Salam.
Untuk kali ini aku tidak mengkategorikan tutorial tukar template sebagai tutorial asas sebab sudah masuk ke bahagian teknikal. Jika tujuan untuk membina blog sudah diketahui, mesti nak tukar template kan nak bagi cantik blog. Bagi mereka yang masih baru membina blog dan tercari-cari cara untuk menukar layouts, aku ada sedikit perkongsian ringkas.
Setelah anda log-in ke dalam akaun blogger, anda akan nampak ruangan dashboard. Klik ke bahagian design.
Ini adalah ruangan design. Klik ke bahagian Edit HTML.
Anda akan lihat ruangan Backup/Restore template dan Edit template. Fungsi download Full Template penting kerana anda boleh simpan template yang sedia ada sebelum menukar template baru bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku. Kalau yang baru tak cantik, boleh upload balik template lama tu tapi widget kena buat balik la.
Untuk tukar template, klik kat browse.
Cari di mana anda letakkan fail ( XML ) template iaitu template baru yang telah anda muat turun tadi. Contoh format fail mestilah begini : template.xml
Pilih fail tersebut dan klik Open .
Akhir sekali, klik Save Template kemudian preview blog untuk lihat hasilnya.
Ada kemungkinan template yang kita ambil tidak disokong oleh blogger, aku pernah kena macam tu. Kadang-kadang bila live view cantik tapi bila kita guna, tak berapa cantik. Kena pandai-pandai la pilih.
Pemilihan juga perlu tepat dan bersesuaian dengan konsep blog. Takkan la blog berkonsepkan persatuan nak guna template bunga-bunga kan ? Pilih corak yang bertepatan dengan konsep blog.
Cuba untuk elakkan template yang terlalu banyak gambar sebab bila nak loading tu akan jadi lambat sikit, kalau dah letak widget banyak nanti lagi la lambat nak loading. Template yang ringkas seperti warna putih pun ok gak. Ikut citarasa masing-masing la ek.
Di sini aku sediakan link yang aku selalu survey bila nak pilih template.
http://www.zoomtemplate.com/
http://blogger-dashboard.blogspot.com/
http://www.ipietoon.com/
http://www.bloggerstyles.com/
http://www.ourblogtemplates.com/
http://www.bietemplates.com/
http://www.ezwpthemes.com/
http://www.bloggertricks.com/
http://simplexdesign.blogspot.com
http://www.eblogtemplates.com
http://www.templatelite.com/
Ok, selamat mencuba.
*nota kecik : blog ini sudah melakukan penukaran template lebih 50 kali. Mungkin hampir 100 kali tukar kot. Hahahaha..
1335
5 Julai 2010
rumahku..
7 comments:
Haha..sama r aku dah berpuluh kali tukar -->utk blog lama aku r,thanx !
ko patut wat satu ruangan request la, sbb ko wat ruangn tutorial. ^_^
to Umi :
request?..tak nak aku..karang request pelik2 diluar kemampuan aku, tak daya nak jawab..
huhu,pecah rekod ar byk tukar layout,sy xsebanyak tu...
nmpknyer kateg0ri tukar layout jatuh kepada izwan..
clap2..
drumstick satu...
masa aku pakai blogspot dulu mmg selalu la tukar theme ni. biasa aku gi kat eblog template.hehe
to Panda : yela tu tak banyak kali tukar..cube kire sket sejak awal sampai sekarang..
to Eyl :
eblogtemplate ok gak, senang nak pakai..blogspot ni banyak template best2.. mane tak byk kali tukar.. haha..
tq wan, link2 itu sangat bermakna...huhu
to peche :
ur welcome.. =)
Post a Comment