18 June 2009

“ lepas nie susah nak jumpe lagi “


Untuk kali ini, agak lama juga aku mencari mood untuk menaip.. sejak malam tadi dah 3 kali aku mulakan penulisan tentang perkara nie tapi asyik terbatal jer.. susah pula tapi harap-harap pagi ini ni aku akan menaip hingga ke penamatnya...

“ lepas nie susah r dah nak jumpa lagi “

Haaaa.. ayat di atas nie aku rasa mungkin ada terdetik pada diri insan-insan yang hadir semalam iaitu bekas pelajar kelas arab dan saina arab dari 2002 – 2006 Sek. Men. Keb. Simpang Renggam dan lepasan SPM 2006 di sekolah itu... mungkin ...

walaupun cuma sekolah luar bandar aku tetap berbangga belajar di sana satu ketika dulu..

aku terfikir idea nie last minute tapi kira boleh la menjadi.. tujuan aku nak mengumpulkan sebahagian dari mereka tercapai juga walaupun kuantiti cuma 18 orang..

GUNUNG BERLUMUT ...



Dan sememangnya aku suka ke tempat-tempat seperti gunung @ pantai nie..
Sebab utama nak mandi ... hehehe...

Pertemuan yang aku aturkan di gunung berlumut semalam bermula jam 11 pagi.. jam 11 pagi kami bertolak dari simpang renggam ke gunung berlumut.. 10 orang lelaki dan 6 perempuan pada asalnya dan kemuadian ditambah dengan kehadiran 2 orang lagi.. 4 buah kenderaan.. dah macam g konvoi plak jalan ramai-ramai.. best gak rase..

Kami tiba di destinasi lebih kurang jam 11.50 pagi ...

Sampai-sampai je terkejut gak kitorang !!

NO ENTRY “ ......... aduh.. mau nak hancur harapan time tu..huhuhu..

“ wan, pe cer tutup nie”
“ camane nie... kita berkelah kat bawah sawit je r.. ada air mengalir tu... hahaha “
“ g bekok.. g bekok “
“ wan.. pe plan B ko??? “



Pergh !!.. cam nak buntu pale aku walaupun aku dah ada plan B.. tapi plan B tempatnyer tak leh mandi-mandi...huhuhu.. sampai-sampai je tutup plak tempat nie.. aku tanya kat brader yang jaga kat pondok depan tu dia cakap tunggu sampai dah bukak baru leh masuk.. sekarang dalam pembinaan..

“ pembinaan pebendanyer.. takde orang wat keje pun “, bisik hati aku...

Dekat 10 minit gak kitorang duduk depan pagar tu.. saje jer nak tarik perhatian.. ada motif yang tak dirancang...hehehe... kitorang yang laki dah mula ketawe-ketawe ngarut n ngutok ntah pape walaupun berlatarkan ladang kelapa sawit, yang perempuan masih di kereta mereka... akhirnya............

“ korang sume dari mane?? “, tanya penunggu pondok...

“ jauh nie cik.. KL ada, pahang ada”, kata izhar.. ( padahal sume orang johor gak, belajar je r jauh-jauh, dah la 3 kereta no. flat ‘ J ‘ )

“ KL??.. ke korang nie orang kluang ??”, tanya penunggu pondok, cam tak caye r tu..

“ kitorang dari simpang”, aku menyatakan..

“ dah.. g parking kat bawah pokok tu.. masuk ikut tepi.. kenderaan tak leh masuk “, rekasi positif penunggu pondok.. kesian pun dia akhirnya... hehehehe...

Kami pun masuk ke kawasan air sungai di gunung berlumut.. mencari-cari tempat untuk bermain air.. lama gak nak cari tempat, dah r takde orang dalam tu.. kitorang jer yang ada.. gugup aku nak g jauh sangat tapi layan je r..

“ wehh, ko tengok budak pompuan dah main air dah kite cecah kaki tak lagi.. nak port mane nie??”

“ kat atas sane.. ada tempat terjun.. dalam sket”

“ makanan kat kita nie, yang pompuan tu nak makan pe nanti kalau jauh-jauh”

“ duk dekat-dekat situ r “

Lepas letak makanan dan makan-makan sket, yang pompuan pun dah makan gak.. kitorang yang laki g kat atas sket nak cari tempat betul-betul nak mandi..

