- kisah kali ini agak panjang -
waktu malam hampir ke penghujung.. setengah jam yang lalu sudah kedengaran laungan azan subuh oleh muazzin.. tiba-tiba kedengaran pintu bilik 115, mahallah abu bakar diketuk..
“ weh.. bangun-bangun.. subuh.. “, kedengaran suara bob yang baru tiba dari melaka…
aku terjaga.. ku lihat jam menunjukkan jam 6.45 pagi.. lantas aku ke bersiap untuk solat subuh.. terasa sedikit keletihan kerana malam tadi aku hanya boleh melelapkan mata pada jam 3.15 pagi.. lalu menyebabkan aku terjaga agak lewat…
6.55pagi… setelah selesai solat subuh, ku lihat barang-barang di sekelilingku.. semua telah siap dikemas.. hari ini merupakan hari terakhir aku disini.. pusat asasi uiam.. dikala petang, aku akan meninggalkan tempat ini.. tetapi pagi ini, akan ada satu program antara rakan-rakan sebilikku.. ya.. kami telah merancang untuk pergi berkelah di sungai pisang.. aktiviti yang akan dilakukan cuma aktiviti biasa.. mandi sungai dan barbeque.. hari ini merupakan masa untuk kami bersama-sama dengan rakan-rakan.. juga waktu menenangkan fikiran setelah tamat peperiksaan akhir semester..
“ come on guys.. come on guys “, aku berkata kepada rakan-rakan supaya mereka bersiap-siap..
“weh, ko ni.. come on guys..come on guys.. ko tu duk pakai tuala lagi”, bicara wan c..
“hehehe.. rilek r.. aku nak p mandi r nie”, aku membalas..
“cepat-cepat.. dah nak bertolak ni jap lagi”,bob mengingatkan…
tepat jam 8.00 pagi.. kami semua telah berkumpul dihadapan lot tempat letak kereta mahallah zainab.. barang-barang semua telah dimasukkan ke dalam kereta.. dua kereta akan digunakan.. kereta bob dan basyir.. basyir dulunya sebilik dengan kami semua tetapi dia telah berpindah ke uniten.. namun itu bukan penghalang untuk sebuah persahabatan..
hari ini, tidak semua rakan-rakan sebilik dapat turut serta kerana ada yang punya urusan penting.. daripada 16 orang yang dijemput, 8 orang yang akan ke sungai pisang..
8.15 pagi.. kami telah mula bertolak ke gombak.. tetapi sebelum tu kami perlu ke stesen lrt taman melati.. nak ambil aje.. roommate yang tercicir… hahaha.. kenapa??.. sebab dah dua hari dia tak balik bilik.. ke wangsa maju atas urusan… hmm,rahsia…
8.40 pagi kami tiba di taman melati.. ku lihat aje tengah memeluk tiang.. “pehal plak mamat ni”,aku bermonolog sendiri.. aku melambai-lambai ke arah aje supaya dia sedar kehadiran kami.. melihat kehadiran kami, aje berjalan menuju ke kereta..
“weh, tak mandi.. tak mandi”,usik syafiq setelah aje masuk ke kereta..
“ala, rilek r.. jap lagi p mandi”,balas aje..
“weh,tunggu jap.. aku nak beli makanan sket.. lapo giler nie”,aku berkata kepada rakan-rakan..
menuju ke kedai di stesen lrt… aku mencari roti dan air.. ku ambil dua bungkus roti dan dua botol air mineral.. dua set yang sama.. setelah selesai melakukan bayaran, satu set makanan tadi aku bagi kepada wan k untuk kereta satu lagi dan satu set lagi aku ambil.. selepas itu.. perjalanan diteruskan…
8.50 pagi.. memasuki kawasan kampung memberikan sedikit ketenangan.. jauh dari Bandar.. sedang aku memerhati sekeliling, mataku juga awas untuk mencari hospital dan kem raudah.. menurut petunjuk arah yang diterima, perjalanan ke sungai pisang memerlukan kami mengambil simpang di hadapan kem raudhah…
“ wan p, jumpe ape dulu ni??..hospital kat belah mane??”,basyir bertanya..
