20 May 2010

YOUTH’ 10 Festival Remaja Malaysia


Salam..

youthsays.com.. laman web yang popular dalam kalangan remaja..

apa kaitannya dengan tajuk aku?.. sebab youthsays sponsor untuk event ni..

aku mendapat jemputan untuk ke acara Youth Photographer 2010 oleh faaizz d zul melalui facebook minggu lepas.. klik untuk lihat jemputan..

Semestinya remaja-remaja satu malaysia tahu akan kehadiran YOUTH’ 10 ni, minggu depan 28 – 30 Mei 2010 bertempat di Putra World Trade Centre ( PWTC )..

Untuk maklumat lanjut, boleh layari link ini Youth' 10 Festival

mengikut maklumat dari dua link tersebut, anda boleh dapatkan pass percuma untuk membolehkan anda memasuki semua zon di sana.. kalau korang nak beli pass, RM 5 untuk 3 hari tapi tak termasuk conference.. RM 20 untuk 3 hari termasuk conference.. aku tak tau la conference pasal ape,tapi korang leh tengok kat part yang tulis conference ditaja oleh maybank.. dato’ farid ridzuan,fara fauzana,paul moss dan macam-macam lagi..

ataupun boleh klik untuk pass percuma macam yang aku dah buat, contoh di bawah :


.. klik untuk besarkan gambar ..

korang isi je nama penuh, no telefon dengan alamat email, nanti akan di email ke korang macam yang aku dapat tu.. ALL ACCESS.. tengok tu.. teringat aku cerita cicakman, ”tania..all access” ..hahaha

aku cuma minat kat event fotografi tu je.. yang lain-lain tambahan untuk aku je kalau nak pergi..itupun kalau aku jadi turun KL, tengah nak kumpul *duit hantaran ni.. sampai akhir tahun belum tentu dapat hantar lagi.. faaizz d zul dengar kabo nak gerak esok,jadi krew katanya..prep n tech.. prep n tech berjaya la ko..

ok,sesape yang datang,leh r kita saing.. ( kalau aku jadi datang )..hehe

- tamat, tak payah tekan teruskan membaca... –

nota kecik * : duit hantaran bukan untuk kahwin, ni nak beli barang..kene kasi duit gak kat si penjual.. duit hantaran la jugak..


2 comments:

botak said...

sama je bende yg kau post ni dgn yuhu punya..tiru eh?hehe

izwanyusof said...

mane ada..aku post dulu,yuhu tiru..tgk tarikh r.. haha