Memang agak dalam tempat nie.. aku dengar orang yang lemas dulu kat sini !!!..

Tapi tak difikirkan sangat dan kami pun main air kat situ...

Pelbagai ragam masing-masing.. izhar dan cici dengan aksi flip.. lompat dalam air sambil pusing-pusing.. nuar pun asyik duk berenang-renang... epi plak berenang dah cam ikan aku tengok.. hahaha.. pidot, saje je tak nak mandi.. demam r plak.. puas nak tarik dia masuk air tapi dia lari.. kene simbah-simbah lagi tu.. anep pun berenang renang dan melompat dari terjun beberapa kali.. didin yang lepas berenang duduk kat batu nak tangkap ikan yang tengah gigit kaki dia dibantu oleh faizal n azeri.. tak dapat gak ikan tu, ada tangkap pakai tangan... hahaha... abe pas duk belek-belek kamera dan menangkap gambar... ayap, same gak berenang-renang ke sana ke mari...

dan aku.. tak berenang.. duduk dalam air je r duk main air... tak reti beb nak berenang... try gak tapi tak terapung pun ... hahahaha..

ketika itu terasa juga sudah lama tidak bersua, dan bila berjumpa gelak ketawa dan gurauan memberikan impak bermakna...

setelah puas bermandi-manda dalam jam 2 kami ke tempat letak makanan tadi.. aku mendapat mesej dari hidayah yang menyatakan diorang ke rumah fathin, salah sorang classmate kitorang gak dulu.. so, bermakna yang perempuan sume dah kesana..

“ uish, 6 orang naik kancil jer “, bisik hati aku...

Selepas bersiap, kami terus ke bandar kluang untuk solat.. perjalanan tak la jauh sangat.. dalam setengah jam je dari gunung ke bandar..

Selepas solat..

“ wehh, nak wat pe nie”
“ balik r.. pe lagi”
“perhh, dah sampai bandar nie.. jalan-jalan dulu”
“ nak g mane??..”
“ntah, ala korang bawak r .. aku bukan dari kluang.”
“hek eleh.. cepat r cakap nak g mane”

Fuhh, lebih kurang dekat setengah jam je borak-borak dan tak tau nak g mane.. hehehe..
Pidot r nie tak nak balik dulu..
Last-last kitorang ke kluang mall.. jalan-jalan..
Dengan diorang memang boleh kecoh r sepanjang perjalanan duk ketawe jer..
Sampai kat kluang mall azeri amik troli yang wat belanja tu... izhar plak duduk dalam troli... sorong r jap kat eksklator yang rata tu... memang time tu pedulik ape r kan.. izhar pun memang selamber jer..

Biasa laa, bukan senang nak jumpe ramai-ramai camni... time skolah dulu hari-hari nampak... sekarang mungkin kala waktu tertentu saje...

“dot, makan pizza dot..2 large baru rm60 lebih”,asyraf ngecek ( meminta ) pidot belanja.
“ ntah dot.. motor z baru, duit palapes tak abes pakai lagi, duit JPA lagi “, tambah didin..

Aku tengok kan jer diorang usha-usha pidot nak mintak belanja...

Tengah-tengah kitorang lepak-lepak, pidot, nuar dan ayap hilang tetibe.. tau – tau diorang dah kat pizza...
“pergh, pizza siot.. weh mahal r, biq makan KFC “
“ wehh, blah.. blah... g kfc”

Pidot g cucuk duit tadi nak belanja makan, tu yang diorang hilang jap tadi...

Nak dijadikan cerita tadi kitorang dah masuk PizzaHut tadi tapi keluar balik, ni masuk lagi dan keluar lagi.. kesian pekerja PizzaHut..huhuhu.. dan yang aku tau, bila pekerja tu tau ada 12 orang, dia dah siap susunkan meja...hahahaha.. bukan rezeki pizzahut r tuu..

Akhirnya kami ke KFC bersebelahan.. sebelah je ngan Pizza Hut..

Pidot belanja KFC akhirnya...

“makan bucket set C, ayam baru 15 ketul.. mane cukup nie ada 12 orang”
“ collect-collect r sorang 3 engget.. dapat sorang dua ketul”

Setelah mengambil menu, makanan dibahagikan...