“ hmm.. jumpe hospital belah kiri.. depan sikit jumpe kem raudhah belah kiri gak.. pastu amik simpang ke kiri betul-betul kat depan kem tu.. slow sikit r.. tu dah nampak hospital”,balasku…
perlahan-lahan kereta yang dipandu basyir bergerak menyelusuri jalan kampung.. sempit juga jalan ini..
“haa, syir.. kem raudhah ni.. depan tu ada simpang.. belok kiri”,aku mengingatkan…
jalan yang dilalui semakin sempit dan berpusing-pusing.. selepas itu kelihatan sungai disebelah kiri..
“ wan p.. nak cari pe lagi ni”,tanya suhail..
“ kene jumpe tangki air”,aku membalas…
“ haa… dah kat hujung nie.. mane tangki air ko tu”,soal basyir..
“ehh.. yeke.. hehehe.. turun dulu r.. tepi ni pun dah ada sungai…. Jap aku p tanya orang kat depan tu”,aku membalas lagi..
aku bertanya kepada pengawal dihadapan.. setelah selesai..
“aku dah tanya dah.. dia kata ni sungai pisang.. ye la kot… bawah nie pun cam cantik jer tempat.. bantai je r kat cni”,jelasku…
“uit.. ye ker.. ko kata jumpe tangki air..celah mane tangki tu.. loji air ada r”,wan c..
“ tak tau r… balun je r… hehehe”, aku…
kami bersiap-siap menurukan barang ke sungai.. agak banyak juga.. dengan set barbeque, arang, air, kayu, jag dan lain-lain.. tetapi itu tidak menjadi masalah jika dilakukan bersama-sama…
kami memilih tempat untuk membakar ayam dan meletakkan barang… barang-barang disusun dan proses untuk membakar arang dilakukan…
nak hidupkan bara api.. satu kerja yang amat sukar bila buat bbq.. aje menggunakan kemahiran sebagai bekas PKBM namun gagal untuk cubaan pertama.. aje,suhail,aku,syafiq,basyir berusaha menyalakan bara sementara wan c,wan k men yiapkan bahan mentah.. bob pula sibuk menggoreng ayam…
“peh .. liat giler arang nie.. bila nak makan nie.. jap lagi aku dah kene balik”,rungut basyir..
“agaknyer dia tak nak bagi ko makan kot.. tak pun lepas ko blah baru hidup..hahaha”,seloroh kami semua…
“makan ayam goreng nie je r”,sahut bob..
“lorhh.. baik aku masak kat umah…nak mandi dulu r…sungai tu dah memanggil-manggil tu..sape nak p mandi”,basyir…
akhirnya bara pun berjaya dihidupka setelah sejam mencuba… lalu kami pun bersama-sama membakar makanan.. ayam..sosej..udang..banyaknyer…
kami bergilir-gilir menjaga api.. sebahagian mandi sungai dan sebahagian lagi bakar makanan.. bergilir-gilir sehingga semua makanan siap dibakar..
semasa membakar makanan tadi , sebahagian ayam dan sosej yang aku bakar sume jadi arang.. kenapa!!...hehehe… maklumlah tak pernah bakar barbeque… habis aku digelakkan sebab aku bertanya pada diorang samaada dah masak ke belum ayam tu padahal dan separuh hangus..hahaha… tapi boleh lagi untuk dimakan…
tidak lama kemudian…………
“weh, makan time…udah-udah r mandi”
“cepat-cepat.. dah kebulur nie..hahaha”
“hidangan pertama.. sosej.. haa…yang hangus tu sape masak dia makan…hahaha”
“oit2.. baca doa”
“ok..sosej dah habis.. next menu”
begitulah seterusnya….
kami pun bersama- sama menjamu selera.. sosej,udang bakar,ayam bakar semua dihabiskan.. bermacam-macam perkara dibualkan.. semua bergelak ketawa mengenangkan ragam-ragam membakar bbq dan lain-lain.. selesai makan kami terjun ke sungai..
