07 May 2009
Rusa Cedera ….
[ gambar hiasan ]
Hari ini berlalu seperti biasa.. dipagi hari aku memulakan kerja seperti hari-hari sebelumnya.. jualan hari ini seperti biasa, pemintaan gas sentiasa ada..
Waktu tengahari kian tiba, ayah pulang ke rumah berehat dan aku pula akan menghantar adik ke sekolah..
Selepas menghantar adik, aku ke kedai computer tempat moniter dibeli untuk bertanya tentang masalah yang dihadapi. Ia Cuma hal kecil sahaja….
Selepas itu kulihat jam menunjukkan 12.40 tengahari .. tekak terasa kering lalu aku memberhentikan kenderaan perodua rusa yang kupandu di hadapan sebuah kedai.. selepas membeli air kelapa, aku menghidupkan enjin dan mengundurkan van ke belakang..
Aku memerhatikan bahagian hadapan dan terus mengundur..
“ BANG !! “… bunyi sesuatu yang berlanggar..
“ Tiinnn !!! “.. “ Tinnn “.. kedengaran hon kenderaan membingit..
“ argh !!.. sudah… kacau ni “ , keluh aku didalam hati..
aku turun dari kenderaan ..
aku terlanggar sebuah kereta Nissan hitam.. bukan Nissan sunny tapi Nissan ape ntah model baru-baru juga …
debaran dalam hati semakin kuat..
dalam fikiran aku yang pertama keluar ialah berapa jumlah wang yang akan dihabiskan..
aku langsung tidak memikirkan diri aku sendiri…
kulihat pintu belakang kereta itu calar dan kemik sedikit.. kira-kira 6 inci panjang calar..
haa, bayangkan je la..keseluruhan kawasan meliputi seluas moniter 15 inci..
pada mulanya wanita tersebut memberitahu hanya bayar rm 50 tetapi aku kekurangan rm 5.. sedang menunggu ayah, wanita tersebut memberitahu suaminya mahu datang..
“ ahh.. kacau tol r.. duit plak x cukup.. cukup duit tadi aku dah blah awal dah”, aku berdesis di dalam hati..
selepas perbincangan dilakukan, kereta tersebut dihantar untuk dibaiki..
dan Rusa ku.. tetap cedera di bahagian belakang..
bermacam-macam aku rasa ketika itu.. dan bermacam-macam juga bermain difikiranku yang tidak mahu aku khabarkan disini..
setelah keadaan kembali tenang, aku berfikir sejenak mungkin ada dosa ku pada hari ini.. kesilapan yang aku tidak sedari … sepatutnya aku harus bersyukur kerana aku tidak mengalami kecederaan yang teruk..
kekalutan emosi kadangkala membuat kita alpa memandang musibah dari aspek yang positif..
yang penting sekarang ini aku perlu cari duit lebih… hahahaha…
dan juga perlu lebih berhati-hati..
inilah salah satu pengalaman semasa cuti dan pengalaman kedua merosakkan van selepas van terbenam di bahu jalan kebun.. jalan tanah merah..
kesian rusa cedera ……………..
7 may 2009
3.18 petang..
rumahku di simpang..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam.... rusa cedera ke?
kesiannyer...
dah rawat lum...???
takpe sabar k....
itulah pengalaman....
ambillah pengajaran..
ada hikmahnyer...
Alhmdullah ko xde pape..
Cm cte sang kancil n rimau r plak. Btw. Hati2 di jln raya. Ingtlh org tsyg
to mutiara berkilau :
ingatkan sape r tadi..
tetibe nak gune mutiara kilau2 nie...
lum rawat lagi r..
ubatnyer mahal sgt kat kedai cat n kimpalan sane..
dlu prnah nak langgar org..insaf r kejp..bwk van slow2..
pastu dah x de nak slow nie..hehe
to anok abah ( LOH ) :
tu r.. cam crite kanak2 dulu kala..
thanks bro..ko memg trkenal dgn sifat "welfare" selaku head com welfare engineus..huhu
Post a Comment