Sambil makan kami rancak berborak antara satu sama lain.. lebih menceritakan tentang kehidupan masing-masing sekarang.. rata-rata masih belajar di IPTA/IPTS...

Begitulah corak kehidupan kami selepas tamat persekolahan.... pertemuan kami berakhir pada petang itu, dan selepas itu kami pulang ke destinasi masing-masing...

Dikala ini, pertemuan ringkas setelah sekian lama tidak bersua memang memberikan makna juga.. kesannya pada malam itu aku mendapat mesej..

“ weh, thanx r.. plan ko menjadi.. dah lame she tak jumpe ramai-ramai ketawe gini”, mesej dari faizal..
“ best giler tadi.. seronok she.. pasni leh wat aktiviti cuti sem.. hehehe “, mesej dari azeri..

Dari diri aku, aku bersyukur kerana target aku tercapai.. dulu mase kat KPIJ aku ada gak bawak diorang g rehlah, roommate aku pun sebelum kitorang balik cuti kitorang g mandi sungai gak.. dan kali ini untuk member-member mase skolah...

Bila kita melangkah keluar dari dunia sendiri, ramai kawan-kawan kita dapat.. bila difikirkan balik aku rase memang begitu unik.. rakan-rakan di sekolah, roommate aku kat uia ABC 316 dan ABC 115, member kelas engineering, member satu persatuan dan member kat dalam PKPIM dan KPIJ.. bila aku bercampur dengan diorang aku melihat suasana yang berbeza-beza tapi itulah yang menarik pada aku..

Untuk sume yang hadir :

Azeri Faizal Anep Pidot Epi Nuar Izhar Ayap Cici Didin Abe

Dayah Ainna Mahirah Epah Zafiza Linda


Harap program hari tu memberi makna untuk sume, dan berjaya dalam bidang masing-masing sekarang... bila bersua kembali, moga-moga semua akan berjaya mengharungi cabaran hidup..

Ini adalah ganti kepada reunion yang terbatal dulu..
Tapi ni bukanlah reunion, cume wat kecik-kecik jerr... hmm,ada gak yang geram kat aku nape tak gitau dia... hehehehe....

Secara umumnya bukan maksud aku tak nak gtau yang lain-lain.. aku plan untuk permulaan dulu dengan jumlah yang sedikit dan yang memang boleh datang..

Kepada member-member lain, bukan maksud nak menyisihkan korang bagi sape yang tak tau tentang nie...

Mungkin kita akan berjumpa lagi time reunion besar..

Bila tu.. aku tidak dapat jangka, mungkin ia akan diuruskan oleh orang lain...

Thanx for all, insyaAllah we’ll meet again.....

walaupun ada kekurangan yang aku rasakan, tapi ia beru permulaan..



p/s : cuti dah nak abes, ada beberapa member kat uia yang aku nak kaco pasni.. hehehehe..

6 comments:

aku lah.. said...

-wah3..mabruk!ko mmg PM y hbat..yeah~
-weh,terharu jumpe aweks lame yer..kui3..aih,pas ni susah nk jumpe lg..hihi..
-oi org2 uia!!izwan nk dtg dh!smbunyikan diri!XD

izwanyusof said...

cehh... ada jer nak kontroversi... aku kat skolah mane de awek..

ko mesti percaye kata2 aku nie..

saje jer nak buat hot.fm ekh..

innii said...

statement 2..jage..nt ade y bkecil ati..sapo nak pujoknye jang..hik3..

wah,x sabar nak nek skolah..nak ttup pintu gombak jgn bg izwan msuk..wi3.

ayuh,kembali ke sekolah,ayuh!!

izwanyusof said...

TO INNI :

hek eleh.. statement aku benar belaka.. hahaha..

tutp la pintu tu.. uia bnyak pintu leh masuk..

zarseries said...

wat reunion la pulak..

kamon2...

besar-besaran punye..

organizer: ex-smksr a.k.a iium students! haha...

neway.. welcome to iium gombak!!!

izwanyusof said...

TO ZAR :

reunion??..

sorang-sorang aku x brani r..

banyak beb kene pk nanti..huhuhu..

knp???.. ada plan ke nak wat??..kalau ada yang menarik untuk dibincang boleh r..

organizer iium student??..wahh,glamour r ekh..hahaha..

thanks 4 that wish..