Salam..
Selepas pilihan datang dalam hidup, kita akan memilih yang mana berkenan dan yang mana tidak.
Sudah tentu yang dikatakan TIDAK itu ,boleh ditafsirkan secara ringkasnya sebagai ditolak.
Namun, apa benarkah jika orang itu menolak sesuatu dari kita,ia membenci ?
Menolak itu bukan bermaksud kita membenci perkara yang kita tidak terima itu. Kadangkala keadaan sekeliling,persekitaran mahupun diri kita membuatkan kita tidak dapat menerimanya.
Keyakinan juga salah satu faktor,terutama bila berkaitan dengan amanah atau tanggungjawab. Namun sebenarnya sejak lahir lagi tanggungjawab yang besar sudah tertulis di bahu setiap insan, menjadi hamba dan khalifah di muka bumi ini. Kemudian, tanggungjawab duniawi yang lain menyusul satu persatu.
Amanah. Satu perkataan yang punya maksud yang sangat berat. Bila ia dipikul dengan penuh persiapan dari segi mental dan fizikal, insyaAllah ia akan terlaksana kerna selepas amanah itu diterima,perlu bersiap sedia dengan cabarannya pula.. Persoalannya,jika nak tunggu sedia,sampai bilakah ?. Kadangkala ini persoalan yang tiada jawapan.
Jika orang itu menolak pilihan yang kita berikan,mungkin dia perlukan masa, mungkin juga dia belum bersedia. Usah ditafsir negatif atas keputusannya itu. Alangkah baiknya jika kita dapat menjadi insan yang dengan mudah boleh memahami orang lain. Aku ? Sejauh manakah aku mampu memahami insan lain?
Biarkan rasa bersedia itu datang dengan sendirinya, bila kita sendiri mahu mencari pengalaman dengan memikul tanggungjawab itu sudah pasti kita sanggup menempuhi segala rintangannya..
Carilah pengalaman satu persatu, usah terburu-buru..
*nota kecik :
- ini adalah tafsiran untuk sesuatu yang baru lepas aku hadapi, aku menolaknya setelah memikirkan tentang kemampuan aku. Aku juga punya perancangan lain untuk itu. Tidak menyentuh atau melibatkan mana-mana pihak. Hanya tentang Aku.
-
0112
22 Jun 2010
rumahku..
2 comments:
ai..meminang??ngeee...
hmm..sepatutnyer ayat tu dah buat kod strike,tapi tak jadi plak..
tapi,saje je selingan kosong disitu.. haha
Post a Comment