Bila pulang dalam keadaan rehat, otak akan melayang entah kemana. Aku pun tak tahu fikiran aku sudah sampai ke mana agaknya. Lalu terlintas dalam fikiran akan dunia blog dan kerahsiaan si penulis..
... picture by Bolshevixen[at]Deviantart ...
Diantara Blog & Rahsia ? : Tujuan menulis blog.
Tujuan dan niat asal. Dah aku cerita pada entri yang lepas. Blog ni memang macam-macam kategori dan ragam ada. Namun disebalik tujuan itu, perlu ada satu batas supaya tidak semua perkara kita boleh ceritakan. Dunia kian maju, blog kita walaupun tahap Alexa ranking berpuluh-juta ( tahap noob ) sekalipun namun tetap dapat diakses dari seluruh dunia. Kalau ranking blog boleh cecah Top Blog in The World lagi best, tetapi risiko negatif pun akan datang seiringan dengannya iaitu Hackerz !
Beberapa hari lepas, aku teringat kata-kata seorang rakan dalam laman sosial Facebook dia. Dia macam nak buat blog dan aku tanya dia kenapa tak buat lagi. Dia cakap yang tunggu masa yang sesuai dan masih mencari kategori blog macamana yang dia nak buat. Sekadar idea sepintas lalu, aku cakap yang boleh je cerita pasal kisah sendiri,blog tentang diri sendiri, cerita semua tapi dari sudut yang berbeza. Lepas tu, dia balas dengan ayat yang agak menarik perhatian aku,
“kalau semua nak cerita kat orang, takde lagi la yang tinggal untuk diri aku sendiri”
Menarik bila aku dengar jawapan tu.
Diantara Blog & Rahsia ? : Tak semua boleh kita cerita
Ya. Tidak semua perkara yang wajar diceritakan. Selain bahaya dunia luar, dari segi peribadi seorang penulis juga tidak perlu diberitahu kepada umum. Lazimnya aku lihat blog bergenre peribadi ( blog aku genre pe ye ? ) banyak menceritakan kesemua hal dalam hidup. Dari segi pembacaan aku sendiri, kurang selesa juga bila membaca atau terbaca entri yang terlalu peribadi.
Pernah satu ketika, aku jalan-jalan ke blog orang lain, terbaca satu entri pendek dalam 4 – 5 baris di blog wanita ini. Entri yang menyatakan malam tu dia nak melakukan hubungan suami-isteri dengan suami sebab suami dia baru pulang outstation selepas seminggu, jadi sebab itulah entri dia pendek je hari tu. Entri pendek yang hanya menceritakan mahu “bersama” dengan suami ?. Aku dengan rasa agak pelik , terus melangkah ke tab lain untuk melawat blog-blog lain. Bukankah perihal sebegitu satu rahsia yang besar walaupun cuma cerita pendek.
Entah, itu dari segi pandangan aku sebagai pembaca, pedapat orang lain-lain. Cuma betul juga kadang-kadang tidak perlu menceritakan hal yang terlalu peribadi di blog. Aib kita dan orang yang diceritakan pun kena jaga.
Jadi, aku rasakan antara blog dan rahsia kita letak lah diri kita kat tengah-tengah. Boleh ?.. atau mungkin ada pendapat lain ?
... picture by DidiSmooth[at]Deviantart ...
*nota kecik : aku seorang yang pendiam dan perahsia... wahh, suspens je bunyi.. hahaha
1853
25 Oktober 2010
Uthman D
No comments:
Post a Comment