16 February 2010

Waterfall Banana’s River.. Pertemuan itu perlu..

Salam…bila aku merasa hendak menaip, baru aku akan menaip..

khamis,11 febuari 2010.. malam itu aku memikirkan apa yang hendak dilakukan cuti raya cina kali ni.. aku membuat keputusan untuk tidak pulang ke rumah, baru sahaja 2 minggu lepas bercuti, jadi cuti kali ini aku memilih untuk tiggal saja di kampus dengan menyiapkan kerja-kerja yang sememangnya tidak pernah putus kecuali bila dah habis pepriksaan akhir semester.. inilah kehidupan setiap pelajar di sini atau di mana-mana sekalipun..

“ g mandi sg. pisang best gak nie..lama tak gather budak-budak nie”, terlintas idea dalam fikiran aku.. mereka-mereka yang aku maksudkan di sini ialah roomate aku masa di pusat asasi lagi.. memang sejak masuk ke gombak sudah jarang kami bertemu, masa di pj dahulu boleh dikatakan rapat.. masa bulan puasa paling aku suka, berbuka beramai-ramai menjadi kemestian, ikut kemampuan..

aku mengirim SMS kepada semua, tak semua dapat hadir sebab ada yang ada program dan ada yang pulang kerumah.. tapi mane yang ada pun jadi la.. aku, suhail, malik, bob, ridwan a.k.a wan c, ridhwan a.k.a wan k dan sala..

Hari kejadian, 13 Febuari 2010 ..

aku memang menetapkan kumpul jam 8 sebab aku tau confirm gerak lambat.. “masalah pembangunan”..hehehe.. pagi tu sorang-sorang aku call.. “ bangon weh !!”.. “huh,lambat la nak gerak nie”.. azraf yang kata nak g tapi dikejut tak mau bangun.. mane tak nya, subuh baru tido, main PES sampai pagi.. dush3 !! … ketuk loker pun tak jalan.. azraf tinggal !!..


minit berganti minit.. tika semua dah berkumpul di blok E uthman, bob masih tak datang lagi..”bob mane nie??,dari tadi call tak angkat”.. “lambat r, wat ape nie, jatuh bilik air ke??..wakakaka”.. ramai yang mengata.. hehehe.. sorry bob.. haha..

B.E.R.G.E.R.A.K ~~~



moto di kunci di atas jalan, kene trackking nak sampai ke air terjun.. sebelum perjalanan dimulakan siap baca doa lagi..mantap.. huhuhu..baru 10 minit perjalanan, tak masuk terowong bawah highway lagi, sorang- sorang jatuh dalam air,tak sume r.. aku tak eh....hahaha

“weh, belum lagi r nak mandi.. rilek r.. mandi kat air terjun r”

perjalanan menyelusuri hutan dan sungai.. ini kali kedua aku ke sini.. kali pertama dengan rakan-rakan dan fasi study circle semester lepas..

“ jauh lagi ke p?”
“ntah,jauh lagi kot”
“jauh lagi ke??”
“ntah”..

jalan dan jalan dan jalan.. sambil tu aku ada gak shoot beberapa gambar… guna kamera hp SE W660i je.. pun jadik…

“hah !!.. sampai !!.. tu air terjun depan tu..cepat3”

“nak mandi sini ke mandi atas??”
“sini air terjun kuat. best sket,atas tak kuat”
“mane-mane je r”

bush!!!.. mandi manda.. baik gak r masa tu tak de orang sangat.. yang ada pun dua orang mamat dengn DLSR diorang..

perangai pelik dan macam-macam lagi.. berlumba lari di dalam air, tangkap ikan kecik tapi sekor pun tak dapat.. gembira dengan tahap maksimum.. melapangkan paleotak..

tiba-tiba aku mendapat idea untuk test skill tangkap gambar aku yang tak pernah aku pelajari.. tak pernah masuk kelas fotografi tapi minat tangkap gambar.. guna kamera hp pun jadi.. ini la hasilnya..

.. suka gambar nie ..

.. effect hp ..







.. suka gambar nie ..





.. khas ..




( gambar-gambar lain tak leh publish yer.. privacy…)

12.30 tengahari..

