08 February 2010

"bercerita" dengan blog ...

Bercerita dengan blog yang mungkin merupakan medium bagi sesetengah individu menyatakan segala-galanya.. tidak perlu ia dibaca oleh semua orang.. tidak perlu mempunyai jumlah pengunjung yang ramai.. cukuplah sekadar aku dan aku dan sesiapa yang ingin tahu..

8 Febuari 2009, jika dibandingkan dengan artikel terakhir aku di blog ini sudah sememangnya jauh jaraknya… jauh.. dan dalam kejauhan jarak itu pelbagai perkara yang berlaku.. dan tidak semua perkara itu wajar diketahui umum..

Kesibukan exam yang melanda, membuatkan otak aku masih seperti sem yang lepas.. masih blur dan ntah bermacam-macam juga.. Sesuatu perlu dilakukan.. kerna kondisi sekarang dalam bahaya.. Akademik perkara penting kerna di dalamnya terdapat pengharapan yang amat besar.. untuk insan – insan penting dalam hidup…

Mid Term

Ungkapan yang sememangnya penting untuk semua pelajar ipta/s.. bagi yang merasakan kehadirannya.. Permulaan yang teruk bagi aku.. dan sememangnya tidak berpuas hati.. ingin kalah, jatuh dengan apa yang telah berlaku, tetapi cuba memotivasikan diri.. bila menghayati

lirik lagu ini..

MAHER ZAIN.. InsyaAllah

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night And darkness all around
You feel so helpless You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x

Insya Allah you`ll find your way
continue….

Perbandingan dengan mereka-mereka yang hebat di sini perlu tetapi perlunya cara aku sendiri menghadapinya.. ikut keselesaan individu.. Maaf untuk diri ini, Electronics itu satu penipuan…

Muktamar Sanawi PKPIM Pusat Asasi UIAM PJ


untuk bekas pimpinan kpij pusat asasi uiam pj.. Maaf tidak pernah bersua dengan kamu semua sepanjang sem ini.. aku tak tahu apa pandangan sesetengah pihak melihat aku sebegitu.. dan kenapa seperti aku sahaja yang dipandang untuk tanggungjawab ini sedangkan mereka yang pernah bersama-sama aku dahulu… hmm..

KPIJ PA UIAM 2009/2010.. bila mana ingin aku ke pj bersama yang lain untuk melawat mereka, tarikh itu tidak kena.. bertindih dengan exam.. dan exam.. untuk kali pertama sebelum cuti pertengahan semester, exam oop .. 5 hb yang lalu ketika majlis penting aku tidak dapat hadir.. exam lagi.. setahun yang lalu dalam majlis itu aku menyerahkan kepimpinan itu kepada mereka.. dan bila mereka hendak menyerahkan pimpinan itu kepada adik-adik yang baru.. aku tidak dapat hadir untuk menyaksikannya.. sungguh hati ini ingin hadir melihat.. dan hadirnya diri aku ke muktamar PKPIM Pusat Asasi UIAM PJ semalam sebagai pengganti dan aku merasa puas hati melihat siapa yang menjadi penerus kepada usaha ini untuk KPIJ di sana.. apapun, aku suka memilih cara aku sendiri…


6.20pm hari ini… serba tidak kena untuk study calculus… menyiapkan report workshop dengan cara “asal siap”.. benci buat report yang kene tulis berjela-jela.. ahhh, janji hantar sudah !!... menyiapkan ayat-ayat terakhir untuk report itu dan terus keluar.. bila otak blur-blur.. jalan-jalan menjadi penyelesaian… Pinjam moto nuek jap untuk ke tasik uia di belakang female sport complex.. kelihatan aizad,dharma,farid dan zaim sedang rancak bermain kayak.. ada sewa kayak kat sini, sekali main RM1.. aku melihat air tasik yang beralun –alun dengan gelombang z = sin y secara paksi 3 –D.. dan tanpa memikirkan apa-apa aku melihat keindahan semulajadi alam ini… waktu hamper maghrib, pulang sudah ke mahallah untuk tugasan lain di malam hari..

Assignmet UNGS

baru sebentar tadi dilakukan perbincangan.. tarikh hantar 9hb ini.. lusa.. arghh!!. .. baru lepas sibuk-sibuk dengan exam dah ada due date yang dekat.. bukan tidak mahu buat awal, ini lah yang paling awal sebab kerja ini memerlukan kami melakukan kaji selidik di kalangan orang ramai tentang tajuk kami iaitu “kahwin awal “..

akan aku cuba menganalisis sedikit untuk perjumpaan esok malam.. esok hari yang amat penat.. 8.30 pagi – 7.00 malam non stop class… dan sekarang jam 2.22pagi aku masih menaip untuk ini..hmmm..

tentang kerja ini, aku lihat rata-rata wanita muda dalam lingkungan 19-23 tahun menyatakan kahwin awal akan hilang kebebasan, tak dapat menumpukan pelajaran.. kurang masa untuk keluarga.. dan bagi lelaki yang purata umur hampir dengan diatas.. tanggungjawab itu menjadi perkara utama untuk difikirkan… komen aku ~~~ malas nak komen ~~~~

Wireless Siput

Kelajuan wireless yang baru dimulakan di uia yang meliputi sehingga ke kolej kediaman menurun mengalahkan siput yang berlumba dengan arnab.. buka facebook lembab.. buka email langung hancusss.. membuatkan aku menulis di sini.. ntah bila ini akan aku publish di blog.. tunggu la sehingga wireless ok..

Letih.. mengantuk.. dan sesuatu yang tersirat yang tidak perlu untuk difikirkannn..

salam..
08022010

0228

Mahallah Uthman…

4 comments:

fauziah hanum said...

hehe..kesiannya..
tak per2 bro,
nih nak bg S.E.M.A.N.G.A.T
sekali lagi ^_^
berusaha la sekali lagi..mulakan satu permulaan yg baru dgn semngat yang kental,tabah dan sabar...
fikirkan orang lain boleh buat..aku pasti boleh//namun jika perancangan kita tidak seperti yg dihasratkan..mungkin Allah takdirkan sesuatu yg lebih baik tuk diri kita..

erm..akhirnya update gak..setelah diutarakan..

keep it up..nak dengar perkembangan semasa..

izwanyusof said...

wah..kelakonyer.. hahaha..
tq..

memg kalau perancangan bukan seperti yang diharap,mungkin itu ketetapan.. tapi tak leh berserah bulat2 gitu je... kene check balik perancangan tu cmane.. kalau perancangan mcam nak tak nak, nak berserah gak.. msalah r tu..

tak de per yg best pn kat cni..

fauziah hanum said...

kelakar ke??

yg tu kena check blk la..kdg kita rncg bese2 jer tp dpt lebih hbt..

tp kdg2 rncg bukan main gah n hebatnyer..hasilnya...ala2 manja jer..

so pikir2kan..

tang mana silap...

best pe blog nie...

izwanyusof said...

sekati r nak anggap kelakar..haha..

haaa,tu la mksudnya..
tengok balik perancangan camane..

cam wat program r gak.. bhagian teknikal penting,sebab dulu bese jdi prep n tech...tapi skrg dah lame tak jadi ape2.. hehe..

best??..ntah.. bese r.. tak hebat pn ape yg ada kt cni...