31 August 2009

Seminggu ramadhan bagiku..


Pagi ini seperti biasa, baru lepas sahur dan tengah install PES 2009 ( game bola ) kat laptop nie sambil dengar lagu mawi.. aku secara tiba-tiba terdetik untuk menaip dan mencoretkan sesuatu di blog ini..
Bukan kali pertama aku hati aku terdetik untuk menaip, terasa banyak juga yang ingin diceritakan sebelum ini tetapi sejak kebelakangan ini memang aku kerap membatalkan niat untuk menaip..
10 ramadhan telah berlalu.. pelbagai peristiwa telah berlaku baik di sekitar UIAM sendiri mahupun dalam diri aku.. bermula sejak awal ramadhan pada minggu yang lalu, seorang sahabat dalam group halaqah aku telah meninggal dunia.. ( klik untuk membaca berita di utusan online ).. Walaupun tidak berapa mengenalinya namun terasa juga ketiadaanya kerana seminggu sebelum kejadian itu kami semua berjumpa dalam satu sesi halaqah..semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya.. amin..

Ramadhan kali ini merupakan yang ketiga aku berada di luar johor.. sebelum aku mendaftar di pusat asasi dulu, ramadhan aku biasanya dipenuhi dengan waktu belajar di sekolah pada siang hari dan pada sebelah petang aku bekerja di bazar ramadhan.. sesuatu pengalaman yang menarik suatu ketika dulu bila bekerja di bazar ramadhan..



pelbagai gelagat dan ragam manusia dapat dilihat.. meriah juga, dengan bazar yang hampir 200 meter panjangnya, memang pelbagai juadah berbuka dapat dicari.. aku ketika itu bekerja dengan seseorang yang menjual air di dalam balang.. ketika itu memang seronok sebab dapat pegang duit sendiri.. yang paling aku tidak pernah lupa ketika pertama kali bekerja..


masa tu dalam tingkatan satu kalau tak salah.. aku mensasarkan untuk membeli sebuah kereta kawalan jauh hasil gaji yang aku perolehi.. jika sekarang mungkin dilihat sebagai membazir tetapi jika anda di umur sebegitu, mungkin anda juga inginkannya ( bagi lelaki la kan, tu pun untuk yang suka main permainan ikut musim )..bagi itu semua kenangan yang patut disimpan kerana akan datang bila mengenangkannya kembali, kita akan tertawa sendiri dengan gelagat sewaktu kecil dahulu..

Semua itu telah 8 tahun berlalu.. lama juga ye..

Tahun 2007 merupakan kali pertama aku berpuasa jauh dari tempat kelahiran.. di waktu itu aku masih lagi pelik dengan cara dan betapa bersungguh-sungguhnya pelajar pusat asasi uiam menyambut ramadhan.. maklumlah, aku hanya berlatarbelakangkan sebagai seorang yang fikrah biasa sahaja.. ketika itu aku meneliti banyak perkara dalam masa sebulan berpuasa.. pelbagai aktiviti yang dianjurkan seperti qiamulail kubra, iftar dan pelbagai aktiviti kerohanian dianjurkan.. ceramah tentang ramadhan juga kerap diadakan ( aku cuma pernah pergi iftar kubra je rasanya..hehe ).. dan paling terasa meriah bersama rakan-rakan dibilik 316 Mahallah Abu Bakar.. bila waktu sahur ada kalanya kami akan bersahur beramai-ramai.. tapi ada gak hari yang sume tak terjaga, memang “burn” la sahur tu.. dan juga berbuka bersama.. memang biasa kami beli juadah dan berkumpul seramai 14 orang di tengah-tengah bilik untuk berbuka..

tahun 2008 puasa juga lebih kurang suasana nya.. aku lebih sukakan suasana di bilik aku sendiri.. Cuma tahun 2008 itu tak selalu aku berbuka di bilik..ada kalanya berbuka dengan rakan-rakan KPIJ atau PERKIM bila ada program iftar.. Cuma masa tu dibilik 115 Mahallah Abu Bakar, kami masih lagi sebilik walaupun tak semua yang kekal dalam bilik tu,banyak kali juga kami berbuka dengan menggunakan dulang..beli lauk dengan nasi asing-asing.. jimat pun jimat..pernah gak sampai terlebih lauk.. haa,kekenyangan la masa tu..ish3..pembaziran di bulan ramadhan..