“weh.. naik3.. jangan lupa daratan,lewat dah, jom gerak”

baru naik kejap je, last-last sume turun ke air balik…

naik2.. jom gerak”… kali kedua baru sume naik…

siap..siap.. bergerak untuk pulang..

“nak lalu atas ke lalu bawah.. lalu atas kene lalu highway tapi dekat sikit,bawah lalu sungai”,cadang bob..

“atas r”… setelah disepakati.. guna jalan atas bukit untuk keluar..

Babak yang.. Oh!!!!

“sifu !!.. highway jumpa.. sudah”.. “tongga..tongga”.. ngajuk ayat dalam filem Sifu & Tongga..

perjalanan diteruskan.. dan tiba-tiba tanpa disangka laluan yang dimaksudkan bob ialah.. betul-betul tepi highway ???...

apakah???....perh!! malu siot…


kene lalu tepi highway untuk ke terowong mula-mula yang kitorang masuk tadi.. bayangkan, 7 orang yang tiba-tiba keluar dari belukar, bawak beg, tuala segala.. berjalan di tepi highway melawan arus.. masa tu kenderaan penuh dari arah bertentangan.. aku mengeluarkan tuala dan menutup kepala lalu jalan dengan rendah diri, menundukkan kepala.. gile malu weh.. hahahaha…

masa tu boleh dikatakan semua mata memerhatikan kami..ntah-ntah ada yang ingat kitorang nie tak betul kot.. huhuhu..

“pinn.. pin.. tin..tin”
“ haa,jalan dulu..jalan dulu”

kedengaran bunyi hon di tepi-tepi..ceh, hampeh.. jakun ke..

“weh, amik gambar dulu.. bagi nampak kereta kat belakang nie”..

ada satu masa tu bob ntah camane leh jatuh kat terlanggar batu, tak de sape pun perasan , malah sume sibuk tangkap gambar.. hahahaha… sorry bob.. hehe…

lama juga la nak meredah tepi highway tu.. uish3.. dah tak segan dah.. siap lambai-lambai lagi..

akhirnya sampai juga kat terowong tu..
perjalanan pulang diteruskan..

Alhamdulillah sampai ke semula ke kenderaan.. balik tu makan dulu kat warung depan SBPI Gombak.. dan kemudian pulang…

kelakar.. babak lalu highway yang paling aku tergelak..
>
" kami pelajar - pelajar tahun 1 IIUM,Gombak mengucapkan selamat bercuti kepada keluarga dan rakan - rakan di semenanjung Malaysia terutama di Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Melaka dan Terengganu ~~ SALAM PERANTAUAN ~~"

gembira.. sebab dapat mandi sungai.. melihat air dan pokok.. aku suka.. sebab aku suka tengok hujan..

harapan.. moga persahabatan ini akan kekal.. akan dicuba untuk mengeratkan mana yang ada.. mungkin tidak mampu untuk kumpul kesemuanya, tapi biarlah dengan apa yang ada… ada masa kumpul lagi.. sem depan, masing-masing dah lain bidang.. dah ada majoring masing-masing.. harap apa yang ada sekarang nie terus berkekalan..

ABC 316 2007 – 2008
ABC 115 2008 – 2009

11.41 a.m
16 Febuari 2010
Uthman D,IIUM

4 comments:

fauziah hanum said...

wah best gila dapat main air..
dengan kawan2 lak..
mmg malu jalan tepi highway..tp ramai2 x ar malu sangat..cuba kalu berdua jer..malu sgt..siap ada hon berkali2..(pernah alami^^)

notakaki:nice pic

izwanyusof said...

owh, pernah jadi gak r pejalan kaki highway??..hahaha..

time tu kitorang wt selamber je,lepas2 nie tobat tak nak lalu jalan tu lagi..elakkan masuk kosmo je dgn tajuk "pelarian dari hutan"...

fauziah hanum said...

kena buang dekat tepi highway..
wah kenangan yang amat memalukan..
siap ada abang tu berhenti dan berborak nge kita lgi....

tambah2 time tu hujan plak tiba..

kenangan2..
^________^v

izwanyusof said...

asal kene buang plak??

wah,cam filem r plak.. bajet romantik r tu... hahahaha