Showing posts with label program. Show all posts
Showing posts with label program. Show all posts

08 April 2010

PERMATA ’10 – Episod 1

Ketika Semester 2 kian berjalan dengan rancaknya.........

Hari-hari yang memenatkan.. pulang dari kelas,aku menuju ke kedai untuk membeli minuman 100 Plus .. Cuaca petang pada hari itu tidaklah seterik mana namun terasa begitu haus dan letih.. Di dalam fikiran aku ketika ini hanya terbayang ‘assignment’ , ‘ quiz’ yang tidak pernah putus.. setiap hari setiap minggu.. namun itu realiti yang perlu aku hadapi kerana aku telah rela hati memilih jalan ini..

Memasuki blok D mahallah uthman, aku berjalan perlahan sambil melihat papan kenyataan berwarna biru,yang sarat dengan iklan ‘ kereta sewa ‘ dan ‘ ingin menambah pendapatan ? ‘..

satu persatu iklan aku perhatikan,tiba-tiba mataku terhenti pada perkataan “BAKTISISWA PERMATA 10”.. ehhh,baktisiswa?..kalau masa kat pusat asasi dulu,baktisiswa ni hanya untuk mereka yang memegang jawatan dalam FSCC ( dari pemerhatian mata kasar aku sebagai rakyat biasa di sana )..





Satu persatu maklumat diperhatikan,lalu aku mengambil keputusan untuk bertanya bepada saudara Aizat yang nama dan number telefonnya tertera di iklan tersebut. Akhirnya aku membuat keputusan untuk menyertainya. Lokasinya menarik perhatian aku. Pulau Pinang,bukan negeri kelahiran aku dan itu yang menarik minat aku. Pergi melawat negeri lain, timbul rasa ingin tahu bagaimana keadaan, budaya, masakan ( penting ni.. =p ) masyarakat di sana. Aku kurang merantau ke negeri orang sehinggalah aku tamat SPM.. pergi ke Kedah pada tahun 2006 untuk menghadiri kursus SPM itulah pengalaman pertama aku keluar dari Johor.. Melaka,Kelantan sudah dilawati,kini Pulau Pinang pula..

Sedikit maklumat mengenai BAKTISISWA PERMATA ’10 :
- program ini dianjurkan oleh Mahallah Uthman dan Mahallah Asma’ Representative Comittee.

- insyaAllah berlangsung selama 6 hari 5 malam bermula 9 – 14 April 10.

- pelbagai aktiviti dijalankan antaranya keluarga angkat,forum perdana, sukan pantai,
barbaque,majlis tahlil,bengkel skor A UPSR,malam kebudayaan,Explorerace,gotong-royong serta beberapa pameran dari badan-badan kerajaan yang memberi sumbangan.

- Kg. Kuala Muda ini merupakan kawasan yang dilanda tsunami satu ketika dahulu, banyak kemudahan telah musnah namun sekarang telah dibaikpulih sepenuhnya.

- bayar RM 15 ( baju )

- bertolak jam 11 malam, 8 April 2010

sekali lagi, aku menjadi committee untuk biro persediaan dan teknikal.. Apakah??.. boleh dikatakan sudah selalu sangat aku bekerja dalam biro ini.. Ketika di pusat asasi,aktivit pertama aku bermula dengan Kelab PERKIM juga di dalam biro persediaan dan teknikal.. silap aku juga masa bro. aizat tu tanya nak biro apa aku jawab prep n tech.. hahahaha.. jalan sudahhh..

hari-hari kian berlalu.. perbincangan antara biro,tempahan barang dibuat satu persatu.. Sehinggalah tamatnya kertas peperiksaan terakhir aku.. 7 April 2010, 9 malam.. Sentuhan terakhir.. Kesemua peserta dan barisan pengurusan program berkumpul bagi memberi taklimat dan membincangkan perkara-perkara yang perlu diselesaikan..

sebelum hadir ke perjumpaan tadi, aku menyiapkan design untuk program Bengkel Sukarelawan Muda anjuran KPIJ, tak tahu la kurang idea mendatang tapi aku dah hantar design tu ke Hadi. Aku mula mengemas rak buku dan memasukkan semua buku ke dalam kotak, baju-baju semua disusun untuk di dalam beg. Aku memilih baju-baju untuk dibawa, macam banyak sangat je ni..


..masih lagi kurang arif dalam hal menyusun baju untuk ke program luar.. dari dulu..ni baru baju..(^_^)


Alhamdulillah,segalanya telah selesai.. Esok ada beberapa tugasan perlu diselesaikan, sebab nak ambil 2 barang teknikal untuk program..

Ketika aku sedang menaip ini, baju-baju masih belum dimasukkan ke dalam beg..amat bersepah juga ye, takpe... sem depan orang lain duduk.. hahahaha...

Perjalanan esok.. bakal memakan masa dalam 6 jam.. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar.. selamat sampai ke destinasi..

Sekarang musim tengkujuh ke?.. Kg. Kuala Muda bersebelahan pantai ..

bersambung...............................

0237
8 April 2010
Uthman D,IIUM



24 February 2010

Positive Person Positive Generation

tut..tut.. mesej masuk kat hp celcom..

cfs muaz..
“ ko free tak malam nie??”
“nape?”
“nak ajak dengar talk”

aku lemah sket dengar-dengar talk nie..