Tahun 2009 ini, walaupun aku tidak lagi sebilik dengan semua roommate aku dulu, namun hubungan kami semua masih lagi rapat..Cuma tiada lagi babak-babak berbuka beramai-ramai dengan menggunakan dulang dan berkumpul dalam bulatan.. dua hari lepas baru sahaja kami berbuka di restoran berhampiran UIAM walaupun tak semua dapat ikut ( kepada yang tak dapat maklumat,maaf la yer, bukan aku yang arrange time tu ).. Semoga ukhwah itu akan terus kekal sampai bila-bila..
Dari satu pandangan lain, aku melihat ramadhan di bumi UIAM ini betul-betul disambut meriah.. bermula dengan bazar menjual pakaian di laluan ke blok EDU,ENGINEERING dan KAED ( aku tak suka gerai kat situ, buat sesak orang nak lalu je dengan pelajar perempuan yang suka singgah nak tengok kain..hmm.. sempit la weh )... bazar ramadhan berhapada AIKOL ( masih lagi aku tak jumpa nasi ambang ).. dan juga suasana tarawikh di masjid..

Tarawikh di masjid Sultan Haji Ahmas Shah..


Pertama kali aku solat tarawikh di situ, memang dah macam suasana raya.. dengan keadaan luar masjid dihiasi lampu-lampu berwarna-warni dan bermacam-macam banner, terasa ramadhan betul-betul disambut di sini.. jemaah juga ramai baik lelaki di tingkat 2 mahupun jemaah wanita ditingkat 3... selepas tarawikh 8 rakaat kebiasaanya, bahagian belakang masjid dipenuhi dengan tadarus al quran dan lain-lain.. tidak lupa moreh yang berbekalkan air teh atau kopi serta kuih sebiji dua...
“macam nie ke suasan di sini”, aku berkata dalam hati bila melihat setiap yang berlaku di sekeliling.. ini merupakan yang agak baru, sebab sebelum ni berpuasa di rumah tak jumpa suasana macam ni..kalau ada pun suasana yang hampir sama bila aku g tarawikh kat surau dalam kawasan perumahan aku.. menarik pengalaman sebegini.. yang aku akan pastikan ia akan diingat sampai bila-bila...

akademik di bulan ramadhan..

ramadhan kali ini, kalendar akademik aku dipenuhi dengan peperiksaan pertengahan semester.. petang ini pun aku ada exam computer programming.. 3hb exam UNGS.. 5hb electric circuit dan drawing.. 6 hb exam statics..10hb exam calculus.. 11 hb balik raya !!..
tidak banyak beza dengan akademik sebelum ramadhan cuma kali ini tak payah nak bersesak-sesak di cafe waktu tengahhari sebab puasa kan.. rilek macam biasa.. berjalan kaki hampir 20minit dari kuliyyah enginering ke mahallah uthman dan sebaliknya... masih lagi mengantuk dan tido dalam kelas ( tabiat payah nak ubah..ish3!! ).. dan kondisi aku sekarang, aku sudah boleh membiasakan diri dengan persekitaran yang baru.. sebab mula-mula masuk dulu agak tension dengan persekitaran akademik baru nie.. aku perlu bersabar dalam usaha mencapai apa yang aku cita-citakan..
semalam aku singgah bilik nepe ( fahmi ) kejap sebelum solat tarawikh.. aku terjumpa satu kata-kata menarik.. “ WE MAKE OUR DECISION AND OUR DECISION MAKE US “.. paham???.. cuba baca perlahan-lahan dan pahamkan maksudnya... kita berhak menentukan dan memilih cara hidup kita walaupun dah ditakdirkan semuanya, namum manusia telah diciptakan dengan akal untuk berfikir..
kata-kata tu memang menarik perhatian aku..

MERDEKA !! 52 Tahun Malaysia..


Hari ini Malaysia menyambut kemerdekaan ke 52 tahun.. kepada yang bekawad kaki masa perarakan nanti, mesti penat kan time puasa gini..
Kemerdekaan Malaysia yang boleh aku anggap dah senior.. kemajuan yang dicapai.. dengan beberapa kemelut dalam negara ( adat la masalah,perkara biasa ).. semoga kita menghayati perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan terdahulu.. dijajah bukanlah sesuatu yang menarik, juga kita tidak suka dengan penjajahan..


manfaatkan dah jagalah kemerdekaan yang kita ada sekarang.. berhati-hati dengan penjajahan minda yang mungkin boleh menyebabkan kita terpaksa menuruti kehendak pihak lain untuk kali keduanya..

Dan akhir sekali, semoga ramadhan ini memberi peluang untuk aku dan semua mengambil pelbagai ganjaran yang ada.. kerana aku masih lagi banyak kekurangan..
Petang ini.. do the best for programming exam !!.. act as a problem solver !!!..

Salam..
7.19am

31 Ogos 2009

10 Ramadhan 1430H...

2 comments:

innii said...

cite ko ni cam karangan darjah 6 pun ade aku tengok..skema abes..haha..

p/s:smoga impian izwan di bulan ramadhan ni tercapai..aku tunggu weh..cewah..hahahaha..

~salam ramadhan al-mubarak~
..pastikan kali ini lebih baik!

izwanyusof said...

biar r nak skema pun..
kaco je aku nak layan feel !!..

impian aku??..wah!!..ada unsur perli disituuuu..