29 March 2010

Sungai Pisang vs Final Semester Examination ..



8.25 minit malam..

aku baru sahaja selesai proses editing gambar-gambar yang aku tangkap petang tadi.. edit biasa je, tak de la gempak... tak reti sangat..

petang tadi, aku dan roommates aku untuk kali pertama ke sungai pisang.. port budak-budak uia mandi sungai.. sebelum-sebelum ni dah pergi berapa kali ntah tak ingat,tapi dengan roommate D2.8 ni baru pertama kali la..

Ntah tetiba idea syawal ni nak ke sana plak.. aku pun on je.. padahal hari khamis ni ada paper Calculus 2.. dengan selamba kami ke sana.. takpe-takpe,malam ni leh study,esok ada lagi..hahaha..





bertolak jam 2.30 petang, sampai jam 3 petang.. kali ni tak lalu jalan sungai,sampai kat terowong masa tu amik jalan darat kat sebelah atas.. berjalan kaki di lebuh raya.. kali ni takde la bengang sangat jalan sebab ikut arah kenderaan..

Sampai-sampai je, terjumpa member-member uia .. kos engine gak,sama batch.. mandi manda je la kat atas tu.. diorang flying jump dengan selamba.. aku ??..tak reti berenang, biasa-biasa sudah.. haha














dan satu lagi perkara macam biasa, gambar..
berikut adalah beberapa gambar yang sempat aku ambil masa kat sana.. guna kamera hp je, tak puas ati r.. berangan untuk SLR ni.. tapi mahal sangat, mana mampu nak beli.. tak pe r, guna je kamera yang ada, edit-edit guna photoshop.. cuma gambar tak smooth,dibuat wallpaper laptop pun tak cantik..

Pertama gambar, kedua macam biasa melihat air.. seronok hati bila melihat air mengalir.. unik ciptaan Ilahi.. alur air tu kelihatan lembut bila direnung..

Tiba-tiba aku teringat kata-kata abang aliemran,masa malam simfoni PKPIM UIAM gen-5.. Dia cakap dia quote dari hafiz..



“kita ambil satu batu,baling ke arah sungai..dan kita perhatikan batu tu akan bergerak mengikut arus,kemudian berhenti..bergerak dan berhenti.. siapakah tuan kepada batu itu?.. daya graviti @ aliran deras arus sungai ?.. Bila arus lebih kuat dari graviti,batu akan bergerak..Bila graviti lagi kuat, batu berhenti di kedudukannya.. umpamakan diri kita di situ, bila ada pengaruh lagi kuat,kita ikut yang itu.. Bila datang pengaruh lain pula kita akan ikut yang lain.. penting untuk menentukan pengaruh mana yang kita patut pilih.. Siapa yang patut menguasai kita”..Sebahagian ayat kat atas ni aku tambah ikut pendapat aku, huraian sebenar lupa...
Habis tentang dua perkara tersebut, kami terpakas bertolak pulang.. sebab tadi dah hujan sekejap.. Kira tak mandi lama sangat hari ni, cuaca tidak mengizinkan..



Dalam perjalanan balik,singgah sebentar di Deen’s Seafood .. sedap...sedap...sedap.. itu yang aku mahu perkatakan dulu sebelum cerita yang aku makan nasi goreng pattani.. Nama pelik je,aku cuba la nak makan.. Memang kalau makan kat kedai ,jumpa menu pelik-pelik mesti nak cuba.. Satu lagi makanan pedas,tapi ikutkan aku tak leh makan pedas sangat..namun kira ape la kan.. haha.. apepun Asam Pedas top ranking dalam senarai makanan kegemaran aku.. kat KL mane leh jumpa restoran masakan Johor????...

Sekian untuk hari ini, malam ni kene study calculus 2.. Exam,Alhamdulillah berjalan lancar.. OOP dengan Dynamics aku puas hati jawab.. tapi tetiba menjadi gugup bila mengenangkan balik.. malas la mengharap dapat baik sangat, terima je result ape nanti.. Calculus 2, banyak seh formula kene ingat.. Electronics, kene wat latihan lagi dengan satu part untuk FET, AC analysis tak baca lagi.. hmm..hmm..

Exam yang penting sem ini bagi memastikan aku dapat ambil subjek major sem depan..
Jadi,kepada aku.. mari semai minat untuk Robotics dan Photography ... [ student sains tak leh minat seni ke??..tidak sama sekali ]

Maaf,aku insan biasa..

29 Mac 2010
Mahallah Uthman,IIUM Gombak..


6 comments:

innii said...

wah...ko antra 1 dlm 1000 y fham ape abg ali ckp mase tuh..tahniah!

izwanyusof said...

aku tak setuju kalau dua2 faktor..of course graviti ikut jawapan aku..sebab di mana-mana tekanan graviti tu ada ke atas kita selagi kita di bumi.. bergerak @ statik tetap ditarik graviti.. tapi sebab malam tu istilah berbahasa sket, juz keep my opinion.. haha

innii said...

bagus2..izwan dah mula intelek skrg..hehe..tahniah~sy suke jwpn anda..*like*

izwanyusof said...

owh...bagus2.. haha

hafiz2 said...

juz nk tmbh,btoi la tu izwan...tp ak nk ckp awlawiyat kite sbg kepengikutan terhadap ketua kite.. disitu harus jelas yg mane satu pemimpin yg kite harus wala'...huhu..juz berkongsi.

izwanyusof said...

haa..tu baru jelas disitu..

masa induksi kpij tahun lepas,aku ingat satu ni quote dari ust. razak..

"selagi ketua wala' kpd Allah,selagi tu kita leh ikut"

lebih kurang macam tu la..