18 June 2010

Penjenamaan Semula Blog


.. artwork by 13IdiotBox.Deviantart ..

Salam..

Aku dah terfikir pekara ni sejak beberapa hari yang lalu.

Orang selalu panggil benda ni sebagai “re-branding”, bila buat macam ni bermaksud kita memperbaiki sesuatu produk dengan menambah atau mengubah beberapa elemen penting. ( tafsiran entah betul entah tidak ek ?..haha )

Untuk Blog | izWANyusof ini, aku berniat untuk melakukan penjenamaan semula tukar nama selepas aku memasuki dunia GengBlogger .

Komuniti blog sebegini banyak manfaatnya selain mempromosikan blog, dapat juga mengenali ramai insan maya yang pada aku cukup punyai keunikan masing-masing.

PENAMBAHBAIKAN

Ini adalah berdasarkan pemerhatian dan pendapat aku sendiri berdasarkan pembacaan di blog mereka.

Apa yang akan aku ubah sedikit demi sedikit ini tertumpu kepada gaya bahasa, kandungan dan kepantasan untuk membuka blog ini. Siapa suka buka blog yang.. lembab. hehe..

1. Gaya bahasa / struktur ayat baik.

bukanlah bermaksud aku hendak mengarang sampai kalau hantar kat pemeriksa Bahasa Melayu ( kertas 1 ) SPM boleh dapat A +++ . tidak la sampai macam tu.

Yang aku maksudkan, aku akan cuba untuk tidak menggunakan singkatan perkataan tahap “ jimat ruang “ dalam blog ni ataupun bahasa yang aku gunakan dalam mesej.

Contoh :

yg – yang
x – tidak / kali
mmg – memang
lum – belum
tdk – tidak


penggunaan bahasa seperti ini aku kurang menarik untuk dibaca. Tak tau la yang lain macamana,tapi bagi aku kurang menarik. Aku seronok membaca blog mereka yang tidak menggunakan singkatan seperti di atas.

2. Dalam isi ada “isi”

bukanlah bermaksud sampai nak kena pecah kepala, berpenat lelah cari bahan-bahan dan info yang menarik. Ish ! Kalau aku pun disuruh buat “assignment” aku malas.. haha..

Tapi cukupla dengan sesuatu yang boleh dimanfaatkan bersama. Aku pun sebelum-sebelum ni main hentam je nak tulis entri, tak fikir sangat pun. Maklumlah,baru-baru nak belajar. Sebenarnya berkata-kata dengan blog ni lagi menarik ye !!

Disebabkan entri-entri yang lama dulu aku rasa macam tiada apa-apa sangat pun,jadi aku cuba untuk perbaiki selepas ini.

Salah satu faktor bila aku membaca blog Hilal Asyraf, seorang penulis muda. Senang membaca blog dia ( mungkin dia seorang penulis,senang untuk membuat bahasa yang indah ). Tambahan pula dia sebaya dengan aku, namun pemikirannya jauh berbanding aku. Aku tak la sampai nak buat ayat macam tu, seperti yang dinyatakan,masih lagi bertatih dalam blog, namun masa yang ada ni aku cuba mencari pengalaman dengan mereka-mereka itu.

3. Pantas untuk dibuka

Kepantasan blog aku rasakan penting sebab tak perlu tunggu lama untuk buka sebuah blog. Pilih nak Cantik ke nak Lembab ?.. hehe

itu hak individu, hak tuan blog. Aku tak kisah pun, cuma untuk blog ni, aku akan cuba kurangkan masa untuk buka blog ni,salah satunya dengan kurangkan widget.

Info-info ni aku dapat hasil pembacaan di blog Ben Ashaari. Blog yang ringkas,senang untuk dibuka.

Akhir sekali, ini hanyalah pandangan aku. Sesiapa pun punya hak untuk bersetuju atau tidak bersetuju. Pemikiran orang berbeza, dan perbezaan itu yang membantu dan mengajar kita perkara-perkara baru.

Kalau blog yang bersifat peribadi dan umum macam aku ni,biarlah aku tulis dengan ikhlas hati. Senang nak dapat idea sikit.

Sekian.. (^_^)

*nota kecik :
- kalau berminat boleh klik kat follower..hehe.. ada pendapat,komen sekali la,kongsi ye..
- Aku masih baru walaupun blog ini dah lama diwujudkan.
- bila dah masuk semester baru nanti, mungkin kurang masa aku nak kemaskini blog.

2301
18 Jun 2010
rumahku..

2 comments:

IRAH HAJERAH AZMAN said...

i rebranding before jumpe gengblogger, time tu mula seriyes membelog bile ramai bagi feedbacek posotive. No more dear me diary, today my mister x tell me dat tuttu or i benci la perempuan tuh. Ha ah, short form kene elakkan. lagi satu, pandai2 guna psikologi.before posting baca balik, tgk menarik ke x. I pun baru 2 -3 bulan start seriyes blogging utk org baca. masih peringkat belajar lg :)

izwanyusof said...

lagi awal dah rebranding..

mantap2..

blogging dengan iklas.. =)