15 June 2010

Aku dan Futsal : pengaruh Piala Dunia 2010 ?



.. gambar tak berapa cantik ..

Salam..

rakyat Malaysia dari dulu sampai sekarang aku perhatikan suka akan benda yang bermusim-musim. Contoh semasa aku kecil dahulu, bila musim “kereta dash” boleh kata semua kedai akan menjual permainan itu, sama juga dengan musim guli,layang-layang mahupun musim gejala negatif. Rempit !

Sukan pula begitu. Mungkin sebab tu sukan Malaysia tak pernah maju? . Bila tima musim piala Thomas, ramai pula yang bermain badminton pada waktu petang, sibuk mencari raket baru dan tak kurang juga yang membersihkan raket lama yang telah usang. Musim bolasepak Piala Dunia 2010, sudah tentu yang akan naik dahulu ialah permintaan untuk membeli jersi-jersi negara kegemaran masing-masing. Masa ni ramai juga yang buat bisnes. Bagus ! Manfaatkan peluang.

Itu pandangan aku tentang musim-musim yang aku rasakan fenomena agaknya dalam negara kita ni. Apa yang berlaku dengan aku tidaklah berkait dengan pengaruh Piala Dunia 2010 sangat. Malam tadi aku berkesempatan bermain futsal bersama rakan-rakan sekolah dulu. Salah satu kelebihan tak masuk SBP atau sekolah menengah jauh-jauh ni la, balik kampung ada member.. hehe..

Aku tak rancang pun nak main futsal, cuma mesej member nak ajak lepak minum-minum, tapi dia ada plan nak main futsal kat machap, aku ok je la walaupun tiada kasut futsal. Cuma beralaskan selipar asadi yang jenis macam crocs tu, sepak je lah apa yang patut ( sepak bola la ! ). Jadi penjaga gol juga menyebabkan jari aku bengkak ( silap masa nak tangkap bola ).


Gelanggang futsal kat sini dibina dengan kerjasama Kementerian Belia & Sukan. Rasanya kat Johor ni banyak dah dibina gelanggang macam ni, bayar pun cuma RM 20 sejam. Murah aku rasa ni nak banding main kat KL. Rahim, seorang rakan aku tu dia cakap memang tiap-tiap hari isnin malam geng-geng dia dah tempah tempat tu untuk satu malam, jadi semalam kami main dengan percuma la.


Apapun lepas ni, aku kena beli kasut sukan sebab kasut sukan aku dah hilang.

geng lepak malam tadi : Fyzal, Azeri, Agoi, Rahim, Areep


*nota kecik :

1. tahun ni baru main futsal dua kali ( kali pertama tahun ini di uia lepas study circle, Menang Gaya Kalah Bergaya ). teruk sungguh,malas bersukan.

2. kasut hilang semasa program baktisiswa. rujuk episod 3.


1830

15 Jun 2010

rumahku..

No comments: