15 June 2009

TAMPARAN DARI AKU KEPADA AKU

Bila anda membaca tajuk ini, apakah yang anda fikirkan?.. bayangkan ?

Kalau nak bagi komen jangan lupe jawab soklan nie eh.. hehehe..

Dan kali ini aku menulis untuk aku fokuskan kepada diri aku sendiri. Kerana aku seperti hilang diri sendiri.

Imbas kembali selang 3 hari yang lalu, bila aku membuka blog aku sendiri aku bagai merasakan benci dengan blog aku. Adakah itu bermakna aku membenci diri aku??.. patutkah begitu ??

Entah kenapa aku hilang keyakinan buat seketika pada waktu itu. Terngiang – ngiang di fikiran aku...

“ tutup je la blog nie “
“ buang masa “
“ tak ada pape pun kat sini “



Dan aku semakin tekad pada waktu itu untuk mengikut kata hati yang tidak dikenalpasti samaada dari diri atau tidak.


Aku menceritakan kepada rakan. Semestinya dia tidak bersetuju kalau aku meninggalkan dunia maya ini yang dahulunya aku pernah katakan aku cukup puas hati dapat menulis di blog kerana aku dapat meluahkan diri aku sendiri. Untuk apa aku perlu menyekat minat sendiri hanya disebabkan mainan perasaan yang entah apa-apa... aku tau aku bukanlah jenis yang boleh terima apabila minat aku disekat.. ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan dari dunia blog ini. Ia mampu membuat kita meluaskan fokus pemikiran kita.

Dan sedikit bait kata-kata dia membuat aku terfikir semula.

Membenci diri sendiri umpama hilang keyakinan...Memandang semua dari aspek negatif..

Imbas kembali ...
Aku teringat peristiwa ketika di tingkatan lima. Aku ketika itu sebagai seorang pelajar yang memikirkan SPM yang tinggal lebih kurang dalam 8 bulan lagi. Ketika itu aku terkapai-kapai mencari “ tune “ belajar . “ tune” seperti yang aku rasai ketika di tingkatan 3 sudah tiada lagi. aku buntu mencari “tune” yang sesuai tambahan dengan keadaan rumah yang kurang menceriakan untuk aku belajar. Aku memendam geram dalam diri.

Aku... tidak bersyukur dengan apa yang ada.

Entah pada suatu hari aku berjumpa dengan kaunselor. Melihat rakan-rakan yang dipanggil dengan kaunselor dan pada persepsi pelajar sekolah dipanggil untuk sesi kaunseling bukanlah satu perkara yang menggembirakan. Tetapi aku memilih untuk bertemu kaunselor.

Pn. Wan Mahera..

Kaunselor pertama yang aku kenali dan impak kata-katanya cukup terkesan dalam diri aku.

“ cikgu, saya macam susah nak belajar. Rumah sempit, tak de ruang.. rimas nak study”,aku hanya tahu merungut..
“ saya tengok orang lain rumah besar, ada tempat belajar tapi diorang pulak tak nak belajar. Kan best kalau saya ada tempat macam tu “, aku meluahkan lagi dan cikgu hanya berdiam dahulu sehingga aku habis membebel.

“ habis tu awak nak buat apa??..awak rasa dengan rumah besar tu awak boleh belajar??.. boleh awak dapatkan result cemerlang kalau tukar dia dengan awak??”.. aku terdiam..

Dan selepas itu aku terus dibasuh selama sejam.. berbakul-bakul gak karat yang ada..hehehe..

Cikgu memang bijak menganalisa seseorang sebelum memberikan rawatan. Rawatan kepada aku biasanya memaksa aku memikirkan sendiri kerana dia kata aku boleh fikir panjang dan dia tak nak bagi jawapan, hanya membuka sedikit ruang pemikiran aku. Betulkah aku begitu aku sendiri pun tidak pasti tetapi kata-katanya aku fikirkan juga.

Aku menjadikan alas an rumah sempit sebagai sesuatu yang besar dan memandang dari sudut negatif sahaja.. tidak aku fikir kondisi keluarga aku bagaimana masa itu.. aku tidak sedar yang aku menjadi hamba yang tidak bersyukur..

Sememangnya manusia sentiasa alpa....

Dan sekarang...
dan corak pemikiran itu kembali lagi.. bermacam-macam alasan yang negatif aku berikan tentang kenapa aku benci blog aku.. melihat sesuatu kelemahan sebagai punca kegagalan ...aku tidak pernah ambil dari aspek yang positif..

peristiwa beberapa hari lalu memang mengigatkan aku bila kali pertama dikaunseling seperti yang aku khabarkan berdasarkan cerita tadi...

Aku tak sepatutnya melayan perasaan mengarut dan negatif itu..
Untuk apa??..
Bukankah blog ini boleh digunakan untuk menjadi diri sendiri dan juga meluaskan pemikiran kita dengan mengetahui ragam manusia lain..



HILANG KEYAKINAN

Semestinya faktor ini juga menjadi punca kekacauan paleotak aku baru-baru ini....
Cukup aku terasa hilang keyakinan ketika menjadi calon SPM dulu. Tapi selepas sesi kaunseling aku belajar untuk menyakinkan diri sendiri. Aku patut sedar ada kelebihan dalam diri yang patut dirungkaikan. Semua orang ada kelebihan masing-masing.

