dulu diri sendiri adakah kita dah capai tahap CEO sebuah syarikat nak kutuk dia ?. Orang tu dah jauh ke hadapan dan dimanakah tahap diri kita masa kita sibuk mengutuk-ngutuk tentang orang lain.
Tak dinafikan banyak faktor logik yang menyebabkan filem 2 Alam mungkin kurang mendapat sambutan tapi bila aku fikir balik kalau filem tu tak menjadi sekalipun, dia ada sumber lain untuk tampung hidup dia. Apa yang aku nampak dia dah ada satu benda tetap sebagai kerjaya, so kalau dikutuk pun kita tak dapat apa-apa. Ni aku tulis bukan nak kipas lebih-lebih selepas mengutuk tetapi ni lebih kepada pendapat aku sendiri bila aku fikir-fikir kenapa kritikan tak datang seiringan dengan pujian. Yang negatif terus dipandang negatif sampaikan tak kelihatan perkara yang positif walaupun sedikit. Persoalannya, mengapa ?
Aku lagi prefer macam ni je, tengok benda ni apa yang negatif dan apa yang positif. Kritik jugak lah sebab pertama memandangkan logik dari segi pengalaman dia dalam industri filem masih baru, kedua dengan tarikh yang dilihat kurang sesuai, ketiga memandangkan faktor ekonomi sekarang pun masih lagi tak berapa baik, keempat dengan faktor iklim cuaca serta musibah yang berlaku di Utara semenanjung sekarang ( banyak pulak sampai 4.. haha ) dan pujian juga sebab sekurang-kurangnya dia punya matlamat dan melaksanakan perancangan yang dia ada.
Eh, ada sesape dah tengok filem 2 Alam ni ke?.. hehe
*nota kecik : respect sama Les’ Copaque dan KRU Film..
1 comment:
salam kunjungan balas dari k.atie...maaf ambil masa yg lama tuk brkunjung kesini..makasih ziarah blog akak yer..
Post a Comment