05 May 2009

Kem Khalifah Muda 2009

KEM KHALIFAH MUDA 2009

Alhamdulillah.. bertempat di Masjid Jamek Kg. Sungai Bagan, Rengit, Johor pada hujung minggu yang lepas sekali lagi aku telah dapat menghadiri satu program anjuran Kesatuan Pelajar Islam Johor. Program tersebut berlangsung pada 1-3 mei 2009. Program yang lebih kepada input “hamba dan khalifah” ini dianjurkan dengan tujuan untuk memberi sedikit ilmu dan berkongsi dengan remaja-remaja di sekitar kawasan tersebut akan tujuan manusia diciptakan di muka bumi ini. Tugas aku di dalam program ini bukanlah menjadi fasi seperti “sparkle youth camp 09” tetapi seperti biasa di bahagian teknikal program.

…………………………………………………………………………………………


Datang lewat

Khamis, 12.40 tengahari di hadapan sekolah menengah kebangsaan simpang renggam. Aku duduk di pondok menunggu bas yag berhampiran untuk menunggu adik yang pulang dari sekolah pada jam 1.10 petang. Program di rengit kian hampir tetapi aku merasakan aku tidan dapat untuk memberikan komitmen penuh kali ini, kemungkinan esok aku tidak dapat turut serta kerana hari jumaat ayah berniaga di pasar malam sri lalang, kluang. Aku telah masak dengan suasana pasar tersebut pada hari jumaat, sememangnya ramai orang akan hadir dan setiap jumaat boleh dikatakan aku agak sibuk di pasar sri lalang. Jika esok aku turut serta ke rengit, tiada siapa membantu ayah tambahan ibu kurang sihat. Aku juga dalam keadaan ingin menggunakan sedikit wang. Lalu aku mengambil keputusan untuk memberitahu kepada abg abe akan ketidakhadiran ku pada hari pertama program..

Maaf rakan-rakan.. aku...

ada komitmen lain yang lebih penting ketika itu..

Perjalanan

Sabtu, 8.00 pagi.. aku memulakan perjalanan ke Rengit. Aku melihat meter minyak di van masih ada lebih kurang rm10 tetapi sebagai persediaan aku ke stesen minyak juga kerana dikhuatiri tidak cukup minyak yang akan digunakan. Perjalanan berjalan lancar , di jalan simpang renggam - benut kenderaan besar agak banyak tambahan jalan yang sempit tetapi aku tidak menghiraukan semua itu dan memandu dengan halaju 100 km/j dengan tujuan hendak sampai cepat kerana aku memerlukan masa untuk mencari masjid tersebut. Lagipun abg. Khairullah meminta aku untuk buat “design” hadiah untuk penceramah. Menyelusuri jalan benut – rengit tiba-tiba hujan turun dengan begitu lebat sehingga menyukarkan pemandangan aku di jalanraya. Sedikit gusar di hati kerana tayar van sudah terhakis bunganya dan aku terpaksa memperlahankan halaju pabila melalui jalan yang dibasahi air hujan. Sekitar jam 8.35 pagi aku akhirnya selamat tiba di masjid tersebut. Tidak susah hendak mencarinya kerana betul-betul di tepi jalan utama. Selepas bersalaman aku terus membuat “design” tersebut. Aku begitu asyik di hadapan laptop tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, ketika itu abang sidek, exco ABIM Johor tengah menyampaikan ceramah beliau. Aku kurang arif tentang perjalanan program kerana belum lagi melihat tentative program. Monitor computer yang rosak membuatkan sedikit kerjaku tergendala.


Program

Sehinggake tengahari selepas LDK, aku dan Hadi keluar sebentar untuk mengambil makanan di kampung berhampiran. Hadi sebaya denganku tetapi telah memasuki UIAM Gombak pada semester lepas dalam jurusan Fiqh. Kami berbual-bual kosong ketika dalam perjalanan. Selesai mengambil makanan dan menghidangkannya aku berbual-bual dengan sahabat yang lain terutama zul ikram yang sekarang sudah mempunyai syarikat konsultan sendiri. Selesai solat zuhur, program diteruskan dengan slot dari YDP KPIJ, Sdr. Zainuddin. Penyampaian beliau yang bersahaja itu sedikit sebanyak dapat memberi informasi berguna kepada peserta program. Aku ketika itu sempat juga merakan video dan mengambil gambar untuk digunakan dalam “multimedia show” nanti. Seperti biasa aku yang akan menyunting video dan gambar tersebut.elepas solat asar, para peserta diberikan modul khidmat komuniti dimana mereka dikehendaki mencari rumah sesiapa sahaja untuk dilakukan kerja-kerja sukarela. Memang aku tidak pernah melihat atau melakukan modul seumpama ini.
Aku dah hadi ketika itu sedang sibuk mengambil video dan gambar. Berulang alik menaiki motorsikal kami menjelajahi setiap kumpulan bagi merakamkan hasil kerja mereka. Kelihan kesemua peserta begitu komited dengan tugasan masing-masing. Jam 6.30 mereka pulang untuk makan malam dan solat maghrib.

Solat maghrib dan isyak telah disempurnakan. Slot seterusnya disampaikan oleh Ust Razak, Timb. YDP ABIM Johor. Aku telah mendengar modul yang disampaikan beliau sebelum ini dan memang cukup menyentuh hati pabila mendengarnya. Ceramah yang diiringi musik yang kadangkala menaikkan semangat dan kadangkala menyentuh perasaan itu membuatkan para peserta tidak mengantuk meskipun keletihan di siang hari.
Aku ketika itu meneruskan kerja-kerja menyunting gambar dan video. Setelah sejam aku baru menyiapkan intro video tersebut. Jika hendak betul-betul puas hati aku memerluka sehari suntuk untuk membuat penyuntingan dan penambahan idea meskipun hanya menggunakan windows movie maker Vista. Ada yang mencadangkan Ulead Video Studio tetapi aku masih lagi belum mahir menggunakannya.
Program malam itu telah selesai, kami para urusetia dan fasi berkumpul untuk diadakan “post mortem” . segala pendapat dan penambahbaikkan dibentangkan.

Selesai perbincangan, aku perlu menghantar beberapa orang akak ke rumah peserta untuk mereka bermalam di sana. Tempat penginapan kali ini bagi perempuan memang agak jauh tidak seperti program sebelum ini. Selepas itu seperti biasa jika sudah berprogram waktu malam kami urusetia lelaki akan pergi minum dan makan di warung berhampiran… hehehe.. sudah menjadi kelaziman waktu 2 pagi sebegini digunakan untuk berkumpul dan berborak-borak. Maklumlah di siang hari sibuk menguruskan peserta.
Ketika menunggu makanan yang dipesan tiba, aku dan zul menghubungi muazan yang kini berada di uiam. Mengacau dia sudah menjadi kebiasaan semenjak kami di pusat asasi. Ada saja bahan seloroh antara kami.

Jam 2.45 pagi kami pulang ke masjid untuk berehat bagi mempersiapkan diri untuk program pada hari terakhir.

Penutup

Ahad.. 3 mei.. tidak banyak yang aku tahu tentang perjalanan program kerana sejak selepas subuh tadi aku duduk du hadapan laptop untuk menyiapkan suntingan video. Aku hanya berhenti seketika untuk mandi dan makan.. memang bila berada dihadapan laptop aku menjadi begitu leka dan focus dengan kerja. Minat membuatku begitu. Menghampiri jam 1.00 tengahari aku sedikit tertekan kerana video sedang melalui proses akhir penyuntingan tetapi majlis sudah sampai ke ucapan terakhir. Tambahan dengan laptop yang digunakan agak lambat.. vista, aku memang menjangkakan ia tetap lembab seperti dulu. Sedang proses “publish” menghampiri 90% , aku melihat amin cuba memanjangkan masa sehingga ke waktu zuhur. Aku sedikit lega kerana tayangan akan dilakukan selepas zuhur. Aku memang lambat dalam membuat video untuk apa-apa program kerana inginkan kelainan dalam idea aku sendiri. Alhamdulillah selepas zuhur majlis penutup berjalan lancar. Selesai mengemas dan bersalaman, jam 3.45 petang aku perlu menghantar beberapa orang rakan ke stesen bas Batu Pahat. Agak keletihan memandu dijalan yang bengkang bengkok tetapi itu hanyalah bukanlah apa-apa selain hendak membantu mereka. Aku bukan bersendirian ke sana kerana ada “tapir” mengiringi perjalanan kami. “TAPIR”??.. hahaha.. sebut saja kereta tapir dikalangan kami sudah mengetahuiya..

Pulang..

Dan akhirnya program telah tamat. Aku meneruskan perjalanan pulang dari batu pahat ke simpang renggam.

Memang begitu letih dan mengantuk bila berprogram tetapi kehadiran rakan-rakan yang menceriakan suasana mengubat keletihan itu. Aku juga telah lama tidak berjumpa dengan mereka jadi bila berjumpa keadaan masih seperti dulu.

Muktamar semakin hampir dan untuk muktamar-muktamar seterusnya aku masih berfikir……………………………..

Salam..

7 comments:

innii said...

izwan ade van besar,,,dpt r g,,hehehehe,,X),,aq beskal pn xde,,x dpt r g,,hik3,,XD,,ade kmusykilan di sini,,abang abe??abang abang??apakah??hak3,,XD,,

Muhamad Aliemran Bin Norasid said...

salam....
catatan pengalaman yang menarik...
teruskan usaha menyebar bakti....
moga2 persahabatan antara TAPIR dan RUSA berkekalan, huhuhu.....

webmaster_vista84 said...

to inni :

aku x der van besar..ayah aku ada..hehe..
apakah??apakah maksudmu itu..

to Abg Ali :

pengalaman bese2 jer..
owh.. tapir memang kawan ngan rusa pun akhir2 nie..hehehe

mutiara berkilau said...

Salam....yup2..
teruskan perjuangan...
kedua2nyer bnyk berjasa....
menjadi tunggangan dikala perlu....
mabruk!!

webmaster said...

to mutiara berkilau :

rusa cdera nie kene pilih sape nak ditunggang.. hehe

fauziah hanum said...

er..
nak mintak tolong sikit..bleh x kongsi LDK tuk program nie??

izwanyusof said...

kepada durakhyar :
akan diingat balik..
sebab time nie sy sibuk wat slide..