07 November 2010

25 Perkara ?


"Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts or goals about you. In the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you, it’s because I want to know you more."

Sekali lagi entah yang keberapa kali aku mendapat tag dari blog Dur. 25 perkara rawak tentang diri aku adalah seperti berikut. Fakta ye bukan auta !.. hehe..



1. membuka akaun blogger pada tahun 2008, nama blog masa tu “when it’s began”.
2. anak sulung dari 3 orang adik beradik.
3. menetap di Johor selama 17 tahun 6 bulan sejak tadika sampai lah ke PLKN. lepas tu baru lah berhijrah ke Petaling Jaya.
4. status it’s complicated sebagai pelajar. ( eleh, common things lah ! )
5. peminat warna biru.
6. pembenci warna kuning.
7. pandai masak nasi goreng. (perlu ke bagitau?.. haha )
8. menjadi 2 kali ganda pendiam bila jumpa dengan orang yang pendiam.
9.suka merantau ke tempat orang lain.
10. pendengar muzik yang universal ( rock, pop, rap, balada, heavy, nasyid ).
11. menjadi gila-gila dan ceria bila dengan mereka yang ceria.
12. menjadi teruja bila jumpa lauk asam pedas ikan pari.
13. setahun pakai laptop CQ 40 dah rosak sebab kena petir.
14. suka pergi ke tasik, sungai dan laut.
15. amat gilakan DSLR namun masih belum berkemampuan.
16. suka bawa kenderaan dengan laju, nasib baik kat rumah ada perodua rusa je. Kalau ada lamboghini ke, ferrari ke, vios ke, mazda RX – 8 ke even Honda petak karburator TS confirm tak lekat kat rumah.
17. mempunyai kebebasan dari keluarga untuk membuat keputusan tentang calon isteri hidup.
18. suka berkawan dan ingin mempunyai lebih ramai kawan.
19. kat kampus member-member lelaki panggil ‘ wan p ’ sebab kisah masa kat pusat asasi dulu..sampai sekarang, satu batch kenal r kot nama ni..hahaha..
20. dah boleh mengundi pada Pilihanraya Umum tahun depan.
21. rekod berat badan paling rendah 75kg. Sekarang tak tau kenapa naik tak turun-turun.. aish !
22. mula bekerja buat kali pertama masa umur 12 tahun kat bazar ramadhan.
23. masa tingkatan 4, cuba ponteng kelas buat kali pertama namun kantoi. terus naik pejabat jumpa GPK 1.
24. Garang ?
25. Seorang yang amat-amat perahsia.

25 orang untuk ditag?. Ramai sangat tu, tak tahu siapa nak tag. Tapi kalau sesiapa nak amik tag ni, sila-sila la ye. Lepas tu boleh aku tengok sekali apa yang menarik pasal korang plak.. =)

No comments: