cfs muaz..
“ ko free tak malam nie??”
“nape?”
“nak ajak dengar talk”
aku lemah sket dengar-dengar talk nie..
“ talk pe??.. interfaith ??”
“bukan r,talk motivasi”
lalu dia mesej kat aku info program tu..
“ Talk To Think, Positive Person Positive Generation, Prof. Dr. Ismawi Zen, International Panel Of The Expansion of Masjidil Haram, R n D, STEADFAST”
macam best gak, boleh r g..
“ ko gerak dulu r, aku ada hal nak g bilik mrc”
“ok..”
program mrc lepas habis sem nie, kalau aku g baru aku akan cerita.. satu program yang menarik pada aku...program selama seminggu di.. haaa,itu yang akan diberitahu nanti..kalau tak de halangan..
dalam jam 9.20 malam baru aku sampai ke tempat program, kat LT 5.. program tu baru je mula, kata committee yang ada kat situ la..
Penceramah merupakan seorang Instructor untuk student Master kat KAED,IIUM..ikut info dari muazan.. Prof. Dr. Ismawi Zen..
masa aku sampai, penerangan memang baru bermula, slide menunjukkan ayat ini..aku tulis mane yang aku catat je la.....
A Positive Person Is a Good Observer
- they become seccessful by wanting to be successful
- Know personal goal, without goal it’s difficult to score
mereka yang berjaya semua tak semestinya pandai, bijak, hensem, cantik, charming ( wah.. haha).. tapi sebab mereka mahukan itu.. ya,aku setuju.. dah lama benda nie aku fikirkan.. berdasarkan pemerhatian,mereka biasa tetapi cara mereka bukan yang biasa..
Menurut beliau lagi, ilmu terbahagi kepada 4 :
1. ilmu yang disampaikan :
maksudnya ilmu yang hanya diterima oleh kita,cara kita belajar berdasarkan apa yang kita dengar dan tahu.. cuma input sahaja,yang kadangkala masuk lekat kat otak tetapi selalunya masuk lepas tu keluar..
2. ilmu yang diteroka :
cara memperolehi ilmu ini banyak dipraktikkan di universiti @ institut pengajian tinggi.. melalui apa yang digelar “assignment”.. bila kita membuat assignment,kita akan mencari jawapan yang kita tak tahu.. banyak yang memang tak tahu.. mencari sumber-sumber jawapan dari buku dan sebagainya merupakan kaedah pembelajaran yang baik..
cuma,bila dilakukan disaat-saat akhir contohnya esok nak hantar baru nak siapkan, kita akan membuat assignment dengan keadaan asal siap.. sebab tu buat assignment semua hantar tapi exam tak tahu pape... tiru assignment pun meneroka gak.. tapi tu la kesannya macam buat assignment asal siap.. ( terasa plak.. hehe )
3. ilmu yang dibina :
“ kenapa begitu..begini..sebab???”
bila mula bertanya soalan,kita sedang membina ilmu yang sedang kita dapat dalam diri kita.. bila kita bertanya,bermakna kita mengikuti apa yang disampaikan oleh cikgu dan cuba untuk memahamkan dalam masa tersebut juga.. bila tak paham,mula tanya.. bagus,paham.. ( aku buat gak untuk subjek yang aku tak selalu tido..hahaha )
4. ilmu inovasi :
inilah aplikasi ilmu yang sebenar, diinovasikan kepada sesuatu hasil.. kita menggunakan ilmu untuk berkhidmat kepada masyarakat.. paling penting, ilmu itu digunakan untuk mentadbir bumi ini kerana kita adalah Khalifah di dunia ini.. =)
ada juga tips-tips untuk belajar,contohnya
pagi – digunakan untuk membaca
sebelum tengah malam – digunakan untuk membuat tugasan
tengah malam – membaca
ikut orang la kan.. terpulang cara masing-masing yang mana sesuai..
ada lagi kot tapi aku tak sempat salin semua.. talk tu pun tak de la lama mane,dalam kul 11 dah habes..
hmm,kita dengarlah banyak mana pun ceramah motivasi, baca buku banyak mane pun la kalau diri tu tak nak.. tak jadi ape gak.. malas nak motivasikan diri,nak duk camtu je.. boleh.. tapi kene fikir akibatnya nanti.. kene buat juga ape yang terdaya.. mesti paksa..untuk kebaikan..mesti..dan mesti.. dan mesti...dan cara itu mestilah betul dan bijak..
“ so dont become weak nor be sad, and you’ll be superior ( in victory) if you are indeed ( true ) believers” [ 3 : 139 ]
“ inh habe noch viel zu erreichen - lots of more thing for me to do “
“ Life is like a River, it is only by being true to itself that is reaches the mighty Ocean”
sekian..
2329
23022010
Mahallah Uthman,IIUM..
No comments:
Post a Comment