01 January 2009

detik perubahan

:: 29 DISEMBER 2008 :: (lambat post atas sebab2 tertentu )

Tarikh di atas ini nampak macam biasa jer.. tapi kadangkala kita terlupa apa yang ada pada tarkh ini … sebabnyer diri ini pun terlupa satu peristiwa penting...

apa yang ada??...
cuti??...
krismas??...x penting…
besday??...lagi bukan…

dalam menghitung hari untuk tahun 2009, adakah kita ingat akan tahun baru
[ HIJRAH ] ??..

ramai yang mengingati begitu juga yang sebaliknya.. kenapa tiba2 diri ini boleh teringat ek??..
alkisah nya semalam,lepas balik dari lepak2 kat cc, nak godeh2 blog nie punye pasal.... internet tak de kat umah, so cc r tempatnyer..
balik jer, makan2 sket.. . p r mandi.. tetiba rase nak g surau untuk solat mahgrib..

dah sampai surau tu jumpe la dengan azeri a.k.a tuer dan anep a.k.a cidut , ala,member skolah.. borak2 jap,pastu p solat... pas solat,imam baca doa tapi macam lain jer..
dengar betul2..

doa awal tahun rupenyer… uish!!... dah tahun baru.. boleh plak lupe…

so, ni r story nyer.. hahaha… bukan la, tadi tu intro jek!!..

apa yang nak dicoretkan disini... tahun baru... hijrah...

sememangnya ia begitu memberi makna besar dan diri ini terkenang sepanjang setahun yang lalu..

apa yang dah aku lakukan??..
apa yang telah aku sumbangkan untuk diri sendiri, keluarga, dan lain2 ??...
dan juga brape banyak kesalahan, dosa yang aku dah lakukan ??...

setahun itu tidak mengira dalam konteks hijrah @ masihi.. pabila masuk tahun baru, ”post-mortem” untuk diri perlu difikirkan...

ketika duduk sorg2 sambil wat programming comp 2, berfikir sejenak tentang semua itu.. rasanya pencapaian yang tidak begitu baik.. .


ya.. pencapaian dari segi :

- akademik
- akhlak
- sahsiah
dan lain-lain…


:: Bermula Hari Yang Baru ::

seperti sediakala.. seperti kebanyakan insan-insan lain.... perkataan ”azam” seringkali diungkap pabila tahun baru..

imbas kembali...
ketika waktu kecil dahulu,masa sekolah rendah terutama masuk hari pertama persekolahan.. cikgu akan bertanya :

” murid-murid,apa azam tahun baru kamu tahun ini ”..

kedengaran pelbagai jawapan dan semangat untuk berazam daripada kanak-kanak kecil yang masih lagi belum mengerti erti ”azam” yang sebenar.. tetapi itu cukup berharga...

kini...
aku mengerti apakah ertikata ”azam” yang pernah dilafazkan satu ketika dahulu..
tapi sejauh manakah diri ini akan berusaha untuk mencapai ”azam” itu...

apa yang aku INGINKAN tahun baru ini??...
pointer 4.00 untuk semester akhir nie??..
dapat melancong??..
cari duit banyak2??..
dapat beli laptop becirikan processor AMD 3.00GHz lengkap dengan RAM 3GB beserta ATI graphic dan lain2 ???...

itu semua seperti tidak begitu penting… apa yang dihajatkan ialah semoga diri ini dapat berubah menjadi lebih baik … apa yang dimaksudkan lebih baik??..

banyak dan terlalu luas untuk ditafsirkan..

mungkin ada insan yang telah banyak kali mendengar diri ini menyatakan sedemikian..
berubah !!..
namun tetap melihat diri ini ditahap lama...

untuk tahun baru ini..
moga2 diri ini akan dapat mencapai sesuatu yang lebih bermakna..
lebih bernilai dalam apa jua yang dilakukan..
ketika menulis ini pun terasa apakah diri ini akan berusaha untuk sedemikian ??..
InsyaAllah..
akan mencuba untuk melakukan lebih baik dalam semua perkara daripada tahun-tahun sebelumnya..

Ketika umur hampir kepada 20tahun, aku harus berfikir apa yang lebih baik kepada diri ini, berfikir dengan akal, bukannya nafsu....


[ s_A_t_u
P_e_R_M_u_L_a_A_N
S_a_L_A_m
P_e_R_k_E_N_a_L_A_n ]

jam 1305, rumahku..

No comments: