10 April 2009

Aiseh.. Meletup la pulak..

9.32 malam..

setelah selesai menunaikan solat isyak, aku seperti biasa menyusun atur kerusi di hadapan meja komputer ku..
target aku malam ni aku nak mengarang sesuatu yang aku dah lama nak zahirkan melalui penulisan.. tentang kehidupan dunia politik yang aku kurang minat,walaupun aku bukanlah pakar dalam bidang ini..bukan hendak menjadi pro mana-mana pihak tetapi memikirkan kepada yang "pro" tersebut.. di musim-musim pilihanraya ini,aku melihat banyaknya blog-blog menceritakan pasal politik.. semua aku rasakan sama sahaja,bosan juga,mengantuk bila baca pun ada...

Politik ini meluas pada aku, dalam persatuan di kampus pun main politik terutama dalam Majlis tertinggi persatuan.. Aku cukup tidak berminat dengan "alam" itu.. walaupun ada rakan yang mengatakan penting untuk tahu.. ya.. betul penting untuk tahu tapi untuk menjadi "pro" pihak tertentu, bukan aku..

aku memulakan bicara mayaku.. sedang aku memasuki perenggan kedua, monitor komputerku meragam lagi..
" aiseh .. nie yang spoil ni.."

skrin bertukar biru, aku mengetuk-ngetuk monitor beberapa kali. Seperti sebelum-sebelumnya, maklumlah nak betulkan takder bajet lagi..

Setelah beberapa kali mengetuk, terdapat letupan-letupan kecil de belakang monitor.
aku cemas !!!

" ini sudah parah beb !!.. dah nazak dah monitor aku ni.. Aish!! jauh sikit..jauh sikit.."

aku......




menjauhkan diri dalam 1 meter ke belakang.. Cuak beb !!..kalau meletup skrin depan tu habis aku.. huii.. aku x nak habeskan cuti aku kat hospital..
sampai begitu jauh aku berfikir..

Letupan kecil terus brlaku, aku memberanikan diri menghampiri komputer, menyimpan fail "microsoft word" karanganku tadi, menutup apliksai "wimamp".. dan terus "shut down"..

dalam proses "shut down"...letupan masih berlaku..
'pop'..'pop'..'pop'...( lebih kureng r bunyinyer kot)

disaat proses "shut down" 98% selesai...
"booommm".. (tapi x kuat r,kecik je letupan)
tamatlah riwayat monitor aku...

aku "down"..
punah jiwa raga aku..
ku rasakan kehilangan separuh jiwa raga ku ini..

info tambahan : komputer adalah salah satu benda bukan hidup yang aku sayang

aku rasakan dunia gelap gelita.. ( aish!!,perbandingan metafora melampau plak)..

tapi ape pun aku terasa bosan juga... Entah bagaimana aku hendak meneruskan aktiviti "photoshop" aku.. "website designer".. baru berhajat hendak meminjam buku "HTML Programming"..

hendak tunggu diperbetulkan,dalam sebulan dua juga, aku memerlukan rangsangan ekonomi kedua untuk itu.. nak tunggu laptop, pun sebulan dua lagi..

agak lama juga aku "down" tetapi selepas beberapa ketika aku okey semula...

yang pasti, aku tak boleh nak buat aktiviti yang aku suka untuk jangka masa ini, photoshop dan mengarang artikel terutamanya..Aku hanya boleh menyusun ayat-ayat pabila idea datang ke dalam fikiran..

dan sekarang....
aku akan menyepi untuk seketika..
entah berapa lama aku tidak tahu...

masa sudah lewat, ada urusan lain yang perlu diselesaikan..

yang pasti, hidupku tanpa komputerku adalah sesuatu yang janggal bagiku...

5 comments:

durakhyar said...

first dari cik dur..nak gelak..heheh
benda nie pernah berlaku gak kat sy,tp tak pernah ambik peduli pun.skrg pc tu dah jadi harta karun jer..
kesian lak komp rosak..sabor jer la noh..
ada hikmah tu..ye tak mau suh kamu main komputer la tu..
hehehe

webmaster_vista84 said...

hah..
gelak r yer..
x de kesah pun..

ish,mane leh sy x amik peduli..
tngah ikhtiar nie cari duit untk beli moniter lain..

mesti cari moniter lain walau ribut badai melanda..hahaha..

webmaster_vista84 said...

testing..
post comment..

durakhyar said...

erm cubaan post tuk kali ketiga .klu tak leh gak..tak der rezeki ar tu..

bila nak beli laptop?
(dah berkarung dah duk komen tuk post nie tapi tak dpt..invalid jer..so no idea nak tulis per..heheh)

webmaster_vista84 said...

ada terubah link kot mase send 2..
x pun cik dur gune wireless cfs ker..
x bgus r 2 cfs pnyer wireless..
x der class...
( dengki x dpt gune wireless cfs )

hmm,lmbat lagi..
tpi sblm g gombak r..
tngah usha2 brand n spec..