“ala orang perempuan memang macam tu.. kuat emosi.. hati tisu.. sikit-sikit nak amik hati !”
Aku rasa korang mesti pernah dengar ayat-ayat kat atas ni, atau pun paling tidak sikit lah korang akan cakap macam ni kat kawan perempuan atau lelaki korang. Kan ?
Aku ada post kat status FB aku pasal statement ego dan emo ni. Ada komen dari sorang rakan aku yang menarik untuk dikongsi,sambil-sambil tu ada juga aku tanya orang lain tentang ni. Buat research? Sikit-sikit la. Sebenarnya disebabkan Ego dan Emo ni lah lelaki dan perempuan itu saling tertarik antara satu sama lain. Setuju ? .. Tetapi pada masa yang sama, mereka selalu menyalahkan di antara satu sama lain.
...picture by h23b[at]deviantart...
Definisi EGOIS secara umumnya berkait dengan persepsi seseorang terhadap dirinya, apa yang ada pada diri, kelebihan, kekurangan dan seterusnya mempengaruhi keyakinan diri. EMOSI pula satu sifat yang berkait rapat dengan perasaan, jiwa yang kuat, sedih, gembira dan apa yang bermain di dalam perasaan individu itu. Sebenarnya, setiap manusia sudah ada sifat emosi dan egois ni cuma lelaki cenderung kepada ego dan perempuan lebih kepada emosi mereka.
Kedua-dua sifat ini punya kelebihan sendiri. Ye lah, mana mungkin Allah menciptakan sesuatu tanpa sebab. Ni aku ceritakan balik pendapat kawan aku tadi mengenai topik ni. Ego yang ada pada lelaki lazimnya berkait-rapat dengan sifat keberanian untuk mempertahankan sesuatu yang dimiliki seperti maruah, agama, bangsa dan negara. Emosi seorang wanita pula lebih kepada sifat berkasih-sayang, ambil berat terhadap sesuatu dan prihatin. Jadi bila seorang lelaki dalam usaha mempertahankan sesuatu yang dia miliki, dia akan begitu fokus terhadap apa yang dia sedang lakukan. Dah macam satu ‘aim’ kat fikiran bahawa “walau apa yang terjadi aku mesti buat sampai dapat”. Disebabkan fokus yang tinggi itu menyebabkan lelaki memandang ringan banyak perkara yang dianggap perkara kecil seperti hal-hal berkaitan dengan diri tetapi bagi perempuan ia merupakan satu isu besar . Maka, hadirnya seorang wanita itu akan mengimbangi perkara “remeh” seorang lelaki. Bagi perempuan pula, ada sesetengah perkara yang tidak berani dilakukan dengan sendiri, takut sesuatu yang buruk terjadi dan sebagainya. Sama juga seperti tadi, kehadiran lelaki itu akan memberikan sedikit kekuatan dan semangat.
Dari konteks lain pula, katakanlah lelaki dan perempuan dua-dua sifatnya sama. Dua-dua ego atau dua-dua emosi. Bosan kan?. Tiada kelainan. Berbeza jika seorang egois dan seorang lagi emosi. Bagi yang perempuan mesti nak tahu kenapalah lelaki ni ego sangat, macamana lah nak paham diorang ni dan begitulah sebaliknya. Lelaki juga berasa pelik kenapalah dengan wanita ni terlalu emosi, apa yang mereka inginkan sebenarnya. Perbezaan itu akan menimbulkan pelbagai persoalan yang mendorong mereka mencari jawapan untuk memahami perkara yang berbeza. Bila kesefahaman telah tercapai, akan wujudlah satu gabungan yang punya keberanian dan berkasih-sayang.
“completing each other actually.. but blaming each other is always happened”,salah satu dari komen aku..
Seperti yang aku nyatakan di atas,perkara ini selalu terjadi kerana kedua-dua sifat itu disalah tafsir. Lelaki memandang Emosi itu dari persepsi Egois mereka dan perempuan memandang Egois dari persepsi Emosi mereka. Lalu mereka katakan tidak ada kesefahaman, tidak wujud keserasian dan tercetus perbalahan. Mula menyalahkan satu sama lain dan akhirnya, menyesal di kemudian hari.
“ Tak tahu lah macamana nak paham lagi .. entah apa lagi yang dia fikir”
Mungkin persoalan itu akan bermain di fikiran, maka jalan yang paling senang berterus terang dan wujudkan komunikasi yang seimbang. Saling bertanya dan berbincang apa kemahuan yang masing-masing perlukan. Ya,mungkin mudah bila aku katakan di dalam blog tetapi susah nak dipraktikkan. Betul?.. haha..
Apapun, memang hakikat terciptanya egois dan emosi itu punya hikmah tersendiri. Bukan saja-saja ia difitrahkan di dalam diri manusia ni tanpa tujuan. Kalau ia difahami dengan teliti, memang betul ia merupakan satu kombinasi yang selama ini dicari-cari. Kesempurnaan yang hakiki.
...picture by cyrusdavirus[at]deviantart...
Anda punya pendapat yang menarik tentang perkara ni ?..
*notak kecik : sebenarnya, masih lagi belum memahami apa itu emosi...
0551
Blok D.
4 comments:
huhu..memang rajin posting ar..
xtau nak komen apa..sebab dah byk komen..hehe
to panda : bukan rajin,ada idea tulis.. simpan.. time free baru post..
borink ar asyik org sama jer komen..
hish bila dorayaki nie nak berhenti mengomen sini..:B
dah reveal identiti nampak.. haha
Post a Comment