“ talk pe??.. interfaith ??”
“bukan r,talk motivasi”

lalu dia mesej kat aku info program tu..

“ Talk To Think, Positive Person Positive Generation, Prof. Dr. Ismawi Zen, International Panel Of The Expansion of Masjidil Haram, R n D, STEADFAST”

macam best gak, boleh r g..

“ ko gerak dulu r, aku ada hal nak g bilik mrc”
“ok..”



program mrc lepas habis sem nie, kalau aku g baru aku akan cerita.. satu program yang menarik pada aku...program selama seminggu di.. haaa,itu yang akan diberitahu nanti..kalau tak de halangan..


dalam jam 9.20 malam baru aku sampai ke tempat program, kat LT 5.. program tu baru je mula, kata committee yang ada kat situ la..

Penceramah merupakan seorang Instructor untuk student Master kat KAED,IIUM..ikut info dari muazan.. Prof. Dr. Ismawi Zen..

masa aku sampai, penerangan memang baru bermula, slide menunjukkan ayat ini..aku tulis mane yang aku catat je la.....

A Positive Person Is a Good Observer
- they become seccessful by wanting to be successful
- Know personal goal, without goal it’s difficult to score

mereka yang berjaya semua tak semestinya pandai, bijak, hensem, cantik, charming ( wah.. haha).. tapi sebab mereka mahukan itu.. ya,aku setuju.. dah lama benda nie aku fikirkan.. berdasarkan pemerhatian,mereka biasa tetapi cara mereka bukan yang biasa..

Menurut beliau lagi, ilmu terbahagi kepada 4 :

1. ilmu yang disampaikan :

maksudnya ilmu yang hanya diterima oleh kita,cara kita belajar berdasarkan apa yang kita dengar dan tahu.. cuma input sahaja,yang kadangkala masuk lekat kat otak tetapi selalunya masuk lepas tu keluar..
2. ilmu yang diteroka :

cara memperolehi ilmu ini banyak dipraktikkan di universiti @ institut pengajian tinggi.. melalui apa yang digelar “assignment”.. bila kita membuat assignment,kita akan mencari jawapan yang kita tak tahu.. banyak yang memang tak tahu.. mencari sumber-sumber jawapan dari buku dan sebagainya merupakan kaedah pembelajaran yang baik..

cuma,bila dilakukan disaat-saat akhir contohnya esok nak hantar baru nak siapkan, kita akan membuat assignment dengan keadaan asal siap.. sebab tu buat assignment semua hantar tapi exam tak tahu pape... tiru assignment pun meneroka gak.. tapi tu la kesannya macam buat assignment asal siap.. ( terasa plak.. hehe )

3. ilmu yang dibina :

“ kenapa begitu..begini..sebab???”

bila mula bertanya soalan,kita sedang membina ilmu yang sedang kita dapat dalam diri kita.. bila kita bertanya,bermakna kita mengikuti apa yang disampaikan oleh cikgu dan cuba untuk memahamkan dalam masa tersebut juga.. bila tak paham,mula tanya.. bagus,paham.. ( aku buat gak untuk subjek yang aku tak selalu tido..hahaha )

4. ilmu inovasi :

inilah aplikasi ilmu yang sebenar, diinovasikan kepada sesuatu hasil.. kita menggunakan ilmu untuk berkhidmat kepada masyarakat.. paling penting, ilmu itu digunakan untuk mentadbir bumi ini kerana kita adalah Khalifah di dunia ini.. =)


ada juga tips-tips untuk belajar,contohnya

pagi – digunakan untuk membaca

sebelum tengah malam – digunakan untuk membuat tugasan

tengah malam – membaca

ikut orang la kan.. terpulang cara masing-masing yang mana sesuai..

ada lagi kot tapi aku tak sempat salin semua.. talk tu pun tak de la lama mane,dalam kul 11 dah habes..

sesi soal jawab,aku ada tanya soalan tapi tak de sape nak amik gambar..hahaha..


hmm,kita dengarlah banyak mana pun ceramah motivasi, baca buku banyak mane pun la kalau diri tu tak nak.. tak jadi ape gak.. malas nak motivasikan diri,nak duk camtu je.. boleh.. tapi kene fikir akibatnya nanti.. kene buat juga ape yang terdaya.. mesti paksa..untuk kebaikan..mesti..dan mesti.. dan mesti...dan cara itu mestilah betul dan bijak..

“ so dont become weak nor be sad, and you’ll be superior ( in victory) if you are indeed ( true ) believers” [ 3 : 139 ]

“ inh habe noch viel zu erreichen - lots of more thing for me to do “

“ Life is like a River, it is only by being true to itself that is reaches the mighty Ocean”

sekian..
2329
23022010

Mahallah Uthman,IIUM..


Menang Gaya Kalah Bergaya ..




17 Febuari 2010

“ malam nie turun futsal untuk kpij”
“malam nie??.. kul bpe??”
“lepas study circle”

aiseh,malam nie ke, aku ingatkan weekend.. reaksi aku selepas dapat mesej dari zul.. dah lama dah tau pasal futsal nie cuma tak tahu tarikh bile kan.. jadi lepas study circle tu maknanya jam 10 malam..

malam tu , group study circle aku habis awal dalam 9.30 malam.. balik-balik makan dulu dan.. jahit seluar sukan.. punya la daif.. isk3.. aku menjahit??..dari sekolah rendah lagi dah reti.. bukan senang nak tengok orang laki menjahit.. ahaks !!!..

siap-siap sume lepas solat isyak gerak... nak dipendekkan kisah kami bermain dalam kegelapan dengan dilimpahi lampu spot light kereta je sebab mula- mula main kat female sport complex pastu ntah ape jadi ntah, aku tanya tak mau gtau.. hish !!.. g la kat court gelap dekat-dekat dengan padang rugbi tu..

perlawanan kpij dan pkpim pusat perlawanan ketiga..

sebelum tu kami duk la bergambar-gambar macam team bolasepak sebelum masuk padang ( gile bergaya seh ).. dengan bermain kata-kata nak psycho pihak lawan.. panas dengan kata-kata sebelum bermain.. hahaha..

prittttt.. sepakmula dilakukan..




separuh masa pertama..
sepak..dan sepak.. ntah camane bola terkena tangan hanis yang jadi penjaga gol lalu tertampan ke dalam ke ke luar ke aku pun tak perasan.. dalam gelap weh.. ada lampu kereta nampak ape.. jadilah gol kontroversi.. pkpim 1 – kpij 0.. perlawanan berlangsung lagi.. sepak dan sepak.. bolos lagi.. ades !!.. gol dari luar kotak sape sepak ntah aku pun tak perasan..

hmmmm.... tamat separuh masa pertama dengan bolos 2..

separuh masa kedua, sepak dan sepak.. serang dan serang.. sampai la satu babak bola terkena kali yuhuu ( amirul faaizz ) dan dia sepak je asalkan ke gol.. dan masuk pun.. keeper diorang tak nampak kot.. hahaha.. selang beberapa minit, dapat sepakan penjuru.. diangkat dan dapat kat abu, lalu disepak dan.. gol lagi... wah, boleh kejar.. memang mantap r..sengit dan panas menantikan siapa pemenang.. namum tamat masa masih lagi seri.. masa dilanjutkan ke 1 minit tambahan.. 1 minit??...uish, nie yang sadis nie..

berlaku kekalutan di bahagian bawah dan ntah camane nepe ( fahmy ) nak passing kedepan tak lepas, terkena kat pihak lawan,dia sepak dan.... tak sempat untuk fahmy kebelakang balik lalu.. end ~~~ KPIJ ( 2 ) – PKPIM ( 3 )...

owh.. kalah.. tapi aku rase tak de la teruk sangat pun.. nie team ad hoc je nie.. beberapa minit sebelum main baru setup position..hahaha.. kelakar ah tapi boleh gak kejar.. sebelum balik ambik gambar lagi.. dan terdengar abang khairullah pesan,” nie time bola ramai turun, esok petang macam biasa usrah yerrrr.. bola ramai usrah kene ramai gak”..

dush3!!... terkena..terkena.. aku, faaizz, fahmy.. adeh3..sebab sume-sume nie malas g usrah.. lol..

kire ok la perlawanan malam tu, kalah pun tak de la tahap noob sangat.. terer gak tu.. gaya tu penting.. hehe..

p/s : aku cuma tau clearence je.. hehe..

18 December 2009

Pernikahan diusia ini, tepatkah keputusanku ??

Salam..

aku nak tanye,sape yang bukak entri nie sebab tajuk yang aku tulis??
cepat tinggalkan jejak!!..

hahaha..

sape yang rase aku saje wat gempak, pun tinggalkan jejak anda !!..

penat aku fikir tajuk wat2 gempak nie... saje je bagi suspen,sape yang pernah terkena ngan aku tau la tu..keh3...

ok2,sesapen yang terkena kali nie mintak maap bro @ sister.. sebab aku nak mintak tolong korang sket.. tapi tajuk tu bukan betol-betol eh!!. .

Serius k.. serius... korang jangan nak gosip tajuk aku plak!!..

aku ada assignment untuk subjek UNGS 2040,knowledge,islam and civilization..
so, group aku akan wat kajian tentang kahwin awal dalam kalangan mahasiswa @ remaja dalam lingkungan 18 -22 tahun ke kan..

jadi, apa pendapat korang??..

kalau aku nak tanye bdk2 uia, aku leh predict jawapannyer.. well, isu nie dah top sgt.. sebab uia bagi elaun kawen..haha..so,ty kt public r.. yg duk uia nak jawab pun x per gak..

so, ape kesan baik dan buruk??.. banyak kesan baik ke buruk??.. yela,ada yang anggap muda-muda kawen nie, tak matang.. keputusan terburu-buru.. yela,orang kata darah muda menyala-nyala.. orang cakap tak sabar sangat la dan lain-lain..

ada gak yang berpendapat yang kawen muda menjadikan kita lebih matang dan bertanggungjawab.. ada fokus dalam hidup...

keluarga plak camne??.. bese keluarga-keluarga yang islamik sket je bagi kan.. yang bese-bese nie nak anak diorang ada kerjaya dulu.. kenapa mereka berfikir begitu..

aku ada gak la bincang-bincang dengan member group aku, tapi kalau ada pendapat lain, pe salah kita berkongsi..

tapi, pendapat biar BERNAS la.. bukan beras.. pendapat dan sebab sekali..



okey.. thanks coz baca.. sorry kalau terkene... hehehe..

nite !!..

p/s : elakkan gosip !!

17 August 2009

Kembali.. Ke Zaman Kanak-kanak ??

Kembali ke zaman kanak-kanak.. bunyinya seperti kembali ke zaman lampau..
Logik ke??..

mane boleh kita berpatah balik ke zaman lalau !!..

namun hari ini aku dan rakan-rakan telah kembali ke zaman 10 tahun yang lalu..

haaa.. magik ker??..

pernah dengar tentang permainan ..

batu seremban..
datuk harimau..
cari cucu..
sepak raga..
pepsi cola...
teng-teng..
baling selipar..

korang sume tau yang ini permainan rakyat.. permainan rata-rata antara kita di zaman kanak-kanak dahulu..

sape yang tak pernah main, sah r budak bandar.. huhuhu.. peristiwa ini ada konklusi yang aku fikirkan sendiri tadi.. apa dia??.. di akhir cerita baru aku bagitau...

.. hadiah yang ditawarkan ..

semua permainan itu merupakan pertandingan yang dianjurkan oleh Economics Management Science Soceity IIUM ( EMSS).. yang sebenarnya aku tak rancang pun nak masuk..



semalam, ketika balik dari kelas tutorial yang cancel ( huh, penat menapak jauh-jauh sekali kelas cancel ).. aku dan malik lalu kat kuliah econs nak balik mahallah, nampak booth “ traditional games competition “.. ada r sorang akak tu jaga, malik dengan beriya-iya nak masuk tanya kat akak tu.. cerita punyer cerita.. call member nak cari sape yang nak masuk, last-last terdaftarlah kami untuk pertandingan ini..

aku.. ridhwan( wan c )... malik... suhail.. name group ABC 115.. maklumlah dulu sume sebilik, kat cni pun wat pape nak sesame jer..

Di Hari Kejadian..

kitorang datang paling lambat... sebabnye malam tadi layan game.. bese r.. baru pas pecah pale exam calculus malam tadi.. hehehe.. mase tu fuad pun datang, kene cukupkan korum 5 orang.. memang menjadi group paling bising ketika itu..

BATU SEREMBAN..

kenapa mesti seremban dapat name??.. aku pun tak tau..
cara main nyer ada 5 biji batu.. lemparkan ke atas permukaan rata.. ambil satu batu dan lambung ke atas, semasa batu yang pertama sedang di udara, cepat-cepat ambil lagi satu batu..
nak tau dengan lebih detail kepada sesape yang tak tau main, search je la kat internet eh..

keseluruhan untuk permainan ini kami dapt “ 0 “ markah sebab sume tak melepasi syarat untuk dapat markah.. ( tak reti main r tu )..

alahai.. kasihan..group laki ada dua jer, saingan kami dapat la 4 markah.. group perempuan ada brape ntah, confirm-confirm pompuan skor kat batu seremban nie kan..

jadi untuk keputusan pertama kami, tanpa memungut apa-apa markah.. tak per.. tengok permainan kedua..

DATUK HARIMAU...

..fikir strategi..

mengenang permainan ini, aku rasa aku pernah main waktu tadika dulu.. umur 6 tahun.. masa tu datang sekolah tak de ingat nak blajar.. nak jumpe kawan-kawan dan main jer..

permainan ini kene ada sorang jadi datuk harimau, bapa ayam dan anak-anak ayam..

datuk harimau berdiri sorang- sorang dengan arah berpaling dari melihat bapa ayam dan anak –anak ayam... bila bapa ayam tanya, “ pukul berapa datuk harimau??”.. kalau datuk harimau jawab pukul 12.. maka dia akan menerjah ke arah anak-anak ayam untuk dimakan..

group kami, hantar malik jadi datuk harimau.. sekali group lawan yang jadi bapa ayam besar seh badan.. huhuhu.. malik nie kecik jer, dalam masa yang diberi selama 5 minit..ndapat r sentuh-sentuh sikit jer anak-anak ayam group lawan..

bila tiba time kami jadi anak-anak ayam.. sekali datuk harimau tu terus terjah kitorang..dengan ganasnyer..aku mase tu pegang baju wan c supaya x terlepas ikatan dan macam pe dah kene tarik..saingan giler-giler r kan..namunn....

hmm, tak leh wat pe laa... kalah lagi... isk3 !!..

tamat yang kedua.. terus ke permainan ketiga..


NENEK KEBAYAN CARI CUCU..

betul ke tidak namanyer aku pun tak pasti.. pernah tengok cerita musang berjanggut, karya P.Ramlee?? .. masa si puspa main-main kat tepi pantai tersentuh putera nila utama.. camtu la permainan nyer..

kami gabung dua group untuk buat bulatan besar.. dan sorang dari pihak lawan duk tengah-tengah dengan mata diikat dengan kain..

tugas dia kene cari ahli-ahli group dia bawak ke tengah... bila yang sorang tu mula mencari, kami dalam bulatan bunyikan “ kurr..kurr “ supaya dia datang kat salah sorang yang dia nak tarik tadi..

yang aku tak leh tahan nyer, dia g ke tempat wan c, dia rasa bahagian perut jer terus tarik...
hahahaha.. dengan yakin dia tersalah amik ahli.. yang lain sume betul.. diorang dapat r markah penuh ditolak satu..

time kitorang plak, wan c jadi nenek kebayan.. dipendekkan cerita... sume ahli yang ditariknya betul..

kami dapat FULL MARK !!.. yeah3!!.. akhirnya....

terus ke permainan ke 4..

SEPAK RAGA ( SEPAK BOLA PING PONG )..

oleh kerana tak ada raga, pihak penganjur bagi kami bola ping pong.. untuk di timabang.. bukan timbang berat, timbang bola..

permainannye dalam bulatan, sorang mulakan timbang seberapa yang boleh dan kemudian pass kat member lain untuk ditimbang gak..

kali ini agak berjaya, dapat 183 timbangan.. memang lincah habis r timbang... bola spare kitorang amik banyak, bola lari jauh sket jer letak bola baru..

pihak lawan dapat kurang dari 100 timbangan.. yeah !!.. moral naik r .. hahaha... tapi tak tau group perempuan main apa kan.. ntah brapa markah diorang dapat..

PEPSI COLA ..

hah !!.. ni lagi satu kenangan aku.. popular giler permainan ni masa sekolah rendah.. masa tu aku dalam darjah 2 atau 3 gitu la.. kalau balik sekolah kasut kotor jer, main pepsi cola r nie.. lalu dimarah oleh emak di rumah.. keh3..

permainan dalam bulatan.. buat besar-besar.. sorang mula kiraan.. “ pepsi cola, one two jaga..( verse yang lengkap aku lupa ) “... bila habis ke, sape yang terkene kiraan terakhir akan pijak kaki orang sebelah dan orang sebelah kene ngelak.. kalau terkene.. OUT !! ..

masa kecik-kecik dulu best giler main.. kasut memang hitam legam r.. kalau hari ahad tu dah siap-siap kapur kasut ( putihkan kasut gune cecair pemutih ), hari isnin petang dah jadi kasut pengawas.. hehehe..

tapi tadi tak berapa terasa sangat bestnyer sebab ramai yang kurang paham dan lupa camane nak main.. termasuk aku.. tu yang terkeluar awal.. namun tetap seronok ...

kami menang lagi untuk kali ni..

TENG – TENG ..


yang nie pun agak popular mase kecik – kecik dulu..
main lompat-lompat dalam 6 petak yang berbentuk huruf “ t “ kecil..
nak terang kan aku tak reti sangat...


yang nie nak cerita pendek jer.. kami dapat “ 0 “ markah...
dah-dah.. beralih ke permainan seterusnya..

BALING SELIPAR..


hah !!.. nie memang mantap..dah memang penat giler r kan..
tengok episod UPIN IPIN masa diorang g solat tarawikh??.. bila diorng lempar selipar, kak ros ada sambut satu tu.. camtu la permainannyer..

3 selipar disusun secara menegak di tengah-tengah.. kitorang perlu baling dari jauh untuk meruntuhkan susunan selipar tu.. bila selipar tu runtuh jer, pihak lawan cepat-cepat amik selipar yang dibaling dan perlu serang ahli kitorang dengan selipar tu.. sebab kitorang kene susun balik selipar kat tengah-tengah tadi..

memang kalut ah.. berlari –lari aku nak acah-acah pihak lawan.. member lain gitu gak.. bila nak susun jer selipar tu ada je yang nak attack..

.. letih beb!! ..

dalam masa 5 minit kene naikkan selipar yang dah runtuh tu, kitorang berjaya buat dalam masa 4 min 50 saat.. dengan fuad masa tu dah terkene serangan..

nice !!..

REKA KOSTUM..

.. model group kami ..

haa.. ni tak termasuk dalam permainan tradisional sebab pihak penganjur tukar permainan.. lagipun dah tengahari time tu.. malik sebagai model, kene reka pakaian dari surat khabar.. pakaian tradisional..

mula r sume wat keje.. mereka cipta tanjak( ada ekor kat belakang, wat macam serban), baju, seluar baggy ( ala-ala 60 –an ), keris, dan lain – lain lagi.. masa diperuntukkan 15 minit..

memang berusaha keras r nak siapkan.. akhirnya menag lagi sebab pakaian kitorang complete dari pihak lawan...



OOOO... SOMM !!

sape yang tak tau permainan nie??.. rugi r.. permainan popular gak nie..
ada dua orang.. letak tangan kat belakang.. bila sebut oooosomm!!! jer, tangan buat simbol burung @ batu @ air.. bandingkan la secara logik sape menang sape kalah..

sengit masa tu !!..
kene buat 5 kali osom.. setiap sorang.. ada 5 orang ahli kumpulan.. round 1 diorang menang, round 2 kitorang menang, round 3 diorang menang lagi ( aku r yang kalah,5-4), round 4 kitorang menang dan penentunyer.. kami menang.. hehehe..

ada lagi permainan tapi malas r nak cerita.. permainan tak berapa tadisional sangat pun..

jadi berdasarkan daripada apa yang aku fikirkan tentang apa yang aku lalui ini, permainan tradisional ataupun permainan outdoor yang kita main time kecik-kecik dulu memang banyak kelebihan..

lihat saja permainan seperti baling selipar, acah galah, rounders, bola beracun, guli, gasing dan sebagainya.. semuanya memerlukan daya fizikal dan mental.. fizikal untuk kita menggerakkan permainan itu dengan lancar dan mental untuk kita menyusun strategi untuk menang..

lain pula di zaman teknologi kini, permainan maya menjadi pilihan.. aku juga tidak terkecuali..
waktu di awal sekolah menengah aku dah mengenali counter strike, need for speed, half life dan lain-lain.. permainan yang hanya duduk di hadapan komputer dan menggunakan mental sahaja untuk mengawal permainan.. kalau ada pun fizikal, tang jari je r duk kawal keyboard..

seronok sebenarnya permainan dulu-dulu nie.. nampak cam bodoh jer duk kotor-kotor, lari-lari dan semuanya tapi kelebihannya kita mengenali ramai kawan dan ada semangat berpasukan..

dunia teknologi kian membangun dengan begitu pantas.. belum pun windows vista stabil di pasaran dah keluar windows 7.. ketika orang masih menganggap RAM DDR 2 the latest one, tapi DDR 3 dah lama wujud.. Kaspersky 2009 masih di pasaran dah keluar Kaspersky 2010..cmane tu.. pesatnya teknologi tak dapat dinafikan..

namun nilai klasik yang ada pada permainan dulu-dulu nie aku rasa tiada bandingan.. kerana aku pernah merasainya.. Cuma kanak-kanak generasi baru kini lebih nampak dunia maya dari dunia nyata.. duduk dirumah masing-masing bermain playstation, dan padang permainan kian sepi..

dan aku merasakan.. permainan tradisional kita ini patut dipertahankan.. itu lambang keunikan kita di Malaysia..

yeah !! koleksi hadiah !!

12.41 tengah malam...
15 Ogos 2009
mahallah uthman, UIAM..


18 June 2009

“ lepas nie susah nak jumpe lagi “


Untuk kali ini, agak lama juga aku mencari mood untuk menaip.. sejak malam tadi dah 3 kali aku mulakan penulisan tentang perkara nie tapi asyik terbatal jer.. susah pula tapi harap-harap pagi ini ni aku akan menaip hingga ke penamatnya...

“ lepas nie susah r dah nak jumpa lagi “

Haaaa.. ayat di atas nie aku rasa mungkin ada terdetik pada diri insan-insan yang hadir semalam iaitu bekas pelajar kelas arab dan saina arab dari 2002 – 2006 Sek. Men. Keb. Simpang Renggam dan lepasan SPM 2006 di sekolah itu... mungkin ...

walaupun cuma sekolah luar bandar aku tetap berbangga belajar di sana satu ketika dulu..

aku terfikir idea nie last minute tapi kira boleh la menjadi.. tujuan aku nak mengumpulkan sebahagian dari mereka tercapai juga walaupun kuantiti cuma 18 orang..

GUNUNG BERLUMUT ...



Dan sememangnya aku suka ke tempat-tempat seperti gunung @ pantai nie..
Sebab utama nak mandi ... hehehe...

Pertemuan yang aku aturkan di gunung berlumut semalam bermula jam 11 pagi.. jam 11 pagi kami bertolak dari simpang renggam ke gunung berlumut.. 10 orang lelaki dan 6 perempuan pada asalnya dan kemuadian ditambah dengan kehadiran 2 orang lagi.. 4 buah kenderaan.. dah macam g konvoi plak jalan ramai-ramai.. best gak rase..

Kami tiba di destinasi lebih kurang jam 11.50 pagi ...

Sampai-sampai je terkejut gak kitorang !!

NO ENTRY “ ......... aduh.. mau nak hancur harapan time tu..huhuhu..

“ wan, pe cer tutup nie”
“ camane nie... kita berkelah kat bawah sawit je r.. ada air mengalir tu... hahaha “
“ g bekok.. g bekok “
“ wan.. pe plan B ko??? “



Pergh !!.. cam nak buntu pale aku walaupun aku dah ada plan B.. tapi plan B tempatnyer tak leh mandi-mandi...huhuhu.. sampai-sampai je tutup plak tempat nie.. aku tanya kat brader yang jaga kat pondok depan tu dia cakap tunggu sampai dah bukak baru leh masuk.. sekarang dalam pembinaan..

“ pembinaan pebendanyer.. takde orang wat keje pun “, bisik hati aku...

Dekat 10 minit gak kitorang duduk depan pagar tu.. saje jer nak tarik perhatian.. ada motif yang tak dirancang...hehehe... kitorang yang laki dah mula ketawe-ketawe ngarut n ngutok ntah pape walaupun berlatarkan ladang kelapa sawit, yang perempuan masih di kereta mereka... akhirnya............

“ korang sume dari mane?? “, tanya penunggu pondok...

“ jauh nie cik.. KL ada, pahang ada”, kata izhar.. ( padahal sume orang johor gak, belajar je r jauh-jauh, dah la 3 kereta no. flat ‘ J ‘ )

“ KL??.. ke korang nie orang kluang ??”, tanya penunggu pondok, cam tak caye r tu..

“ kitorang dari simpang”, aku menyatakan..

“ dah.. g parking kat bawah pokok tu.. masuk ikut tepi.. kenderaan tak leh masuk “, rekasi positif penunggu pondok.. kesian pun dia akhirnya... hehehehe...

Kami pun masuk ke kawasan air sungai di gunung berlumut.. mencari-cari tempat untuk bermain air.. lama gak nak cari tempat, dah r takde orang dalam tu.. kitorang jer yang ada.. gugup aku nak g jauh sangat tapi layan je r..

“ wehh, ko tengok budak pompuan dah main air dah kite cecah kaki tak lagi.. nak port mane nie??”

“ kat atas sane.. ada tempat terjun.. dalam sket”

“ makanan kat kita nie, yang pompuan tu nak makan pe nanti kalau jauh-jauh”

“ duk dekat-dekat situ r “

Lepas letak makanan dan makan-makan sket, yang pompuan pun dah makan gak.. kitorang yang laki g kat atas sket nak cari tempat betul-betul nak mandi..

Memang agak dalam tempat nie.. aku dengar orang yang lemas dulu kat sini !!!..

Tapi tak difikirkan sangat dan kami pun main air kat situ...

Pelbagai ragam masing-masing.. izhar dan cici dengan aksi flip.. lompat dalam air sambil pusing-pusing.. nuar pun asyik duk berenang-renang... epi plak berenang dah cam ikan aku tengok.. hahaha.. pidot, saje je tak nak mandi.. demam r plak.. puas nak tarik dia masuk air tapi dia lari.. kene simbah-simbah lagi tu.. anep pun berenang renang dan melompat dari terjun beberapa kali.. didin yang lepas berenang duduk kat batu nak tangkap ikan yang tengah gigit kaki dia dibantu oleh faizal n azeri.. tak dapat gak ikan tu, ada tangkap pakai tangan... hahaha... abe pas duk belek-belek kamera dan menangkap gambar... ayap, same gak berenang-renang ke sana ke mari...

dan aku.. tak berenang.. duduk dalam air je r duk main air... tak reti beb nak berenang... try gak tapi tak terapung pun ... hahahaha..

ketika itu terasa juga sudah lama tidak bersua, dan bila berjumpa gelak ketawa dan gurauan memberikan impak bermakna...

setelah puas bermandi-manda dalam jam 2 kami ke tempat letak makanan tadi.. aku mendapat mesej dari hidayah yang menyatakan diorang ke rumah fathin, salah sorang classmate kitorang gak dulu.. so, bermakna yang perempuan sume dah kesana..

“ uish, 6 orang naik kancil jer “, bisik hati aku...

Selepas bersiap, kami terus ke bandar kluang untuk solat.. perjalanan tak la jauh sangat.. dalam setengah jam je dari gunung ke bandar..

Selepas solat..

“ wehh, nak wat pe nie”
“ balik r.. pe lagi”
“perhh, dah sampai bandar nie.. jalan-jalan dulu”
“ nak g mane??..”
“ntah, ala korang bawak r .. aku bukan dari kluang.”
“hek eleh.. cepat r cakap nak g mane”

Fuhh, lebih kurang dekat setengah jam je borak-borak dan tak tau nak g mane.. hehehe..
Pidot r nie tak nak balik dulu..
Last-last kitorang ke kluang mall.. jalan-jalan..
Dengan diorang memang boleh kecoh r sepanjang perjalanan duk ketawe jer..
Sampai kat kluang mall azeri amik troli yang wat belanja tu... izhar plak duduk dalam troli... sorong r jap kat eksklator yang rata tu... memang time tu pedulik ape r kan.. izhar pun memang selamber jer..

Biasa laa, bukan senang nak jumpe ramai-ramai camni... time skolah dulu hari-hari nampak... sekarang mungkin kala waktu tertentu saje...

“dot, makan pizza dot..2 large baru rm60 lebih”,asyraf ngecek ( meminta ) pidot belanja.
“ ntah dot.. motor z baru, duit palapes tak abes pakai lagi, duit JPA lagi “, tambah didin..

Aku tengok kan jer diorang usha-usha pidot nak mintak belanja...

Tengah-tengah kitorang lepak-lepak, pidot, nuar dan ayap hilang tetibe.. tau – tau diorang dah kat pizza...
“pergh, pizza siot.. weh mahal r, biq makan KFC “
“ wehh, blah.. blah... g kfc”

Pidot g cucuk duit tadi nak belanja makan, tu yang diorang hilang jap tadi...

Nak dijadikan cerita tadi kitorang dah masuk PizzaHut tadi tapi keluar balik, ni masuk lagi dan keluar lagi.. kesian pekerja PizzaHut..huhuhu.. dan yang aku tau, bila pekerja tu tau ada 12 orang, dia dah siap susunkan meja...hahahaha.. bukan rezeki pizzahut r tuu..

Akhirnya kami ke KFC bersebelahan.. sebelah je ngan Pizza Hut..

Pidot belanja KFC akhirnya...

“makan bucket set C, ayam baru 15 ketul.. mane cukup nie ada 12 orang”
“ collect-collect r sorang 3 engget.. dapat sorang dua ketul”

Setelah mengambil menu, makanan dibahagikan...

Sambil makan kami rancak berborak antara satu sama lain.. lebih menceritakan tentang kehidupan masing-masing sekarang.. rata-rata masih belajar di IPTA/IPTS...

Begitulah corak kehidupan kami selepas tamat persekolahan.... pertemuan kami berakhir pada petang itu, dan selepas itu kami pulang ke destinasi masing-masing...

Dikala ini, pertemuan ringkas setelah sekian lama tidak bersua memang memberikan makna juga.. kesannya pada malam itu aku mendapat mesej..

“ weh, thanx r.. plan ko menjadi.. dah lame she tak jumpe ramai-ramai ketawe gini”, mesej dari faizal..
“ best giler tadi.. seronok she.. pasni leh wat aktiviti cuti sem.. hehehe “, mesej dari azeri..

