Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

07 November 2010

25 Perkara ?


"Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts or goals about you. In the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you, it’s because I want to know you more."

Sekali lagi entah yang keberapa kali aku mendapat tag dari blog Dur. 25 perkara rawak tentang diri aku adalah seperti berikut. Fakta ye bukan auta !.. hehe..

01 June 2010

Menjawab tag – kali ke ?..


Salam..
tag ini aku perasan masa aku buka blog aku dan lihat kat shoutbox.. dari ninie azriena

dah lama tak jawab tag,kali terakhir pun dari durakhyar

10 fakta mengenai Izwan :

1. Hamba dan khalifah di muka bumi ( semua manusia mempunyai fakta ini )
2. Anak sulung
3. Tidak pernah merantau keluar dari Johor sehinggalah umur 18 tahun.
4. Seorang yang pasif ketika zaman persekolahan.
5. Tidak boleh membuat banyak kerja dalam satu masa. Lebih suka menghabiskan satu urusan
sebelum membuat urusan yang lain.
6. Meminati karya Ramlee Awang Murshid ( sedang membaca novel “Cinta Sufi”, sambungan trilogi
“Bagaikan Puteri”,”Cinta Sang Ratu”,”Hijab Sang Pencinta” .
7. Bukan seorang yang Fotogenik tetapi meninati fotografi.
8. Teliti + Cerewet ( perlu rujuk mereka yang telah melalui pengalaman dengan aku =P )
9. Jika bercakap dengan orang yang pasif,aku menjadi lebih pasif dari itu. Tetapi jika bercakap dengan
orang yang peramah, aku boleh diajak berbicara dengan selamba.
10. Suka melihat laut, pantai, sungai dan hujan.

10 Perkara yang menakutkan :

1. Tidak dapat mengubah diri kepada lebih baik ( namun apakah usaha aku ? )
2. Menyemak keputusan peperiksaan akhir semester ( “repeat” perkataan popular dalam kalangan pelajar kejuruteraan ).
3. Kehilangan.
4. Sasaran atau target tidak tercapai.
5. Kena halau keluar dari kelas ( masa kat pusat asasi pernah sekali,kelas BI ( speaking ) ).
6. Gemuruh bila menjawab peperiksaan.
7. Tidak dapat menepati janji.
8. Menjadi hipokrit.

* aku tak tahu lagi 2 nak tulis ape

10 Perkara selalu dilakukan :

1. Melayari internet.
2. Dengar muzik.
3. Makan.
4. DoTA ( Dunia Orang Tanpa Awek.. haha )
5. Jalan-jalan ikut kemana suka.
6. Muatturun software.
7. Facebook.
8. Photoshop ( bila datang idea )
9. Semak kadar penggunaan broadband ( sejak sebulan dua ni )
10. Klik tetikus dan keyboard.


10 Perkara paling bernilai :

1. Iman.
2. Islam.
3. Diri sendiri.
4. Keluarga.
5. Rakan-rakan.
6. Kertas peperiksaan sejak UPSR ( masih tersimpan lagi ).
7. Compaq CQ 40-401 AX.
8. Mp4 jenama SonicGear dibeli masa tahun 2007 di PC Fair.
9. Buku ( berdasarkan yang ada ) .
10. Pengetahuan.

10 Perkara pertama kali dilakukan :

1. Tidak membawa fail matematik,hampir ditampar cikgu ( 2002 ).
2. Ponteng kelas dan dipanggil masa perhimpunan, tingkatan 4 ( 2005 ).
3. Membuat temujanji untuk dikaunseling dengan kaunselor sekolah ( 2006 ) .
4. Lulus semua rintangan ujian memandu dengan sekali lafaz ( 2007) .
5. Format laptop kawan ( 2008 ).
6. Muktamar ( 2008 ) .
7. Jejak kaki ke Kelantan ( 2008 ) .
8. Menjadi fasilitator ( Kem Sparkle Youth 2009 ).
9. Memandu Toyota Vios ( 2009 ) .
10. Terlibat dengan aktiviti persatuan di UIAM Gombak setelah setahun ( Baktisiswa 2010 ).

Cukup kot sekadar ini sahaja, tak berniat nak memanjangkan tag ini. Tapi kalau sesiapa nak ambil dan tag orang lain, sila la copy (^_^)

- TAMAT


09 March 2009

Tag

aku x prnah kene tag nie..
tetiba ada plak sorg nie bg ak soklan utk dijawab(tag)..
so,ni jwapannyer..

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

When its began...
Asalnya blog nie aku letak nama satu permulaan.. sebab aku baru pertama kali nak wat blog.. permulaan yang amat payah gak..
Pastu satu hari tu aku tertukar source code template blog ni.. so, aku pun tukar balik sume skali termasuk namanya kepada
When its began…


2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

http://www.izwanyusof.blogspot.com
Izwanyusof… nama penuh aku sendiri.. mohamad izwan bin mohd yusof..


3) Kenapa anda berblog?

Ingin mencuba…. Sebelum2 nie aku tengok blog2 orang macam best jer…dulu dah wat blog nie tapi lupa password… pastu tengok blog insan yg “tag” aku nie.. cambest plak.. try hidupkan blog balik..
Lagipun aku minat tentang tech n computer….


4) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?

Ni yang payah nie.. x tau nak method pe.. campur2 jer.. x der spesifik pun.. mungkin orang2 yang baca blog ni nampak x der pape pun.. ye r.. blog orang len sume pasal isu semasa, dakwah, nasihat, info.. ada member kata try untuk give & take kat blog.. maknanyer bila orang baca blog dapat sesuatu.. tp aku x selesa.. untuk berkata2 yang gempak2.. takut nanti orang pandang kita ni kat blog petah berbicara tapi x seperti dalam diri.. so, tu yang aku post perkara2 yang terjadi dalam diri aku jer.. mungkin aku akan memberi sesuatu kpd yang baca tapi biarlah bile aku wat dengan rela hati..bukan saje2 untuk kasi gempak...

5) Antara rupa dan isi, yang mana lebih anda utamakan?

mesti r rupa !!... nak arrange layots kita sendiri..(walaupun layots tak cantik )
Isi.. asalkan aku suka baca.. ok r.. hahaha..



6) Adakah anda meletak widget lagu di blog anda? Kenapa anda memilih lagu tersebut?

ada … mirwana.. thank you.. kenapa??.. hayati liriknya.. song 4 all my friends…

7) Antara banyak-banyak artikel di blog anda, yang mana paling anda suka dan kenapa?

Blum ada lagi r.. sedang difikirkan…



8) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?

x pernah.. sebab baru jer wat…

9) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?

Pelik.. hahahaha…
x der r.. blog cik dur tu ok r.. dia lagi pandai blogging dari aku..



10) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag.

biarlah rahsia...


++ end ++







Penulisan read more bermula disini