27 June 2010

dusun arwah atuk



Salam..

Dulu.. Ketika aku masih kecil lagi, sekitar umur 7 tahun.. Arwah atuk ada juga membawa aku ke kebunnya. Tidak jauh dari kampung aku, kebun tu di kawasan kampung seberang jalan sana.

Bila tiba di sana, yang aku tahu hanya bermain-main di kawasan sekitar, berlari-lari di sekeliling kawasan kebun sambil melihat atuk mengemaskan daun-daun kelapa sawit yang baru selesai dipotong. Kebun yang agak luas juga, dengan kelapa sawit sebagai tanaman utama di situ. Diselangi beberapa batang pokok durian dan cempedak.

Sudah lama aku tidak mengenang detik itu, terlalu lama..

Kini, musim buah kembali lagi. Kalau durian Balik Pulau menjadi kegemaran penggemar buah durian, aku hanya perlu menjengah ke kebun-kebun yang ada.

Siang tadi, aku bersama-sama mak dan nenek singgah kejap di kebun itu. Tercari-cari juga di bawah pokok durian kalau-kalau ada buah durian yang terjatuh namun tidak kelihatan. Pokok durian yang ada pun sudah tidak berbunga lagi. Kalau dulu, masa arwah atuk masih hidup dia yang selalu jaga kebun ni.Bila musim buah, cukup meriah di kampung. Durian,rambutan, manggis, rambai dan cempedak cukup banyak. Dengan jumlah cucu-cucunya yang ramai, sudah pasti memeriahkan rumah itu bila musim buah tiba .

Keadaan kebun itu sekarang tidak banyak bezanya berbanding dulu. Tadi masa aku jalan-jalan sekitar kawasan,sama saja seperti dulu. Cuma sudah lebih lapang dan kurang rumput-rumput tinggi yang menjalar. Buah cempedak juga banyak, cuma masih belum cukup masak untuk dimakan. Masih muda lagi. Cempedak ni makan macam tu je sedap, digoreng pun sedap. Ditambah bila waktu petang, minum teh sambil makan cempedak goreng yang masih panas.. Cukup mengasyikkan !!

Sebelum pulang, ada satu buah cempedak yang sudah terjatuh dari dahannya, nenek suruh ambil dan peram dahulu. Lama-lama nanti boleh la kopek cempedak tu dan makan. Geram juga melihat buah cempedak yang belum masak di atas dahan tu, cukup banyak !!
Lepas ni, kena pergi semula la nak ambil buah yang dah masak..

Semoga roh arwah atuk ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.. Al- Fatihah..

0035
27 Jun 2010
rumahku..

6 comments:

mdfix said...

fuhh..banyaknya buah cemepedak tuhh..

Frantz-Senpai said...

terliur tgk... lme tak makan tuh..

izwanyusof said...

to Hizaki :
aku pun tak tau leh banyak camtu..
tapi tak leh makan lagi..

to Frantz :
cari-cari cempedak..
kalau beli kat kedai mane cukup.. hehe..

fauziah hanum said...

sedapnyer makan cempedak goreng panas2..
nyummy2..

nt bungkus bwk uis..

~_~v

izwanyusof said...

to dur :
betul2.. lagi sedap dari drumstick..

fauziah hanum said...

ceh....
~_~