26 June 2009

Mindaku dibaca oleh ...

Assalamualaikum w.b.t .

Semalam petang .. aku merayap-rayap kat simpang ( nama singkatan untuk tempat aku bermastautin, simpang renggam ). Aku ke kompleks simpang renggam untuk berjumpa dengan abang rasyid, tokey yang aku kerja dengan dia selama 3 hari tu. Sape yang kerap baca blog aku tau la kisah aku kerja 3 hari tu.

Abang rasyid dengan kawan dia sorang kat kedai makan dalam kompleks tu, aku pun duduk dan bertanya tentang beberapa model laptop . tetiba abang rasyid masuk ke kedai dia untuk uruskan sesuatu ..

Dan bermula dialog aku dengan kawan abang rasyid yang aku terlupa untuk bertanyakan nama dia...

“ ko dah kerja ?? “
“ tak la, belajar lagi “
“ oh, tahun berapa ? “
“ tahun satu, baru nak buat degree “
“ belajar kat mane ?? “
“ kat uia, baru lepas asasi .. matrikulasi uia “
“ hmm, buat kos pe ?? “
“ engineering “
“ bagus la, belajar betul-betul. Kat u macam-macam kita boleh dapat “

biasa je pertanyaan untuk permulaan. Yela baru kenal..

“ kat uia tak de kes??.. khalwat??.. rogol ??.. “
“ hmm, saya tak pasti la. Kurang dengar tapi biasa mane-mane tempat berlaku masalah tu”




aku mula cuak gak dengan soalan dia. Tapi aku tak sedar dia sudah mula membaca perwatakan aku dan minda aku..



“ ko kene amik tau sume tu, isu-isu semasa tu. Sebab tu penting berpesatuan dalam U “

wah, menarik gak tu. Aku meneruskan niat untuk memanjangkan perbualan. Abang nie ada something yang aku boleh dapat .

“ ko kat sekolah aktif? “
“ tak sangat pun, masuk U baru aktif sikit-sikit “
“ tu la. Ko silap.. patut mase sekolah lagi ko dah aktif “


perbualan kami diteruskan. Dia ceritakan tentang penting nya penglibatan kita dalam persatuan sebab ia menggambarkan kehidupan kita di alam pekerjaan..

aku setuju dengan tu !!

pendapat dia sama dengan aku. Yang mana melalui persatuan ini kita akan belajar mentadbir, menguruskan program dan yang penting PR ( public relation ).

Perkara-perkara dalam persatuan ialah perkara yang tidak terdapat dalam buku, kalau buku
dah ada fakta-fakta yang tinggal nak baca je tapi dalam persatuan berubah-rubah. Pengalaman tu yang penting sebab ia menggambarkan situasi dalam kerja nanti.. tambah abang rasyid .

Memang benar semua tu kerana aku rasakan ia akan berlaku bila kita bekerja walaupun penglibatan aku dalam persatuan tak la gempak sangat.

“ ko pernah jadi PM ( programme manager ) ? “, Tanya abang tu..

“ tak pernah lagi.. PC pernah la.. dengan lain-lain tugas bese-bese “

“ kejar sampai PM . pengalaman tu yang kita nak.. PR dengan orang . macamane nak berhadapan dengan orang. Tengok sekarang berapa ramai mahasiswa ada degree tapi tak de kerja. PR tak kuat. Ko boleh nak ada degree, tapi setakat degree je la. Orang kampung pandang tinggi ko ada degree tapi ilmu luar kuliah tak de. Bila ko berhadapan dengan orang kat luar diorang tak respect ko sebab PR tak de “

hmm, mase tu aku rase macam sama dengan apa yang aku dengar dalam PKPIM dulu.. abang ni pun join underground gak ker??.. sambil dengar dia bercakap aku berfikir dalam paleotak nie..

“ kalau aku cakap ni ko nampak aku pembangkang plak, kalau nak cari persatuan, cari mahasiswa. Kat uia aku tau banyak persatuan macam ni. Dan cari yang bergerak bawah tanah, yang HEP ( hal ehwal pelajar ) tak suka. Kat situ banyak ilmu yang ko boleh dapat. Ikut persatuan macam nie, ilmu dia yang kita nak disamping pengalaman “

Ahh, memang sah r dia ni cam aku gak ikut persatuan senyap nie.. huhuhu..

Tapi dia dah mantap r, aku dengan PKPIM dan KPIJ dulu biasa-biasa jer..

“ abang dulu persatuan macam nie masuk, politik sekarang masuk gak. Tapi dengan persatuan senyap macam nie nampak apa yang diorang nak perjuangkan. Jelas.. dan diorang bersungguh-sungguh “

“ dulu abang punye penglibatan sampai disenaraikan dalam ‘ pemerhatian HEP ‘ . SB pun ikut la g mane-mane. Sampai g tandas pun dia ikut, tahap macam tu skali “

ya, aku pernah berjumpa dengan orang macam dia sebelum ni.. abang jufitri joha..

“ aku tengok ko ni boleh.. aku rasa ko boleh buat.. aku tengok jer dah tau … hmm, ko minat komputer kan ?? “

” ha’ah, memang minat sangat “, aku membalas.


“ tapi dia ni kat tengah-tengah. Masih di awang-awangan “, abang rasyid menilik aku.. aku kurang mengerti maksudnya dengan di awang-awangan itu..

sah la nie, memang dia baca minda aku sepanjang kami berbual.. aku masih di awangan.. sampai sekarang aku tak paham.. adakah sebab keyakinan aku yang kurang nie?? ..

“ sekarang ko lum kenal aku lagi, lama-lama ko kenal aku sape. Kalau balik cuti jangan segan jumpe kitorang.. dan cari la persatuan yang ko sesuai dan amik ilmu banyak-banyak. Ilmu diluar kuliah. Masuk persatuan, ingat tu . Apa yang tadi tu baik amik buat pengajaran dan tak baik tinggalkan “



itulah secara ringkas sekitar perbualan kami dan isu yang dibincangkan..

bukan maksud aku nak bandingkan persatuan mane best dan tak best.. itu adalah sebjektif dan terpulang pada kesesuaian individu sendiri. Mane yang dirasakan sesuai join la betul-betul. Tapi kesan dari berpesatuan itu sendiri yang penting.

Bila berpesatuan pula, disiplin penting dan mesti jaga . Sebab kita pelajar. Dunia pelajar dan persatuan berbeza . mungkin belajar dengan life yang mendatar tapi persatuan life turun naik. Macam-macam orang kita akan jumpa. Masalah dan tekanan yang pelbagai. Bila masalah persatuan dibawa-bawa dalam diri, tumpuan terhadap pelajaran hilang..

Yela, aku dulu pernah rasa. Mungkin mase tu gile persatuan sampai satu malam 3-4 meeting serentak padahal wat kerja pun biasa-biasa jer.. mengalahkan rector universiti.. huhuhu.. bajet mase tu dah pandai la kan, baca buku sikit-sikit jer, latihan tak buat sangat.. malas plak tu.. memang sem tu study kurang dan pointer jatuh. Aku punye la kecewa dan sem terakhir aku cuma aktif kat persatuan yang keutamaan aku begitu tinggi.

Pengalaman macam tu memang mengajar kita dengan lebih mendalam.

“ pengalaman adalah guru terbaik kehidupan, tapi kalau kita hanya nampak ia sebagai pengalaman dan tak memikirkan apa-apa daripada nya, sia-sia jer kita dapat pengalaman itu “


dan dunia sosial kita tak semestinya dalam persatuan sahaja. Aku amik contoh roommate aku dulu.. separuh dari kami aktif dalam persatuan dan separuh lagi aktif dalam sukan ( bolasepak ).. jadi masing-masing ada kehidupan sosial yang tersendiri, menarik tu asalkan kita bercampur dengan semua orang… hidup bukan setakat dunia kita sahaja..

bercampur dengan orang tak semestinya perlu ikut cara dia.. orang selalu cakap jangan kawan dengan golongan bermasalah, takut terjebak.. tapi kita boleh fikir sendiri mane baik dan buruk.. kalau tak campur dengan diorang macamane nak tau apa punca menyebabkan diorang jadi camtu... mungkin kekuatan diri setiap insan berbeza untuk mengawal diri masing-masing dari terjebak dengan gejala negatif.. itu hanya pandangan aku....

haa, rindu kat roommate r plak.. lama dah tak jumpe diorang.. bersyukur aku dapat roommate macam korang.. huhuhu..

niat kenapa kita berpesatuan tu juga penting.. kenapa kita buat macam tu macam nie, mula-mula kita tak nampak tapi mungkin lama kelamaan kita akan nampak kesannya.

Dan untuk yang nak berpesatuan ( ingatan lebih kepada aku dulu ), jangan abaikan pelajaran walau sesibuk mane pun kita dengan persatuan. Kelak ia akan menjadi fitnah dan merosakkan imej persatuan itu sendiri kalau kita kurang berjaya dalam pelajaran tetapi aktif berpersatuan. Nilai diri masing-masing dan kemampuan macamane. Ibu bapa kita mengharapkan kita berjaya dalam pelajaran kerana kita boleh nilai melalui pengorbanan mereka …

Satu kisah yang aku kongsi ni, kalau ada yang kurang setuju dengan mane-mane pendapat di atas boleh kemukakan pendapat anda juga..

Adakah aku akan berpersatuan bila di kampus nanti??.. persoalan yang masih menunggu jawapan…

Kurang 2 minggu untuk kehidupan baru aku ………..
12.51 tengah malam.. 26 jun 2009 .. rumah ku ..

2 comments:

aku lah.. said...

-aku x setuju ko kate ko x pernah jad PM..ish3..bru cuti 3 bln dh hilang ingatan..hahahahaha..

-y ayat y akhir2 2 cam perli aku pun ade..hahahaha..x kisah la..

-adakah incik mantan ydp kpij ini akan aktif berpersatuan di kampus nanti???atau tibe2 jadi naqib usroh???kite tungguuuuu..hahahahha..

izwanyusof said...

TO AKU LAH ..

ala, jd pm biase jer.. program kecik jer, bukan beso pun pgram..huhuhu..

aku tak perli sape2, lebih kepada ingatan kat diri aku dulu.. tapi btol pe.. pe jadi kat ko tu ada la hikmahnya..yang penting blajar dari kesilapan..

naqib usrah??..takkk mungkinnnn.. hahahahaha...