aku tak tahu sama ada bila aku update blog ini ada atau tidak orang yang akan membacanya.Sudah lama blog ini ditinggalkan sejak entri terakhir tentang contest blog review di izwanyusof.com.Apa khabar semua?
Tiba-tiba malam ni rindu pada Blogspot yang menjadi pencetus aku di dalam dunia blogging.Asyik guna Wordpress kadang-kadang aku jadi boring dan tension juga sebab kena fikir terlalu banyak perihal teknikal.Memang aku suka bab teknikal tapi lama kelamaan teknikal itu jadi membosankan.Manusia bukan robot.Wah! ini belum lagi aku menjadi seorang jurutera dalam bidang mekatronik,lagi bosan.
Orang kata dashboard blogspot dah berubah tapi aku tengok sama lagi.Mungkin itu dalam draft.blogger.com rasanya.Tak mengapa,aku lagi suka dashboard yang lama ni.Nilai estetika dan sentimental gitu.Hahaha. Ni apehal aku duk terkenang-kenang memori silam ni,aisehman..
Cukup sudah bebelan malam ini untuk blogspotku.Terima kasih kepada follower 200 lebih kerana kekal di situ walaupun aku tak update blog ini. Selamat Malam..
No comments:
Post a Comment