26 March 2010
Situasiku juga seperti kalian ketika ini..Tanggungjawab itu tidak akan habis..
9.31 minit malam, baru sahaja selesai solat isyak aku membuka wicrosoft word untuk menaip sesuatu untuk blog ini. Sementara menunggu kelas OOP ( object oriented programming ) oleh acap pada jam 10.30 malam nanti, aku tidak rasa untuk study dalam waktu “lapang” ini. Sudah lama tidak menyiarkan sesuatu, mungkin aku dilihat hanya bersemangat untuk menulis di blog sekejap sahaja,namun bukan begitu. Setiap kali ingin menulis aku memikirkan apa yang mahu diceritakan. Mungkin juga kesibukan-kesibukan pada minggu-minggu akhir ini sedikit sebanyak memberi tekanan. Projek yang perlu diselesaikan,quiz setiap hari setiap minggu, assignment.. Letih~~.. Namun tugas itu perlu dilunaskan..Alhamdulillah sekarang semuanya telah selesai,tinggal menunggu tamatnya peperiksaan akhir semester 2 ini..
Musim peperiksaan, sedang kian hangat dan rancak di UIAM ketika ini. Peperiksaan akhir semester, penting untuk sesiapa yang akan graduate, pemegang-pemegang biasiswa tetapi penting juga untuk semua yang telah menghabiskan 4 bulan untuk menuntut ilmu. Minggu-minggu ini kian hangat di facebook rakan-rakan kuliah tentang ‘best wishes’ dan ‘keluhan exam’.. keluhan??..haha..
Hari ini, aku telah selesai dua subjek. UNGS 2040 ( Islam, Knowledge and Civilization ) dan Dynamics. UNGS 2040, aku tidak melakukan dengan baik rasanya, lemah dengan subjek yang menggunakan fakta, esei dan seangkatan dengannya. hoho..Dynamics, menjadi subjek kegemaran untuk sem ini, mungkin faktor pensyarah memang banyak mempengaruhi aku sejak dulu lagi. Kalau cikgu yang mengajar kena dengan jiwa aku, bersemangat aku ke kelas itu,semua yang diajar nampak senang dan mudah difahami. Tetapi kalau cikgu itu aku rasa susah nak masuk jiwa ni, terbaliklah jadinya. Kadangkala aku memikirkan,bahaya juga begitu. Sampai bila perlu begitu, nak harap belajar sendiri saja belum tentu akan faham sepenuhnya. Mungkinkah ada penyelesaiannya nanti??
Di musim peperiksaan ini, tekanan itu memang dirasakan hebat. Bermacam-macam difikiran, juga pesan mak dan abah.
Bila fikiran serabut, aku akan ke tasik untuk melihat air yang mengalir. Jika waktu hujan, aku akan merenung air hujan yang turun. Terasa tenang melihat suasana tersebut. Terasa sedikit lapang fikiran ini. Setiap orang punya cara berbeza untuk merehatkan minda. Ikut diri masing-masing.
Lusa, subjek OOP menanti. Diikuti Calculus 2 pada 1 April dan Electronics menjadi penamat pada 2 April. Selepas tamat peperiksaan,insyaAllah aku akan ke pulau pinang untuk program baktisiswa mahallah uthman dan mahallah asma’. Untuk program ini pun ada lagi beberapa tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Nanti aku akan ceritakan apa yang berlaku di pulau pinang. Habis sahaja baktisiswa, berehat.. berehatkah??.. mungkin juga untuk semester ini, namun untuk hari-hari yang mendatang, tanggungjawab lain itu sudah semestinya menanti. Bersediakah aku untuk menggalasnya?. Mungkin ia akan menjadi lebih berat dari apa yang telah dilalui sekarang ini. Tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah itu tidak akan habis selagi bernyawa, tanggungjawab sebagai pelajar itu sememangnya pasti.. Untuk saat ini …
“bila tersedar, aku mencuba mendapatkan yang lebih baik.. Bila terleka dengan tangggungjawab, aku alpa.. dan kemudian tersedar semula.. Mengapakah kita sering alpa dengan tanggungjawab?? “
2200
26 Mac 2009
Mahallah Uthman..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment