Hari ini sudah hampir seminggu aku berada di bumi UIAM.. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun debaran masih berada dalam hati aku...
Minggu lepas berlangsungnya taa’ruf week ( orentasi ).. untuk batch aku kali ni taaruf week dibuat dalam jangkamasa yang singkat.. 3 hari dan tanpa slot malam.. tak der yang jeles ker??..hahaha.. tapi ia sungguh membosankan.. jujur dari hati.. begitu banyak taklimat membuatkan aku menggunakan masa taklimat itu untuk tidur dengan jayanya...
Pagi pada hari pendaftaran.. aku segala perancangan aku tidak menjadi.. bermacam-macam perasaan berlegar dalam fikiran aku ketika itu..
Aku dan rakan bilik yang lama dulu telah rancang untuk tinggal sebilik ketika di gombak, tapi pagi hari pendaftaran dia lewat sampai ke uia. Dan bila tiba giliran kami untuk mendaftar, tempat untuk 2 kekosongan dalam satu bilik sudah habis.. yang peliknya orang yang lagi lambat dari kitorang dapat tinggal sebilik.
Aku ditempatkan di blok E. Ground floor dan member aku di blok C.. kalau dekat-dekat tak pe lagi nie lain blok terus.. untuk seminggu yang lepas aku tinggal sorang-sorang dalam bilik.. dan bakal roommate aku semestinya senior-senior..
Masa tu memang hari-hari risau.. tak de kawan.. duk sorang-sorang.. duk ngan senior..
Hmm..hmm.. cam budak-budak ke??. Hahahaha... tapi aku tak nafikan sebab antara roommate lama dulu, kitorang memang rapat.. bila waktu cuti saling berhubungan dan bertanya khabar.. g berkelah kat sungai.. bila waktu ramadhan biasanya akan berbuka ramai-ramai, makan dalam dulang ( talam )..
walaupun sekarang masing-masing tinggal di bilik yang lain,namun usaha untuk mengeratkan ukhwah itu mesti terus kekal..
dalam masa seminggu yang lepas, agak sibuk dengan exam yang UIA dah tetapkan dan pendaftaran subjek.. untuk semester nie 8 sebjek menanti aku.. 6 subjek engineering, islamic worldview dan bahasa melayu.. ini pun menjadi debaran juga untuk aku.. keyakinan aku mula goyah.. namun sesuatu mesti dilakukan juga ... aku perlu mencuba dulu untuk minggu pertama ni bagaimana keadaannya..
roommate aku pun dah sampai semalam.. sorang jurusan engineering masuk tahun kedua dan sorang lagi jurusan law masuk tahun kedua.. aku lega kerana rasanya diorang ok dan leh gak layan.. dan dapat kenal dengan member baru..
pendapat aku :
zon selesa kehidupan yang aku paham ialah kita sudah lama berada dalam kondisi kehidupan tersebut dan bila berubah sedikit, kita akan mula berasa tidak selesa.. bimbang dan susah hati.. ramai yang aku perasan akan menghadapi konflik sebegini dalam diri dan mungkin juga zon selesa ini tidak ada dalam diri sesetengah manusia..
aku menghadapi situasi ini kalau korang perasan kat cerita di atas..
- tak dapat roommate yang dirancang
- mengambil subjek yang banyak
Kedua-dua situasi ini membuat aku kurang selesa.. namun aku berfikir kembali.. sampai bila harus berada dalam zon selesa..
Kehidupan sentiasa berubah-ubah tanpa kita sedari.. setiap perubahan memberikan plot baru dalam cara kehidupan kita.. kini, aku perlu melupakan zon selesa tersebut dan menerima zon baru dalam hidup aku.. zon selesa yang kita ada tak mungkin akan kekal selama-lamanya dalam kehidupan kita... aku bersyukur sebab dapat roommate yang ok dan ini membuatkan aku yakin untuk menerima kehidupan yang baru ini..
Memang benar seperti apa yang dikatakan oleh orang-orang yang bermotivasi tinggi.. jangan menilai sesuatu perkara sebelum mencubanya.. tapi bukanlah maksudnya jika dah tahu perkara tu buruk, tetap nak cuba gak.. perkara yang belum tahu lagi kesannya, usah menilai terlalu awal..
Jika kita masih menghadapi perasaan takut untuk keluar dari zon selesa, redakan ia perlahan-lahan.. kerana zon selesa itu tidak akan kekal selama-lamanya..
Cuba menerima sesuatu yang baru.. berdoalah mudah-mudahan apa yang baru itu memberi manfaat kepada kita.. hikmah disebalik setiap situasi yang berlaku memang tidak kita sedari...
Sekilas pandangan dari aku.. sekian..
9.05 pagi
12 julai 2009
Mahallah uthman..
2 comments:
eee..manjenye ko izwan nak sebilik dgn kawan..haha..tp klu ko nk sgt sbilik dgn kwn ko nape ri 2 x nangesh je kat opis?keh3
lalalala.. abaikan.. abaikan.. hahaha
Post a Comment