26 April 2009

Program Khidmat Komuniti Kg. Parit Ismail

Tarikh : 25 April 2009
Tempat : Masjid jamek kg. parit ismail,benut


Sudah lama rasenye aku tidak menulis tentang program-program yang aku sertai. Kali terakhir program kem sparkle youth bulan lepas. Alhamdulillah semalam telah berlangsung program khidmat komuniti anjuran Kesatuan Pelajar Islam Johor bertempat seperti di atas. Program yang bertemakan "kami bersama masyarakat" ini lebih kepada aktiviti sosial yang melibatkan generasi muda. Sudah lama aku tidak melakukan aktiviti seumpama ini, kali terakhir semasa di PLKN 2 tahun lalu..

Pagi sabtu itu, aku ke sana dengan menaiki van sahaja, tercari juga masjid itu sebab aku jarang jalan-jalan ke kawasan benut ini. Setelah sampai di masjid dan bersalaman, abg. khairullah mengajakku ke pekan benut untuk mengambil skuad batalion tambahan..

siapa??..

18 orang pula nak kene ambil..

mereka semua dari SMA arab An Nur. Agak terkejut juga dengan jumlah yang ramai tapi satu perkembangan yang baik untuk generasi muda masa kini..

pagi itu program dibahagi kepada dua tempat. Masjid dan sekolah agama. Macam-macam kerja yang telah dilakukan. Di bahagian luar masjid dan stor pelajar-palajar SMA An Nur dan ahli-ahli KPIJ membersihkan kawasan tersebut. Longkang-longkang dibersihkan, barang-barang lama dikumpulkan. Terdapat pinggan mangkuk yang sudah lama tidak dibasuh kerana dibiarkan di dalam stor turut dibersihkan. Di bahagian dalam masjid pula dibersihkan oleh ahli wanita KPIJ.

Di sekolah agama, sebahagian pelajar-palajar melakukan aktiviti mengecat pasu-pasu bunga dan membuat tulisan khat di beberapa dinding sekolah. Kesemua aktiviti berjalan lancar walaupun hujan seketika lebih kurang sejam..


Sedang aku melakukan kerja-kerja pembersihan ini, aku teringat kembali kenangan bersama rakan-rakan di PLKN Kem Sri Ledang dahulu. Suasana yang serupa. Dan sememangnya aktiviti sebegini memang aku berminat untuk menyertainya..



Tugas-tugas pembersihan dapat disempurnakan dalam jangkamasa yang singkat kerana sebelum zuhur semua kerja telah selesai. Sebaik sahaja selesai solat zuhur dan pemberian cenderahati kepada imam masjid, kami semua ke rumah abg. khairullah untuk menjamu selera..

menu : sup , tempe, tauhu goreng, sambal kicap..

wah !!.. agak teruja aku dengan masakan sebegini.. hehehe..
tempe memang tidak boleh lari dari masyarakat jawa di johor ini umpama budu yang sinonim dengan masyarakat kelantan. Selepas selesai menjamu selera, abg. khairullah memberi sedikit penerangan kepada para pelajar berkenaan dengan KPIJ itu sendiri. Selepas itu, aku dan abg. khai menghantar pelajar-pelajar untuk pulang..

Sedikit slot usrah dan perbincangan diadakan selepas aku menghantar mereka pulang. Perbincangan untuk program rehlah hari ini dan kem minggu hadapan. hari ini aku tidak dapat mengikuti rehlah kerana kerja. maklumlah, moniter belum dibeli lagi jadi aku perlu menjimatkan wang keluar dari poket.. hehe.. InsyaAllah esok aku akan mendapatkan moniter itu..

Hmm, untuk program minggu depan masih kekurangan fasi lelaki. Pening juga siapa yang mahu diajak. Masing-masing sudah kembali ke U. Masalah juga ni..

Dan selepas solat asar, aku bertolak pulang. Program ini biarpun ringkas tetapi sekurang-kurangnya ada sesuatu yang dapat diperolehi..

Terima Kasih kepada semua yang terlibat..















Tamat ..

4 comments:

Nor Aizat Rahimi B Rostam Rahimi said...

salam..
wahwah..
rancak cuti ko ye..
seronok la cuti dapat beprogram sana sini..
InsyaAllah dgn sedaya upaya ak akn amek transkrip esok dan terus poslaju ke arah rumah ko..
maaf ya, byk masalah yg xdisengajakan..

webmaster_vista84 said...

salam..
rancak x rancak sgt r..
pgram nie dekat ngan umah aku, leh r aku g..
nak g pgram sgt pun x leh..
nak smpan duit nie ada bnda nak wat..hehe..

aku dah dpt.. thanks a lot..
aku bajet pos biase je..
x per,kat gombak nnti kita g minum2 aku blanje..keh3..

Ruhulsyaheedah said...

Salam.... hehe...
cumil gambar en.rusa tu....
banyak berjasa tuh....

webmaster_vista84 said...

2 r.. nampak macm rusa kan..
kalau perhati dari depan mesti nampak telinga nyer...