21 April 2009
Terdetik..
9.49 malam...
sedang aku meneliti laman web yang aku layari..
terdetik pula untuk menulis sesuatu tentang hari ini..
kiranya,tiada apa yang istimewa sepanjang hari ini..
entah.. cuma terdetik untuk menaip sesuatu..
dikala ini, aku terpaksa menaip coretanku di cc..
moniter masih belum diganti, jika dahulu aku akan mengarang dirumah sahaja tetapi buat masa sekarang keadaan tidak mengizinkan..
bermula hariku ini, waktu pagi setelah mempersiapkan diri, aku mengikut ayah untuk menjual gas di kawasan persekitaran tempat aku bermastautin..
dalam usaha mendapatkan moniter,duit yang ada ku simpan.. kadangkala terguna untuk print borang-borang permohonan biasiswa,surat tawaran UIAM dan lain-lain..
keadaan pada waktu pagi hari ini..
seperti hari-hari biasa aku.. waktu cuti ni tidak banyak aktiviti selain kerja je.. lebih kurang jam 10.30 kami ke pusat pengedaran gas esso, ayah memberitahu mahu meminjam tong gas disana untuk dijual.. ok la juga, tiada masalah dengan pengurusnya.. boleh juga tambah jumlah di atas lori ni..
sudah lama ayah bekerja sebagai penghantar gas, sejak lepas SPM kalau tidak silap..tragedi 2005 yang membuatkan ayah terpaksa menjalani pembedahan hampir-hampir membuatkan kariernya tamat.. tapi semua itu telah berlalu..
menjelang waktu tengahari, kami pulang ke rumah..
sambil ayah berehat, aku seperti biasa akan menghantar adik yang bongsu ke sekolah menengah..
setelah pulang, aku kembali untuk kerja kerana ada beberapa tempahan..
dan setelah tempahan gas dilaksanakan,kami pulang kerumah dan setibanya di rumah emak mengajakku ke rumah nenek kerana katanya nenek hendak ke kedai perabot..
setelah bersiap-siap, nenek menyatakan hendak membeli sebuah katil bujang kerana seorang sepupuku baru sahaja tinggal dirumah nenek.. tidak jauh rumah nenek dari rumahku.. dalam 4 KM sahaja.. dua-dua kampungku memang tidak jauh..
setelah selesai menempah perabot tersebut,aku menghantar nenek pulang tetapi kami aku dan emak tidak terus pulang ke rumah kerana emak mahu memasak lauk lemak pucuk ubi di rumah nenek..
sedang aku menonton drama " merah putih ".. telefon bimbitku berdering..
Abang Abe yang baru pulang dari UIA menelefonku..
dia salah seorang senior aku dalam KPIJ..
menyatakan hasrat untuk bertemu seketika.. untuk bertanya khabar dan juga membicarakan tentang beberapa program..
kami bertemu jam 6.00 petang di restoran jumaat.. berbual dan bertanya khabar itu perkara biasa yang berlaku jika lama tidak bersua.. ketika aku masih di tahun satu pusat asasi, abg abe dan abg ali yang selalu menziarahku di bilik..
esok dia mengajak untuk je johor bahru tetapi aku mungkin tidak dapat turut serta kerana ayah berniaga pasar malam, jadi aku perlu ikut ke pasar mala..
ketika malam, selepsa solat isyak tadi aku keluar untuk ke cc..
ayah memesan untuk mengambil duit gas di sebuah kedai makan.. aku bercadang untuk ke kedai tersebut selepas ini..
perkara biasa.. melayari internet membuka blog, friendster, youtube dan lain-lain..
ketika aku menyemak e-mail, aku perasan ada rakan memberitahu tentang biasiswa..
aku membuka link tersebut.. alhamdulilah, masih boleh lagi untuk dimohon..
OCBC Scholarship..
ini merupakan permohonan kelima aku selepas Telekom Malaysia, bank negara, IJM, dan yayasan Proton.. aku hanya mencuba dengan keputusan CGPA yang cukup-cukup untuk syarat kelayakan..
sedang aku melayari internet.. satu mesej diterima..dan mesej itu membuatkan aku berasa yakin untuk menceburi bidang pelaburan.. pelaburan apa??.. tunggu jika ia benar-benar pasti aku ceburi
dan untuk kalam-kalam penamat di coretan ini..
tiada apa yang ingin disampaikan..
kerana bermacam-macam harapan difikiranku..
cuma coretan ini sekadar hasratku yang terdetik untuk menulis sesuatu..
10.20
saujana..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
semoga berjaya:
1.dapat biasiswa
2.dengan perlaburan
3.dalam hidup d dunia maupun akhirat
erm..
semalam ada malam kenangan perkim tuk pimpinan baru.
Tapi saya keluar awal.dah la kuar time tayangan.
agak2 saya, sy takkan terlibat dengan perkim dah..
dan juga mungkin society2 lain..
fscc masih lagi dlm pertimbangan.
pape pun all the best to da_freakerz
gambattene
aik.. x yah nak agak2 sape lagi dah..
x der orang len akn bg 1st comment...
thanks 4 all wishes..
ada wat pe mlm kenangan tu??..
kluar awl cam menjauh diri jer..huhu..
so, mjalah pun x gak eh??..
thanks again...
mlm kenangan tu perkenalkan barisan pimpinan baru.. pastu tayangan..pastu tak tau.sebab kuar awal..
p/s:tekaan betul;..
owh.. majlis perkenalan..
ok r tu..
eh,tekaan ape yg btol??..
btw, bkpe tkar nickname tetibe..
saja beralih angin..asyik2 nama tu jer..dok rasa jemu ker?
sy dah jemu..
klu asyik duk makan nasi..mesti nak makan chiken chop jgk kan..
(klu ada duit la..)
owh.. menongkah arus r..
jemu??.. bese2 jer.. bukan nama sy.. haha...
ala,chicken chop bru bape engget..hehe..
berapa ringgit pun duit jugak...
(skrg baru betul2 appreciate duit short sem nih..xda elaun katakan..so gune elaun dari FAMA)
waktu-waktu short sem nie penjual megy jadi kaya..hehe
Post a Comment