03 November 2010

Kem Jambori Remaja Islam 2010 : Wadah Islami Remaja


Remaja merupakan golongan yang dianggap sebagai penentu masa depan sebuah negara. Kenapa ?.

Sebabnya kepimpinan negara yang ada sekarang ini bakal digantikan oleh generasi muda yang sedang melalui proses mengenal apa itu erti kehidupan seorang manusia. Tak peliklah mengapa Imam Syafie menyatakan jika kita mahu melihat masa depan sesebuah tamadun, lihat dulu kepada generasi mudanya.



Bayangkan jika generasi muda sekarang sarat dengan gejala sosial, buang anak merata-rata, pesta seks dan arak berlangsung dengan jayanya serta golongan trans-sexual semakin bergiat aktif, apakah satu hari nanti kepimpinan negara bakal diterajui oleh golongan muda yang sebegini ?

Melihat pada situasi yang agak membimbangkan ini, sebuah NGO yang berpusat di Johor Bahru bakal menganjurkan Kem Jambori Remaja Islam 2010 peringkat kebangsaan. Kesatuan Pelajar Islam Johor ( KPIJ ) bakal menganjurkan kem yang berteraskan kerohanian khusus untuk remaja lelaki berumur 13 hingga 16 tahun.


Sedikit info dari laman blog KPIJ :

Tarikh : 20 – 23 November 2010
Hari : Sabtu – Selasa
Tempat : Kem Kaizen, Gunung Pulai, Pontian , Johor.
Yuran : RM 40 merangkumi tempat tinggal dan makan selama 4 hari.

Kalau ada adik lelaki, jiran, anak , anak saudara serta kenalan yang ingin mengisi masa cuti sekolah mereka dengan aktiviti bermanfaat di samping menambah makanan rohani, Kem Jambori Remaja Islam 2010 anjuran Kesatuan Pelajar Islam Johor merupakan satu flatform yang baik. Memandangkan kem ini berperingkat kebangsaan, sudah tentu peluang ini dapat digunakan untuk menambah lebih ramai kenalan.

Untuk info lanjut, boleh rujuk ke laman blog http://kpijohor.blogspot.com. Kat sana semua info ada termasuklah tentatif program. Pertanyaan lanjut boleh hubungi insan yang berkenaan, nak kasi tahu kat orang lain pun sangatlah digalakkan.. =)




*nota kecik : jambori ini kali kedua...


522
3 November 2010
Cafe HS, IIUM.

7 comments:

yanmie said...

masyarakat muda membina bangsa :)

izwanyusof said...

to yanmie :
yup, benar.. (",)

dorayaki said...

klu budak beso join cam ner?

izwanyusof said...

to dorayaki :
jadi commitee eh?..leh.. haha

fauziah hanum said...

jd committe??serius?? bila2 tu? nk menghabiskan time cuti dgn perkara berpekdah.. hehe

izwanyusof said...

to dur : eh,takde r.. memain je.. kat johor kot.. kamu tu jauh..

fauziah hanum said...

haha..mmg jauh..tmbh2 sy nie kaki umah..cuti only for my family[tanda seru] u for study n friends n jalan2 [tanda seru]