2.32 petang….
Aku baru sahaja selesai mandi dan solat….
Di petang-petang hari ini.. tido adalah yang tebaik.. hehehe..
Tapi tak selalu la.. kalau kat U time petang biasanya akan berhibernasi untuk stay up sampai 2 pagi.. huhuhu.. kalau kat rumah nie nak stay up pebenda…
So, time cuti nie petang-petang aku akan berada di cc..
Tu je la aktiviti harian kalau tak g pasar malam….
Member-member lain??.. ntah bila la diorang nak cuti.. aku dah naik bosan duk umah nie kekurangan member-member… kalau tak tiap petang mesti lepak dengan diorang…
Jalinan ukhwah.. hehehe.. dengan classmate masa skolah dulu..
Ok… ok..
Hari ni macam bese r.. pagi-pagi lagi g ikut ayah hantar gas… ni la rutin harian aku sepanjang cuti.. keje..keje..keje…
Ayah bekerja sebagai penjual gas memasak.. kiranya orang kat simpang nie dah knal r dia sebab dari bujang keje hantar gas nie..
Selain tu, kerja pasar lambak @ malam.. aku ikut gak.. ahad, isnin, rabu, jumaat..
Macam nie la jadual aku time cuti…
Hari sabtu nie plan nak turun angasana.. ada karnival pendidikan.. ingat nak cari-cari la info pinjaman ke @ pape yang sewaktu dengannya.. bosan beb duduk umah jer.. aku bukan leh sangat duduk je nie.. leh buntu otak ni…
Tadi beli surat khabar.. bukan ape.. nak bagitau surat khabar METRO kat sini ada edisi johor.. hehehehe… ( selingan tidak berfaedah )…
Tak laa.. saje jer..
hmm,berita muka depan HARIAN METRO...
CULIK ALA NURIN ..
Tengok !!.. penculikan lagi.. nak info baca r berita tu sendiri eh..
Hmm.. dah macam trend agaknya golongan-golongan hati bukan manusia ni ..
Dulu nurin, kemudian sharlinie dan dot..dot..dot..
Entah la kenapa kanak-kanak kecil tu dijadikan mangsa … crite-crite macam nie dah biasa dah kita dengar.. dan seperti biasa berita akan menjadi hangat seketika kemudian….
Menjadi tanda tanya… mungkin orang menyalahkan penculik.. pihak polis… ibu bapa…
Dalam situasi sekarang ni, aku lebih nampak peranan ibubapa itu sendiri penting.. tidak boleh leka walau sekelip mata terhadap anak-anak.. Cuma pandangan aku sahaja.. orang lain mungkin punya tanggapan berbeza..
Dunia sekarang tak selamat sangat.. hmm, risau gak bile fikir2..
Berita-berita lain.. hmm,artis.. x der la pape sangat, bese la dah nak dekat ABPBH nie...
kes buang anak.. haa, ni lagi satu berita yang umpama rutin harian di Malaysia… setiap hari ada jer kes-kes gini.. bese la kalau dah buang – buang gini, maknanya pasangan tak der cop sirim.. bukan perkara main-main.. sebab pada aku ia akan menjejaskan komuniti masyarakat akan datang… punca-punca nya ??.. sume orang dah tahu rasanya lagi-lagi sebagai umat Islam..
dunia oh dunia…
buka muka belakang.. DALANG DALAM PLBM…
crite tentang kisah bekas pemain boling padang Negara yang mendedahkan pengalaman pahit semasa dalam skuad boling.. macam drama la.. dia main terer gler sat2 lagi pegawai suruh wat2 kalah.. bagi kemenangan kat phak lawan.. si bekas pemain ni mane la nak puas hati dah dia berusaha keras untuk berjaya dalam sukan, lepas tu disuruh kalah.. kalau tak ikut arahan.. kene denda..
Hah!!..come on la.. kuasa digunakan pada jalan yang salah.. susahnye nak jalankan amanah ek… memang betul la amanah paling besar untuk manusia, Cuma kekadang tak perasan betapa berat jika mendapat amanah..
Ala, sejak lahir lagi kita semua dah ada amanah dan dah berhutang ( bab berhutang nie teringat masa blajar religion of Malaysia dulu ).…
Berbalik kat crite tadi, ada ke nak suruh orang wat camtu.. aku bila baca jer takde lain yang aku fakir.. rasuah.. bertaruh … nak jaga kepentingan peribadi.. bese dah topic gini budak-budak roommate aku wat sembang-sembang… kepentingan peribadi… rasenyer dari zaman dahulu kala lagi manusia memang begitu.. banyak skop dan situasi kita leh nampak benda nie.. sampai bila kepentingan peribadi harus dijaga.. tak kan lama semua tu.. it was just in a very short time…
Haii.. bosannya berita… sedihnya berita…
Tapi !!.. ada satu berita yang aku teruja.. krew TUDM yang membawa satelit razaksat 2 telah selamat pulang.. haaa.. aku cukup bangga membacanya… Astraunautic Technology memang satu nama yang tidak asing lagi dalam bidang aeroangkasa di Malaysia.. setelah razaksat 1 dilancarkan akhirnya razaksat 2 pun selamat dilancarkan pada 30 mac lepas…
Bile baca berita tentang ATSB ni aku cukup bangga kerana syarikat ini pada asalnya dimulakan oleh 5 orang jurutera melayu…. Baca kisah diorang memag perit woo.. gler payah nak yakinkan orang malaysia bahawa Malaysia mampu mencapai teknologi setanding Negara maju… bab-bab macam ni memag aku teruja amat sangat sebab aku bercita-cita untuk menjadi sebahagian dari mereka…
Menyelami dan menghayati ilmu sains dan teknologi dengan lebih mendalam…
Bunyi macam berangan jer…. Salah ke ek.. hehehe… ala, biar lah aku nak tulis ape.. artikel aku.. hahahaha…
Moga-moga ia menjadi pendorong aku dalam perjalanan di dunia kejuruteraan..
Kepada member-member yang kene re-sit paper .. rilek.. memang payah menerima bila fail final exam tapi dah ada peluang kedua… gunakan sebaik-baiknya re-sit exam nie..
4 tahun kat gombak nanti lagi payah… muhasabah diri dan apa silapnya.. Aku doakan member-member aku yang akan re-sit exam ni dapat menjawab exam dengan baik..dan jumpe kembali digombak..
ok r .. luahan dari hati ke jari telah dilakukan untuk hari ini…
salam..
p/s : sape tau aku dah kali ke brape tukar layouts ???... betul dapat hamper !!..hahahaha…
No comments:
Post a Comment