kesejukan air sungai sungguh menenangkan… dah lama aku tak mandi sungai…tidak lama kemudian kelihatan basyir bersiap untuk pulang..dia perlu pulang awal kerana ada hal keluarga.. setelah bersalaman dan bergambar… basyir bergerak pulang,, masa yang ada kami teruskan dengan berendam di dalam sungai dan bergambar..
leka bermain air.. sehingga tidak sedar jam menunjukkan hampir jam 12.30 tengahari.. kami perlu bersiap-siap untuk pulang kerana aku dan bob harus bertolak seawal mungkin dari uia.. bob akan menghantar aku pulang ke rumah.. kali ini, perjalanan pulang agak lambat kerana terpaksa melakukan dua trip perjalanan.. kerana yang tinggal hanya kereta bob sahaja.. trip pertama wan c, suhail, wak k.. mereka akan dihantar ke stesen lrt taman melati.. trip kedua aku,bob,syafiq dan aje akan terus ke uia..
ketika dalam perjalanan pulang ke uia, terasa mengantuk mata ini.. tambahan pula dialun dengan pendingin hawa.. seronok juga kalau dapat melelapkan mata.. tapi aku tidak juga dapat melelapkan mata… fikiranku tertumpu kepada perjalanan ke johor sekejap lagi..
jam 2.00 petang.. kami selamat tiba di uia.. tanpa berlengah aku terus mengemaskan barang-barang yang tinggal.. baik juga barang yang agak rumit seperti buku dan pakaian telah aku kemaskan dari awal.. Cuma sedikit sahaja lagi.. aku menuju ke meja belajar.. semua kertas yang aku lekatkan pada “board” telah ditanggalkan.. aku merenung mejaku agak lama.. entah kenapa.. istimewa sungguh meja ini untukku…
“wan p, bila nak p mandi.. jap g nak bertolak ni”,bob menyapaku.. aku tersentak dari lamunan… lalu kupersiapkan langkah untuk memperkemaskan diri…
selesai solat zuhur, aku mengangkat barang-barang kebawah.. cukup banyak.. kene bawa lori agaknya baru muat.. kotak-kotak besar,beg-beg besar, baldi, beg galas dan lain-lain.. harta aku sepanjang dua tahun di pusat asasi uiam ini.. fikiranku teringat ketika dua tahun yang lalu.. aku hanya datang dengan satu baldi serta dua beg besar.. sekarang dah berganda hasil pelaburannya… hmm,rakan-rakan turut membantu aku untuk mengangkat barang-barang..
“haa..letak sini”..
“sumbat tepi tu pun leh”
“kotak nie letak tepi pintu r”
akhirnya muat pun.. bayangkan sebuah kereta kancil membawa muatan barang-barang untuk dua orang.. bukan sedikit barangnya, daripada tempat letak kaki sampai mencecah bumbung kereta kancil bob tu ..penuh.. hmm, boleh tahan la gak nak susun tadi… akhirnya selesai menyusun barang-barang tetapi aku belum terasa hendak pergi lagi.. kakiku melangkah naik ke abc 115..
“aje, pegang kunci loker aku ni, laptop ejat dalam tu.. duit rm15 ni lebih duit program tadi.. bahagi-bahagi r kat sume wat makan malam ni”, pesanku kepada aje..
“ weh, balik dulu.. jumpe lagi kat gombak.. nanti kalau tak bagitau bilik korang kat mane memang nak kene r kan”,aku…
sekali lagi aku ke meja belajar.. sempat juga ku tulis pada board aku
“24 jun 2007 – 7 mac 2009”
berat juga rasanya hendak meninggalkan meja ini dan lain-lain.. saat itu aku terkenang semua pensyarah aku dari semester 1 , tahun pertama sampai ke semester akhir ini(insyaAllah semester akhir)... madam ilyati, madam norliza, madam vasutheera, madam sofea hayati,madam haslinda,mr.cheong, sir malik, sir iqbal, sir affandi, sir amzari, madam faizah, madam intan , ustazah asiah, madam syarifah fadzlon,madam sufiah… tak semua aku ingat.. ni sebahagiannya.. macam-macam yang telah berlaku sepanjang aku kat sini… meja ini juga tempat aku mencurahkan kesibukan aku dengan tutorial, buku-buku y ang tebal, program persatuan, kertas kerja.. semua nanti akan kembali aku sambung semasa di gombak.. tetapi persatuan??..kurangkan kot kat gombak nanti..
aku tersentak lagi.. tersaentak dari lamunan kenangan untuk kali kedua… aku melangkah ke pintu bilik..perlahan-lahan aku melangkah keluar dan berpaling ke belakang semula.. memerhatikan semuanya sekali lagi..setelah puas kutatap semuanya.. pintu bilik kurapatkan…...
“klik”……… pintu bilik ditutup……..
aku terus berlalu.. jauh meninggalkan bilik 115.. akhirnya bertambah jua satu slot pengalaman dan kenangan dalamdiari hidup aku…. Mungkin ia hanya sedikit.. tapi pelbagai cabaran juga pabila belajar di alam universiti.. pusat asasi ini hanya pagar…ibarat lagu cfs sendiri.. “the gate of garden knowledge and virtue”…jika memasuki pagar sudah terasa cabarannya, bagaimana dengan taman itu??.. tidak lama lagi aku akan melangkah ke taman ilmu dan budi… seindah namanya.. taman ilmu dan budi ……
tapi ibarat taman bunga, durinya juga banyak.. aku akan melalui taman itu, merentasi bunga-bunga yang berduri.. apakah di akhir taman itu, aku mendapat luka dek dihiris duri dan aku meraung kesakitan ataupun aku berjaya mematahkan duri itu dan berakhir dengan kegembiraan???.. diri aku akan menentukannya... sejauh mana aku menggunakan akal kurniaan Ilahi ini untuk memilih kebenaran dan kebatilan??.. semua akan lebih teruji nanti..
buat teman sebilik abc 316 dan abc 115.. terima kasih kerana menjadi sahabat untuk aku yang serba kekurangan ini… sedikit profail mereka, insyaAllah bakal jurutera-jurutera di Malaysia dan seorang daripadanya doktor satu hari nanti :
Suhail – Terengganu
Malik – Negeri Sembilan
Basyir – Selangor
Afiq – Kelantan
Faruq – Sepang
Zimam – Kelantan
Ridhwan (wan k ) – Kedah
Syazwan ( bob ) – Melaka
Ridhwan ( wan c ) – Pahang
Wan Nurazam ( aje ) – Kelantan
Hilman – Perak ( sekarang di mesir melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan )
Shahril - Terenggganu
Syafiq – Negeri Sembilan
Nor Aizat – Perak
Zuhair – Kuala Lumpur
Semoga kamu semua akan tabah dalam menempuh kehidupan ini.. semoga cita-cita kamu semua tercapai..
Perjalanan ke selatan bermula…5 jam berlalu….
Tepat jam 9 malam…
Aku selamat sampai di rumahku.. simpang renggam, kluang, johor..
Letih juga diri ini………..
Untuk hari esok, tidak perlu difikirkan dulu…….
Kerana 7 mac 2009 masih lagi dalam ingatanku………
4 comments:
wah..bestnya..
knp lelaki senng jer klu nak pi berkelah?
kt mn nak dptkan semua brg2 nak bakar tu..
pastu best jer ada kwn yg ada kereta..
patut r senng jer klu nak wak prgm..
dengki2..
sebabnyer.. dah kitorang lelaki..huahahaha..
mula2 nak p men bowling,sy tukar r p bkelah plak..
sume2 tu usaha sndiri r..ada member umah dekat,ada kreta gune..
dengki??..bersabar ye..hehehe..
xaci tul..
aii..redho je r..
Post a Comment