01 June 2010

Menjawab tag – kali ke ?..


Salam..
tag ini aku perasan masa aku buka blog aku dan lihat kat shoutbox.. dari ninie azriena

dah lama tak jawab tag,kali terakhir pun dari durakhyar

10 fakta mengenai Izwan :

1. Hamba dan khalifah di muka bumi ( semua manusia mempunyai fakta ini )
2. Anak sulung
3. Tidak pernah merantau keluar dari Johor sehinggalah umur 18 tahun.
4. Seorang yang pasif ketika zaman persekolahan.
5. Tidak boleh membuat banyak kerja dalam satu masa. Lebih suka menghabiskan satu urusan
sebelum membuat urusan yang lain.
6. Meminati karya Ramlee Awang Murshid ( sedang membaca novel “Cinta Sufi”, sambungan trilogi
“Bagaikan Puteri”,”Cinta Sang Ratu”,”Hijab Sang Pencinta” .
7. Bukan seorang yang Fotogenik tetapi meninati fotografi.
8. Teliti + Cerewet ( perlu rujuk mereka yang telah melalui pengalaman dengan aku =P )
9. Jika bercakap dengan orang yang pasif,aku menjadi lebih pasif dari itu. Tetapi jika bercakap dengan
orang yang peramah, aku boleh diajak berbicara dengan selamba.
10. Suka melihat laut, pantai, sungai dan hujan.

10 Perkara yang menakutkan :

1. Tidak dapat mengubah diri kepada lebih baik ( namun apakah usaha aku ? )
2. Menyemak keputusan peperiksaan akhir semester ( “repeat” perkataan popular dalam kalangan pelajar kejuruteraan ).
3. Kehilangan.
4. Sasaran atau target tidak tercapai.
5. Kena halau keluar dari kelas ( masa kat pusat asasi pernah sekali,kelas BI ( speaking ) ).
6. Gemuruh bila menjawab peperiksaan.
7. Tidak dapat menepati janji.
8. Menjadi hipokrit.

* aku tak tahu lagi 2 nak tulis ape

10 Perkara selalu dilakukan :

1. Melayari internet.
2. Dengar muzik.
3. Makan.
4. DoTA ( Dunia Orang Tanpa Awek.. haha )
5. Jalan-jalan ikut kemana suka.
6. Muatturun software.
7. Facebook.
8. Photoshop ( bila datang idea )
9. Semak kadar penggunaan broadband ( sejak sebulan dua ni )
10. Klik tetikus dan keyboard.


10 Perkara paling bernilai :

1. Iman.
2. Islam.
3. Diri sendiri.
4. Keluarga.
5. Rakan-rakan.
6. Kertas peperiksaan sejak UPSR ( masih tersimpan lagi ).
7. Compaq CQ 40-401 AX.
8. Mp4 jenama SonicGear dibeli masa tahun 2007 di PC Fair.
9. Buku ( berdasarkan yang ada ) .
10. Pengetahuan.

10 Perkara pertama kali dilakukan :

1. Tidak membawa fail matematik,hampir ditampar cikgu ( 2002 ).
2. Ponteng kelas dan dipanggil masa perhimpunan, tingkatan 4 ( 2005 ).
3. Membuat temujanji untuk dikaunseling dengan kaunselor sekolah ( 2006 ) .
4. Lulus semua rintangan ujian memandu dengan sekali lafaz ( 2007) .
5. Format laptop kawan ( 2008 ).
6. Muktamar ( 2008 ) .
7. Jejak kaki ke Kelantan ( 2008 ) .
8. Menjadi fasilitator ( Kem Sparkle Youth 2009 ).
9. Memandu Toyota Vios ( 2009 ) .
10. Terlibat dengan aktiviti persatuan di UIAM Gombak setelah setahun ( Baktisiswa 2010 ).

Cukup kot sekadar ini sahaja, tak berniat nak memanjangkan tag ini. Tapi kalau sesiapa nak ambil dan tag orang lain, sila la copy (^_^)

- TAMAT


1 comment: