26 May 2010

Pertemuan Kedua : Perancangan, mendebarkan aku


.. gambar semasa di tingkatan 5 ..

Salam . .

Aku baru saje selesai tag gambar, siapkan blog untuk reunion kelas aku semasa di sekolah menengah.. 5 Sains Arab 1.. ataupun jika sekolah aku tu sekolah SMKA, kelas aku sama macam sains agama .. ye, kenangan 4 tahun yang lalu..

Kenapa pertemuan kedua ?
Sebab

tahun lepas,aku sudah pun mengadakan satu pertemuan satu hari yang ringkas di gunung berlumut,Kluang. Masa tu aku baru je habis asasi, kebetulan masa tengah lepak-lepak di rumah mak angkat Firdaus dan Luthfi, aku timbulkan idea itu dan mendapat sokongan. Walaupun masa tu gunung berlumut ditutup tetapi kami berjaya masuk juga. Ye, seronok !! Luarannya kelihatan mereka selalu berhubung dalam dunia maya tetapi hakikatnya sudah lama tidak bersua muka.

Pertemuan kedua ini, ada beberapa orang yang melontarkan idea kepada aku. Pada mulanya, aku tidak memberi sebarang respon. Entah berasa kurang yakin untuk pertemuan kedua,ditambah dengan survey awal aku kurang memberangsangkan ( cuma survey beberapa orang,tak larat nak tanya semua ) . Tetapi ada sokongan,peracangan diteruskan.

Semalam, perjumpaan kecil dilakukan di sebuah restoren makan cepat.. makan cepat? ( direct translation ).. Terasa kekok kerana telah setahun lebih aku tidak menguruskan apa-apa program, dahulu aku hanya mengendalikan KPIJ Junior di pusat asasi pun sudah agak memeningkan kepala pada mulanya ( ia bukan seperti kelab biasa ). Kebiasaanya dulu bila ada perjumpaan,aku akan siap dengan susunan meeting point dari satu perkara kepada satu perkara sehinggalah soalan " ada hal-hal berbangkit?" .. Semalam,seperti dulu,menyusun satu persatu point yang penting tetapi ketika perbincangan aku sedikit kaku..

" Wan , ko asal macam lost in the jungle je "

Ketara sungguh kelihatanya, ye memang.. Aku bukan seorang yang multitasking.. bila aku buat satu benda,aku nak siapkan sampai habis baru buat benda lain ( faktor lambat siapkan assignment ) .. Dalam kepala aku semalam, bincang tentang hal lain tapi pada masa yang sama aku berfikir dengan acara lagi satu,macamana pula yer jadinya.. Itulah salah satu faktor kenapa aku amat blurr semalam.. tambahan pula,kurang penggerak lelaki.. takpe,biarkan sahaja sehingga 6hb Jun nanti..

Untuk pertemuan kedua, aku tak tahu bagaimana pencapaian, penerimaan dan respon.. baik atau tidak? masalah mendatang? ( itu normal dalam program ) dan apakah yang akan terjadi sehingga 6 Jun nanti,ia agak mendebarkan, entah kenapa..

Tidak mengharap terlalu tinggi,tetapi langkah sudah jauh, dan mesti ditamatkan sepertimana yang tertera dalam tentatif. InsyaAllah

Ingin tahu apa yang telah dirancang, lawat http://reunionsa.blogspot.com

sekian..
0010
27 Mei 2010
Rumahku..

* minggu depan lesen tamat tempoh,esok jangan lupa ye izwan ke pejabat pos =)

No comments: