11 June 2009

Karutan Aku : Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2009

PERHATIAN, ENTRI INI PANJANG BERJELA. 3 HARI KEJADIAN BERLAKU
..........................................................................................................................................

Agak lepak juga join program kali nie.. walaupun jadi pengiring ( tapi tak macam pengiring pun ) …

5 – 7 jun yang lepas.. hujung minggu lepas, aku menjadi pengiring bagi peserta dari Kesatuan Pelajar Islam Johor untuk menyertai Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2009 anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ( PKPIM ) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan ( PPIWP ) dan kerajaan Negeri Selangor.. dengar saje name program tentu korang leh agak program ape.. pendedahan dan persediaan ke alam kampus.. berlatar tempat di UIAM Gombak, kali ini aku terasa sedikit kelainan bila sampai di UIAM.. ia membuat aku berfikir beberapa perkara..

apakah itu??.. akan aku kisahkan di bawah nanti..



Perjalanan bermula pada hari jumaat, aku keluar rumah dalam jam 8 pagi, ikut keluarga ke pasar jumaat.. masa tu Menteri Besar Johor nak datang kat sane, agak sibuk suasana di pasar hari tu.. tapi tu bagi aku takde pape pun.. sume manusia same je... jam 8.30 abg. Khairullah call nak amik aku kat tol simpang.. katanya lagi 15 minit.. aku pun beli air bungkus dengan epok-epok ( karipap ).. tak sarapan lagi.. tapi terkene aku.. hehe.. jam 10 baru sampai.. tak pe la, jalan jer.. dekat pukul 11, baru perjalan ke KL bermula… bermula di bagan, rengit…

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Destinasi pertama.. UKM.. Setibanya di UKM, kami dibawa ke pusat yang menempatkan pentadbiran dan beberapa kawasan penting UKM.. memang besar kawasan keseluruhan UKM nie.. Taklimat diberikan oleh pelajar tahun akhir di sana, yang aku tak ingat name dia sebab aku sibuk mengambil gambar.. mencari “shot” gambar yang menarik.. Di hari kedua nanti, aku , muazan dan amin sibuk untuk mencari shot gambar tercantik..kisahnya di bawa sikit..



Jalan-jalan di UKM seperti biasa jer.. macam lawatan biase-biase.. jam 4.00 petang kami bertolak ke destinasi program… UIAM..

Perjalanan yang singkat kerana Lebuhraya Duta-Ulu Kelang ( DUKE ) telah dibuka.. dalam sejam menaiki bas kami tiba di UIA.. masuk ke mahallah maryam, pendaftaran di mahalah perempuan dan peserta tidur di sana.. tapi mahallah tu kosong sebab mase nie sem pendek.. sampai je aku terus call muazan, mane ntah mamat nie nak suruh jemput nie.. tapi dia tengah basuh baju time tu.. “ko basuh baju, mesin kan ada”,aku berkata..

Celoteh-celoteh seketika dan berjumpa dengan senior-senior PKPIM dan bertanya khabar.. perkara lazim berlaku bila jarang bersua muka..

Hari dah hampir mahgrib, aku dan amin akan tinggal sementara di bilik muazan.. Ruqayyah blok Al Furqan 1.6..

BAGAIKAN JIWA SUDAH TERPATRI DI SINI


Bilamana aku melangkah ke mahallah tu, aku tersentak seketika.. ini lah yang aku khabarkan aku terfikir tentang beberapa perkara… berasa macam dah tak sabar nak daftar masuk bulan 7 nanti dan pada masa yang sama berdebar bila memikirkan kehidupan baru aku nanti.. malam tu aku belum join lagi peserta kat mahallah maryam.. selepas solat maghrib di surau ruqayyah, aku, amin, muazan dan hafizullah ke café untuk makan malam..

“nasi kerabu je yang ada”, bisik hati aku..

Sebab kali terakhir aku makan nasi kerabu kat Raudhah Festival CFS IIUM 2007… hahaha.. aku tak berapa pandai makan makanan nie tapi ok jer.. style nasi kerabu macam nasi ambang kat johor.. RM 3.50 untuk menu makanan aku..

Kat café tu aku jumpa balik member-member kat cfs.. terutama classmate aku dulu, dan budak-budak yang aku slalu lepak bilik diorang.. ( lebih kenal member engineering jer dan member satu persatuan )..

Selepas siap makan, aku gunakan masa untuk bertanya khabar dengan diorang dan semestinya aku tanya cmane study diorang.. lecture mane yang ok, lecture mane yang kedekut markah.. hehehe.. penting tu.. bermacam-macam suasana yang aku dengar dan semestinya diorang sentiasa sibuk dengan “ assignment “ yang banyak..

“ macamane la life aku nanti agaknye “, hati kecil asyik mengelamun..

Hari yang pertama ini membuatkan aku semakin tidak sabar untuk mendaftar nanti… sebulan lagi.. walaupun debaran kian terasa jua ….


PROGRAM BERMULA


“ dah pukul 9 nie, diorang dah gerak r agaknyer “, kata amin.

Aduhh !! .. kami berempat terlepas bas percuma ke experimental hall untuk majlis perasmian..

“ kene menapak r nie.. jauh tak ?? “, kata aku.

“ agak r.. x per.. exercise.. kitorang pagi-pagi dah berjalan.. hahaha..”, kata muazan..

Maka kami pun ke sane dengan berjalan kaki.. mak aih !!.. dah r mahallah ruqayyah tu kat hujung.. nak ke dewan tu ada la dalam 1 KM kot.. apakan daya.. x nak kuar awal.. hehehe..

Perasmian malam nie dilakukan oleh YB. Bahagian Batu Caves.

Majlis perasmian biasa-biasa jer.. macam program lazim.. ucapan dan sebagainya.. majlis bermula agak lewat, jam 10 dan aku tak tahu kenapa.. habis perasmian, kami berempat menaiki bas percuma untuk ke mahallah maryam..

Aman sikit kaki nie.. hehehe..


Kat multi purpose hall ( MPH ) mahallah maryam, peserta memulakan sesi pembahagian kumpulan dan fasilitator..


“ izwan, nak mintak tolong amik gambar untuk program boleh “.. tiba-tiba abang jijan menyapa aku dari belakang.. “ emm, boleh jer “.. lalu aku mendapat sebuah kamera pink.. jambu tak aku ??...hahahaha.. kamera akak urusetia tu, aku guna je untuk amik gambar..

Dan malam itu aku menjadi AJK bidan terjun…

Hampir jam 2 pagi aku dan amin pulang ke bilik muazan.. dia kali ini sibuk dengan assignment bahasa melayu.. tapi sempat juga kutok- mengutok.. perkara biasa r tu..

Lepas mandi, aku tertidur kerana terasa letih btol.. dan esok hari.. kene ambil gambar…

Selamat malam untuk aku……………….


HARI KEDUA : 6 JUN 2009

Aku bangun je tengok muazan masih di hadapan laptopnyer..

“ ko lum tido lagi ker”, tanya aku..
“ blum.. dah nak habis dah nie”, balas muazan..

Selepas solat aku tengok katil amin..

“ wehh, ko nak g riadah tak pagi nie “
“ diorang g dewan untuk LDK pkul 9 kan??, gerak pukul 9 je kot “

Amin dengan muka nak tido, dan aku yang memang malas nak bersiap-siap.. lalu aku teruskan aktiviti dengan main game kat laptop muazan.. hehehe ..

Dan muazan dah pun tido..

9.00 pagi beru aku dan amin keluar nak ke MPH tetapi..
Sekali lagi tertinggal bas.. lambat lagi.. menapak la jawabnyer…hahaha..

Dengan perut yang lapor giler… “ kite makan kat café HS je r “, kata amin..

Kat café nie aku tengok pelajar asing ramai tol.. time short sem gini pelajar Malaysia ramai balik umah je.. lagipun time tu memang ramai member aku balik, tak dapat nak jumpe diorang..

Sesampai di dewan, slot pagi itu telah pun bermula.. slot disampaikan oleh Mdm. Kalsum, Kaunselor UIAM.. yang lebih menekankan tentang kehidupan kampus dan permasalahan kritikal yang berlaku di alam kampus… apa yang dikatakannya memang benar belaka berdasarkan secebis pengalaman aku di pusat asasi sendiri.. tetapi di kampus utama kelak, cabaran itu akan lebih hebat lagi… sempat juga mdm. Kalsum memaparkan video kartun yang nampak cam sengal-sengal jer kartun tu tapi motifnya mendalam..

Paling banyak ditekankan ialah kalau kita masuk la ape-ape program pun, kene syarahan cmane pun suruh berubah tapi diri sendiri tak nak berubah, tetap tak jadi..

Hmm, aku pun ada gak degil-degil sikit camtu…. Hehehe…

Habis jer sesi mdm. Kalsum, slot disambung ke LDK 1… aku sebagai photographer menjalankan tugas terjah kumpulan-kumpulan yang melakukan LDK.. pengisian LDK nie aku tak amik tau.. biasa r dalam program kalau aku dapat job photographer, aku cuma focus untuk mendapatkan shot gambar tercantik… gambar yang aku kongsikan di dalam cerita nie gambar yang pada mata aku puas hati la, kalau korang rase tak cantik, sila komen dengan jujur.. tak de hal punyer.. hehehehe… .. puas hati gak dengan gambar nie ...

Slot pada waktu petang juga LDK.. kali nie aku tau diorang main pe sebab ada budak cerita.. si buta, dan bisu.. sesape dah bese g program tau r modul nie.. sorang kene tutup mata dan tak boleh cakap… dia akan diarahkan ke suatu tempat tapi atas arahan rakan-rakan.. secara detail aku tak berapa tahu sangat.. dan aku hanya fokus satu jer.


Shot gambar tercantik ...
Shot gambar terbaik ...
Shot pose cantik ....

Seperti yang dikhabarkan di awal cerita...

Tu je dalam paleotak aku berbekalkan kamera yang bateri dah tinggal satu bar.. sebab tadi cas kejap jer...

Dan waktu asar aku dan amin pulang ke bilik untuk bersiap dan cas bateri.. pas nie ada aktiviti riadah petang..

ANTARA PHOTOGRAPHER DAN CHICKEN CHOP

“ weh, pukul brape nak g makan chicken chop nie, dah pukul 6 dah.. muazan pe cer.. boleh kan blanjer.. hehehe “, cam biasa aku ngarut..

“ aku takde hal bro.. kalau malam café tutup “, balas muazan..

Yahh !! dari hari 1st lagi aku dah mintak muazan belanja chicken chop untuk aku dan amin...

Hahahahaha.. jahat ker aku?? .. hehehe.. kepada muazan, aku masuk gombak nanti aku belanja satu bucket kfc.. bucket jer la aku beli, ayam takde...... hehehehe..

Tapi sebelum tu aku kene amik gambar dulu masa diorang riadah.. part nie aku rase best.. aku, amin dan muazan masing-masing bergilir-gilir mencari SHOT GAMBAR MENARIK.. serius dah macam kelas photographer petang tu.. kitorang bertiga saling tunjuk gambar sape mantap.. muazan nie orang seni sket, bese r budak arkitek.. gambar dia amik slalu cantik ..





.. gambar nie paling aku puas hati, ada effect matahari sket ..

petang tu modul setiap kumpulan diberikan huruf-huruf yang bercampur.. arahan, dengan huruf-huruf tersebut buat satu ayat.. masalahnya diorang cuma dapat 4-5 huruf...

“ aku dengar arahan dah tau dah kene wat per “, amin berkata.. senang jer mainan tu, semua kumpulan kene gabung.. modul nie aku dah pernah kene dah.. ayat kali nie merupakan tema PMGK 2009...

Selesai jer riadah, balik bilik daa.. dan chicken chop masih segar di ingatan..


NAK MAKAN, TAK PERLU SEGAN PUNYE

“ nak makan sini ker??.. giler ramai pompuan”
“ ala, pedulik pe.. bukan slalu ko masuk café pompuan..hahaha..”
“ habes dah ni jer dekat, layan je r”
“ ingatkan dah malam pompuan-pompuan nie dah tak makan “
“ aku tak de hal bro “
“ siyes??..jom r masuk “

Dialog-dialog sebelum melangkah ke café mahallah maryam.. nak makan chicken chop muazan belanja punyer pasal... segan tak segan tolak tepi dulu haaa.. rezeki musti jangan ditolak..

“ chicken chop ada lagi?? “, tanya muazan.
“ ada “, balas akak kat kedai chicken chop.
“ bagi 3 set “, tempah muazan lagi..

Thanks bro.. hehehehe...

Dengan café yang majoriti pompuan, tetibe ada 3 orang laki duduk makan kat satu meja..
Tak macam pelik ker??.. namun aku tolak tepi sume tu..

“ pergh, aku dah cakap dah ramai budak batch aku kot dalam nie, budak kelas aku ramai”, kata muazan..
“ ala, rilek r bro.. bile lagi diorang nak tengok ko dalam nie.. hahaha”, kata aku...
Amin wat muke tak tahu jer makan chicken chop, aku pun mengikis rase segan di café pompuan dan muazan makan dengan machonye sambil ditegur oleh classmate pompuan dia yang pelik tengok dia kat situ.. hahahahahaaa...

..................................................................................................................................

Malam tu muazan balik bilik awal sebab esok nak exam.. aku dan amin tak dapat ke dewan untuk dengar forum sebab abang khairullah nak wat mesyuarat tentang gerak kerja KPIJ khususnya di bahagian pusat..

Pengisian lebih kepada gerak kerja kaderisasi untuk mencari penggerak KPIJ di bahagian johor bahru... aku tak banyak berkata-kata dalam mesyuarat tu sebab masih kerdil lagi diri ini..

Aku asyik duk perhatikan kak faridah duk makan buah limau yang ada kat tengah-tengah tadi.. mesyuarat kitorang berbekalkan sepinggan besar buah limau dan air teh susu.. ntah mane ada kat tepi tu tak makan, baik kitorang habeskan.. hehehehe.. dalam serius ada sempoinya yang buat aku rase rilek.. namun dalam hati ada juga terfikir sesuatu.... sesuatu...... ??? ....

Selepas peserta habes forum, di MPH.. aku masih meneruskan tugas mengambil gambar walaupun dalam keadaan mengantuk...

PESERTA KPIJ TAK PUAS HATI !!!

Pergh !!.. memang terkejut bila tengok amirul, salah sorang peserta dari johor tetibe ke hadapan... dan dia memanggil peserta sorang lagi .. mereka bermasam muka.. seperti nak bertumbuk.!!..

Amirul menyebutkan nama akak fasi kumpulan dia.. macam tak puas hati..

Suasana tegang ketika itu.. muka akak – akak fasi dan urusetia yang lain kelihatan terkejut..

“ sape fasi diorang nie, minta bangun “, pinta abang zaidi.. person in charge malam tu..

Terkejut akak tu...

“ satu.. dua .. tiga .. Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan kamu “

Kedengaran suara bergema di MPH.. gimik belaka sume tu... biasa dah aku saksikan drama sebegini dalam program-program.. dan ternyata ia satu kejutan yang pada aku sesiapa yang terkena pasti rasa dihargai dan terharu.. dimana ikatan persahabatan itu kian rapat ..

Tiada catatan lagi.. tidur ... esok aku nak kene wat slide show..

HARI KETIGA : 7 JUN 2009 | bukan setakat berakhir disini...

Pagi tu ngantuk giler.. amin jer yang g amik gambar untuk riadah dan sarapan..

“ pukul 9 pagi !! “.. kejutan untuk aku..
Aku terus ambil laptop muazan memulakan kerja-kerja penyusunan gambar bagi setiap slot.. dan kerja editing dan pembinaan slide show bermula.. aku nak buat gempak-gempak sangat dah tak cukup masa.. aku ada 3 jam jer nak selesaikan sebab penutup jam 12..

“ assalamualaikum, nah ni gambar sidang pleno “.. amin masuk ke bilik dan ketika itu aku masih lagi di hadapan laptop untuk edit slot ketiga.. pantas aku pindahkan gambar terbaru ke desktop..

“ pasni budak-budak terus g experimental hall untuk penutup.. diorang dah pack barang terus balik”

“ abes, kita terus letak beg kat sane r ek, ada moto mantap gak.. berat nak menapak lagi nie”

“aku mintak tolong member aku kat program tu, dia ada moto “, kata amin .

Slide yang dibuat tadi siap dalam jam 12.10 tengahari dan selepas itu kami ke dewan untuk penutup.di majlis penutup ucapan disampaikan oleh saudara mohd khidir ( abang dat ) presiden PPIWP, saudari mariati yang merupakan timbalan YDP HEWI dan juga perasmian penutup dirasmikan oleh salah seorang wakil YDP SRC ( Students Representative Council atau MPP ) UIAM. Abang Dat memang sudah diketahui ucapan beliau nampak sempoi dan lawak tetapi memnpunyai mesej tertentu, kak mar aku tak sempat dengar sebab g amik hadi time tu..

ucapan wakil SRC tu menarik dengan intonasi dan isi – isi yang matang menampakkan kredibiliti dan cirri-ciri pemimpin.. lebih menekanan peranan mahasiswa yang bukan sekadar pelajar tetapi lebih dari itu. Bila difikirkan usia dia dan aku dusah tentu tak jauh beza, tetapi pencapaian diri jauh berbeza.. mase dia berucap bermacam-macam difikiranku.. dan aku pendamkan sendirian.................

ketika slide show nak ditayangkan, aku orang yang paling berdebar sebab aku pakai hemtam je effect-effecr dan ayat... hahaha.. memang dah risau giler r..

“ kalau takde orang komen ok la tu..hehehe..”, kata amin.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, tepukan membuat aku sedikit lega.. bukan terasa bangga tetapi sekurang-kurangnya mereka berpuas hati.. andaian aku sahaja...


Selepas solat zuhur, peserta-peserta dari KPIJ dibawa melawat ke perpustakaan UIAM dan sektarnya oleh abang khairullah, kak sarah dan kak faridah.. aku ketika itu lebih kepada melihat sahaja rekabentuk bangunan UIAM, gelagat pelajar-pelajar luar Negara yang berada di mana-mana dan masih lagi memikirkan kehidupan di kampus ini...

Dah 8 page aku taip nie, maka cerita dipotong sedikit....

Jam 4.30 petang, kami bertolak pulang ke johor..

Dalam beberapa program, tempat kali ni buat aku terasa lain..

Ape-apepun bulan ini akan ada lagi aktiviti.. dan aku macam nak letakkan ia aktiviti last sebelum aku ke gombak... muktamar KPIJ Pusat.. nak kene design banner mukatamar plak pasni...

Karutan yang agak panjang kali ini... sape yang dah baca habis kire mantap r.. kalau sakit mata sebab tengok skrin lame-lame, g beli eye mo..

Sekian...........

Artikel berkaitan di Laman Blog KPIJ ( sini ) dan Laman Blog PMGK 2009 ( sini )

10.32 pagi
11 jun 2009
Rumahku...........

2 comments:

aku lah.. said...

1. ko memang suke mengarut
2. ko memang jambu
3. ko suke cite x abes..bsday sape y dowg smbut weh...!!!aper tema PMGKnyerr..aduhai~
4. ni bkn artikel..ni laporan..ahaha..
5. aku nak gak chicken chop..aiyak..

p/s: hahahahaha..aq hebat sbb bce smpai abesh..ohoi~

izwanyusof said...

TO AKU LAH :

nak bagi jawapan..

1. aku malas nak serius-serius, tapi bukan semua perkara tak serius.

2. yer kerrr..

3. aku tak tau name akak tu, nak tau g la blog abang shah..
tema??.. tengok sendiri r kat blog pmgk..

4. dah label pun dunia luarku

5. p mintak muazan..hahaha..

tahniah berjaya bace smpai abes..