Ketika di tingkatan 5 dulu.............

Bila hilang keyakinan, aku akan mengatakan pada diri aku..
“ dia boleh buat, kenapa aku tak boleh.. dia same je subjek dengan aku “.. kala itu aku bukanlah fokus untuk semua subjek tetapi kepada subjek-subjek yang aku ketagih jer...
Tetapi masa aku di pusat asasi, aku katakan kegitu kepada sorang member tapi tapi jawapannya, “ ala, dia lain.. nak ikut sama macam dia payah gak.. tak dapat nanti tension...ikut kemampuan masing-masing r ”, aku mendengar sahaja tanpa berbicara..

Dendam juga meningkatkan keyakinan.. “ dia dapat highest mark untuk subjek tu, mane leh jadik aku tertinggal sikit jer “.. tapi bukan dendam yang negatif..

Bila membaca majalah FOKUS SPM, aku mesti akan mencari ruangan yang menceritakan pelajar yang belajar di luar negara. Terutama di jepun ataupun pelajar kejuruteraan.. ia pemangkin semangat aku walaupun hajat nak ke sane tak kesampaian.. cuma dapat tengok drama jepun jer...hahahahaha..

Dan sekarang.. aku patut bina keyakinan sepertimana aku pernah bina dulu...
Kemanakah “ aku “ yang dahulu..

Penulisan kali ni macam serius.. betol ke aku tulis camnie.. hahahaha...
Tapi memang entri kali ini khas untuk aku agar aku ingat dan berfikir kembali tentang diri sendiri. Aku paparkan di sini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi perkongsian kerana fokus utama untuk diri sendiri...

Melihat kelemahan orang lain macam poyo jerk.. sebab aku perlu lihat kelemahan aku dahulu.. tak brani r nak komen pasal orang lain ke ape ker kalau diri sendiri pun ntah pape... kalau tak ayat nie akan dikeluarkan oleh insan yang melihat.. “ ala, poyo je lebih r, ko pun same jer “..hehehehe... itu pada aku, mungkin anda berbeza dan mungkin lebih baik pandangan dari ini..

Usah aku memandang kelemahan itu sebagai sebatang kayu balak sebesar 5 depa orang dewasa yang jatuh melintang di tengah-tengah lebuhraya. Tapi fikirkan bagaimana untuk menjadikan ia berharga..



Aku masih bertatih dalam menyelusuri kehidupan.. ada sebarang komen??..silakan jadi yang pertama memberi komen... hadiah lumayan.. hehehehe..

persoalan : pernahkah anda terfikir untuk menutup blog dan kenapa??

Sekian............
2.27 pagi waktu Malaysia.. bukan waktu kutub utara..
15 JUN 2009.. dah dua bulan lebih nie, mane kad SSPN aku tak sampai-sampai lagi..
Rumahku.........




6 comments:

innii said...

huhuk..tora datang lagi..
aku ingatkn ko terjatuh ke ape ke sampai tertampar diri sendiri tadi..hehek..
aku x pernah lak rase nak nak tutup blog aku..xleh r jawab soklan ko..hihik..
cam y aku selalu cakap,ko ade kelebihan tapi ko je x pewasan..klu aq gtau pun bukan ko nak caye..bek aq xyah gtau..wa3..
teruskan berblog weh!yeah~

fauziah hanum said...

jawapan..
kena tamparan dari diri sendiri..hu3
dah benci berblog??

tu la..lain kali jgn bersemangat sgt time mula2 buat blog..sekrang mesti lah rasa muak..

tak per..

jarangkan berblog sekarang..baru lah rasa kebencian tu beransur..ho3

rasa nak tutup blog??
erm dulu selalu jer..tapi sekarang tak nak tutup blog..sebab saya sekarang mula berminat untuk menulis..

tak sangka kamu dah kena apa yang saya pernah rasa dulu..

apa2 pun..think positif..

life is not a bed of roses

izwanyusof said...

TO INNI :

aku dah lame tak terjatuh2 nie..

hmm,kelebihan??..hahahaha..ntah.. aku rase cam bese jer..

ko baru knal aku lagi.. mane tau aku cmane2..hehe..

TO DUR :

hmm,rasenyer setiap orang yg berblog ada melalui perasaan yang same kot..

ala,dah ok dah.. hari tu jer pale x btol sket..hehehe..

maklumlah, x reti menulis2 nie.. menulis yang gempak2.. malas..

. . . said...

sabor... kdg2 tue bl kt sedih or something happen mula kt akan ada rasa nak tutup a/c sana sini!!!
.
.
.
ari 2 elle sedih coz result turun!!! so, ml salahkan FB!!! tp FB x leh delete cm diactivate... so, elle sayang gila kat blog!!! then nak ping elle pakai akaun FB!!! terpaksa on9... tp sekarang baru nmpk!!! slow2... elle dl pown spm las2 minit!!!
.
.
.
kat blog elle ada tips blajar sejarah n BM for SPM!!! sudi pergilah baca!!! heheheheh... promo sikit!!!

. . . said...

hahahahah!!! xperasan n3 nie 2009 pny...

izwanyusof said...

to Alliff26 :

tu pasal,kejap je benda ni..
masa tu aku tak terbukak lagi mata dan minda tentang peranan dunia blog..

skrg,dah rebranding.. read that entry...

thanks 4 comment.. yup,2009.. hehe