Musim-musim peperiksaan akhir sem ni aku tak suka bila berhadapan dengan perasaan sebegini. Rasa hilang arah, tidak senang hati, gelisah dan berlegar dengan segala perasaan geramji yang wujud dalam diri. Mungkin kerana aku berbincang jawapan selepas tamat peperiksaan bahasa melayu kerjaya semalam punca aku gelisah.
Keyakinan aku pudar sedikit demi sedikit. Sesetengah orang berada pada tahap keyakinan yang tinggi saat ini namun tidak bagi aku. Oh! Perasaan ini perlu disingkirkan segera.
...photo by radityaardianto[at]deviantart...
Rasa gelisah pada waktu peperiksaan macam ni aku rasa normal bagi sesetengah orang yang tak cukup bersedia macam aku. Terasa banyak perkara yang masih belum aku tahu, faham dan ingat. Sebab tu aku menaip sesuatu untuk blog ni sekarang, aku cuba menggunakan blog ini untuk memperkatakan sesuatu pada diri aku sendiri.
Mak dan Abah.
Apa yang perlu aku buat sekarang ? adakah duduk dengan perasaan sebegini, tidur dalam kekecewaan hanya sebab satu subjek yang bernilai 1 kredit tidak dapat dijawab dengan sempurna ?
Bodoh kalau nak buat macam tu je. Lemahnya menjadi manusia dikawal oleh emosi dan perasaan sendiri. Mak dan abah macamane ?
Itu satu persoalan yang suka untuk aku tanya. Tidak kasihankah mengenangkan mak dan abah yang berada jauh, bekerja dengan payah hanya untuk memastikan aku berjaya dalam kehidupan. Kasar pertanyaan itu untuk diri aku membuatkan aku terkelu untuk menaip entri ini buat seketika. Teringat khutbah jumaat kelmarin yang menceritakan akan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak. Anak-anak umpama fitrah yang bersih dari awalnya dan bergantunglah kepada ibu bapa bagaimana mahu mencorakkannya. Dari satu pandangan lain ketika aku berbalas komen di laman sosial facebook, seorang rakan aku bagi komen tentang kupasan khutbah tu.
“yup, tepat skali..perlu ada tindakan awal sebelum menjadi seorg abi dan umi..hehe..tp y perlu kita share, adakah ibu dan ayah kita berpuas hati mdapat anak seperti kita?”
Apakah maksudnya itu?. Ibu dan ayah mungkin telah berusaha memberi sesuatu yang paling baik untuk kita. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu anaknya gagal dalam kehidupan. Namun kita sebagai anak, apakah kita telah menjadi yang terbaik ? Adakah kita ini cukup menggembirakan hati ibu dan ayah kita ?.
Jadi, kalau nak mengalah dengan rasa gelisah itu cukup merugikan diri sendiri, apatah lagi ia mungkin menambahkan keresahan ibu dan ayah. Kasihan mereka yang sanggup bersusah demi anak-anak yang tersayang. Balaslah jasa itu dengan terus melaksanakan tanggunjawab yang diberi. Aku tak perlu lagi memandang kekecewaan di belakang sebab masih ada lagi perkara yang perlu difokuskan beberapa hari mendatang ni.
“ ku harap keyakinan dan semangat diri itu dapat diperolehi.. mungkin ia hadir.. ”
*nota kecik : menaip entri dengan perut yang lapar,lepas ni perlu turun membeli makanan !
1122
31 Oktober 2010
Uthman D
No comments:
Post a Comment