10 August 2009

Bila Muzik Menjadi Perantara..

OPICK + INTEAM + DEWANGGA SAKTI + DEVOTEES

pertama sekali sebelum aku meneruskan jari untuk menaip entri ini, aku tau bahawa blog aku memang sudah berkarat-karat.. hehehe.. sebabnyer dah lama aku tak update dengan entri terbaru.. kenapa??.. akan aku cerita di akhir entri ini.. yang pasti mungkin ada yang merasakan blog aku akan terkubur.. isk3...

dah3.. teruskan dengan pemerhatian aku tentang peristiwa ini..


hari khamis yang lalu aku berpeluang menyaksikan konsert nasyid ( aku tengok nasyid??..hehe ) di uiam.. masa tu dalam minggu Festival AIKOL ( Ahmad Ibrahim Kuliyyah Of Law ).. mulanya aku tak rancang nak tengok konsert ni tapi sehari sebelum hari kejadian, aku tergerak hati nak tengok dan segera menghubungi kenalan aku yang menjadi committee ( abg. khairullah ).. hmm, last-last minit baru nak beli tiket... aku .. bese r gitu kan..

Malam hari kejadian berlaku, aku tiba di Main Auditorium jam 8.25 malam, ingatkan dah mula dah..punye la bergegas namun belum mula apa-apa lagi.. masih menunggu ketibaan VIP dan lain-lain tetamu.. jenuh tunggu nie !!..


Aku segera mencari tempat kosong.. mase tu aku g sorang jer, tak de ngan member.. bese r, aku sorang-sorang pun jadi g mane-mane..

aku duduk di barisan tengah-tengah.. mase tu dah rase macam kat indonesia !!..

keliling student indon.. ramai giler r.. hanya persembahan muzik, namum impaknya sebegitu.. ni belum start konsert lagi nie..

dalam jam 9.00 malam, majlis dimulakan dan persembahan pertama oleh Dewangga Sakti..


Menurut info, Dewangga Sakti merupakan kumpulan muzik asli yang ditubuhkan pada tahun 2000.. dianggotai oleh bekas graduan uiam sendiri..

Muzik yang dimainkan dengan alat-alat seperti gambus, kompang dan lain-lain ( tak ingat nama ) sedikit sebanyak memberi ketenangan.. masa tu pale aku memang tension dengan quiz dan assignment berlambak-lambak, mendengar muzik sebegini memang menenangkan fikiran sikit..

Opick.. Kemunculan yang ditunggu-tunggu oleh semua..


bila opick memasuki pentas, riuh rendah dewan tu.. aku tengok opick hanya tersenyum dan wajahnya nampak tenang dan biasa... pakaian juga cukup simple.. jubah, serban dan capal ringkas..

aku difahamkan opick dulu seorang penyanyi rock yang telah menghasilkan 6 album rock..
namun ketenangan tidak pernah dirasai sehingga dia beralih ke genre nasyid..

dari situ dia belajar kembali berwudhu’ , solat dan sebagainya..

hmm.. hidayah itu milik Allah dan diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya..

lagu – lagu yang dinyanyikan rasanya semua tahu bagi siapa yang sudah kenal dengan opick.. bagi yang belum mengenalinya, lagu – lagu bercorak ketuhanan menjadi cara opick berdakwah..

cukup ringkas tetapi memberi makna mendalam.. rentak lagu juga ada yang rancak dan ada yang perlahan.. liriknya yang aku rasakan paling mendalam..

ada kisah benar yang dia ceritakan, dia nak buat filem tapi tak cukup duit, dia tanya kat sorang ustaz dan ustaz tu suruh dia sedekahkan rumah.. kebetulan opick ada dua rumah dan dia sedekahkan satu rumah..

tak lama kemudian.. dia mendapat tajaan untuk membuat filemnya dan mendapat rumah yang berkali ganda banyaknya..

tersentuh juga... memang itu tidak mustahil tetapi yang penting niat kita itu sendiri..


Inteam muncul untuk berduet dengan opick.. tapi hanya satu lagu.. hmm..

Devotees dengan dua orang ahli menghiburkan penonton untuk persembahan kedua terakhir sebelum opick muncil kali kedua.. sepatutnya ahli diorang ada 4 tetapi lagi dua tak dapat hadir..


ramai rasenyer dah kenal dengan kumpulan ini.. selalu lagu diorang naik kat carta IKIM.. lagu yang berjiwa muda dan remaja.. hehe.. terhibur juga aku dengan semua persembahan yang ada..

tak lupa juga persembahan poetry club.. persembahan syair yang berunsurkan ketuhanan, ilmuan islam dan lain-lain..

Itulah sekitar babak babak atau kronologi malam tu.. indah bagi yang menghayatinya..

aku hanya memerhati dan berfikir, betapa muzik memang menjadi medium dan perantara untuk menyatukan negara, komuniti mahupun dua insan.. dua insan pe plak nie.. hahaha ...

namun implikasi muzik pada zaman ini juga ada positif dan negatif.. tak perlu cerita pun dah leh nampak sendiri..

Muzik nie indah, bergantung kepada cara kita menghayatinya.. aku bukan orang seni, nak cerita lebih pun tak pandai..

untuk keseluruhan, aku puas hati dengan duit yang dikeluarkan untuk beli tiket..

di bumi uia bukan setakat muzik, banyak lagi benda yang kita boleh belajar..

sehari sebelum konsert tu, masa study circle, naqib group aku ada gtau,” walaupun uiam nie luarannya dah semakin ‘terhakis’ islamiknya, tetapi di dalam nya masih terkumpul ilmuan yang penuh dengan ilmu agama.. “

mendalam maknanya..

cukup sampai di sini dulu..

aku tak update blog nie begitu lama sebab kekangan masa..

g kelas kul 8 balik kul 5 @ 6.. berjalan kaki .. quiz dan assignment tanpa henti..
jadi waktu agak terhad nak menulis dan sebagainya.. letih sebenarnya sekarang nie.. amat letih... dalam masa sebulan nie aku masih lagi mencari formula untuk tune up study dan keadaan sekeliling.. study aku kurang sket sekarang nie..

aku perlu masa untuk ini......

adakah penulisan aku masih bosan??.. mungkin kah?? .. namun aku... tak peduli ah!!.. hahaha..

malas nak fikir serius malam nie.. walaupun ada entri yang aku nak post tapi tak jadi..

ok, that’s all..
salam..

5 comments:

[Ana] Farhana.... said...

Assalamualaikum wbt...
busannye entri blog dia...
hehe...
bestlah.....
guro je....
simple word better than bermadah bicara or berkias2 tp msg tak sampai...

yupz...
hidayah Allah tu sesape pun leh dapat n leh hilang...
Allah kan Maha Berkehendak..

Wallahualam....

izwanyusof said...

wasalam..

ye ker bosan.. lepas nie akan lagi bosan.. haha..

sy tak pandai madah2 dalam blog...

thanks 4 visiting..

innii said...

ish..SAYA pun x pndai la nak bermadah2 ni..keh3..

izwanyusof said...

TO INNI :

ehh, apakah msksud komen anda??

innii said...

haha..maksudye..anda lurus la dak kecik..kui3