Dari diri aku, aku bersyukur kerana target aku tercapai.. dulu mase kat KPIJ aku ada gak bawak diorang g rehlah, roommate aku pun sebelum kitorang balik cuti kitorang g mandi sungai gak.. dan kali ini untuk member-member mase skolah...

Bila kita melangkah keluar dari dunia sendiri, ramai kawan-kawan kita dapat.. bila difikirkan balik aku rase memang begitu unik.. rakan-rakan di sekolah, roommate aku kat uia ABC 316 dan ABC 115, member kelas engineering, member satu persatuan dan member kat dalam PKPIM dan KPIJ.. bila aku bercampur dengan diorang aku melihat suasana yang berbeza-beza tapi itulah yang menarik pada aku..

Untuk sume yang hadir :

Azeri Faizal Anep Pidot Epi Nuar Izhar Ayap Cici Didin Abe

Dayah Ainna Mahirah Epah Zafiza Linda


Harap program hari tu memberi makna untuk sume, dan berjaya dalam bidang masing-masing sekarang... bila bersua kembali, moga-moga semua akan berjaya mengharungi cabaran hidup..

Ini adalah ganti kepada reunion yang terbatal dulu..
Tapi ni bukanlah reunion, cume wat kecik-kecik jerr... hmm,ada gak yang geram kat aku nape tak gitau dia... hehehehe....

Secara umumnya bukan maksud aku tak nak gtau yang lain-lain.. aku plan untuk permulaan dulu dengan jumlah yang sedikit dan yang memang boleh datang..

Kepada member-member lain, bukan maksud nak menyisihkan korang bagi sape yang tak tau tentang nie...

Mungkin kita akan berjumpa lagi time reunion besar..

Bila tu.. aku tidak dapat jangka, mungkin ia akan diuruskan oleh orang lain...

Thanx for all, insyaAllah we’ll meet again.....

walaupun ada kekurangan yang aku rasakan, tapi ia beru permulaan..



p/s : cuti dah nak abes, ada beberapa member kat uia yang aku nak kaco pasni.. hehehehe..

11 June 2009

Karutan Aku : Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2009

PERHATIAN, ENTRI INI PANJANG BERJELA. 3 HARI KEJADIAN BERLAKU
..........................................................................................................................................

Agak lepak juga join program kali nie.. walaupun jadi pengiring ( tapi tak macam pengiring pun ) …

5 – 7 jun yang lepas.. hujung minggu lepas, aku menjadi pengiring bagi peserta dari Kesatuan Pelajar Islam Johor untuk menyertai Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2009 anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ( PKPIM ) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan ( PPIWP ) dan kerajaan Negeri Selangor.. dengar saje name program tentu korang leh agak program ape.. pendedahan dan persediaan ke alam kampus.. berlatar tempat di UIAM Gombak, kali ini aku terasa sedikit kelainan bila sampai di UIAM.. ia membuat aku berfikir beberapa perkara..

apakah itu??.. akan aku kisahkan di bawah nanti..



Perjalanan bermula pada hari jumaat, aku keluar rumah dalam jam 8 pagi, ikut keluarga ke pasar jumaat.. masa tu Menteri Besar Johor nak datang kat sane, agak sibuk suasana di pasar hari tu.. tapi tu bagi aku takde pape pun.. sume manusia same je... jam 8.30 abg. Khairullah call nak amik aku kat tol simpang.. katanya lagi 15 minit.. aku pun beli air bungkus dengan epok-epok ( karipap ).. tak sarapan lagi.. tapi terkene aku.. hehe.. jam 10 baru sampai.. tak pe la, jalan jer.. dekat pukul 11, baru perjalan ke KL bermula… bermula di bagan, rengit…

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Destinasi pertama.. UKM.. Setibanya di UKM, kami dibawa ke pusat yang menempatkan pentadbiran dan beberapa kawasan penting UKM.. memang besar kawasan keseluruhan UKM nie.. Taklimat diberikan oleh pelajar tahun akhir di sana, yang aku tak ingat name dia sebab aku sibuk mengambil gambar.. mencari “shot” gambar yang menarik.. Di hari kedua nanti, aku , muazan dan amin sibuk untuk mencari shot gambar tercantik..kisahnya di bawa sikit..



Jalan-jalan di UKM seperti biasa jer.. macam lawatan biase-biase.. jam 4.00 petang kami bertolak ke destinasi program… UIAM..

Perjalanan yang singkat kerana Lebuhraya Duta-Ulu Kelang ( DUKE ) telah dibuka.. dalam sejam menaiki bas kami tiba di UIA.. masuk ke mahallah maryam, pendaftaran di mahalah perempuan dan peserta tidur di sana.. tapi mahallah tu kosong sebab mase nie sem pendek.. sampai je aku terus call muazan, mane ntah mamat nie nak suruh jemput nie.. tapi dia tengah basuh baju time tu.. “ko basuh baju, mesin kan ada”,aku berkata..

Celoteh-celoteh seketika dan berjumpa dengan senior-senior PKPIM dan bertanya khabar.. perkara lazim berlaku bila jarang bersua muka..

Hari dah hampir mahgrib, aku dan amin akan tinggal sementara di bilik muazan.. Ruqayyah blok Al Furqan 1.6..

BAGAIKAN JIWA SUDAH TERPATRI DI SINI


Bilamana aku melangkah ke mahallah tu, aku tersentak seketika.. ini lah yang aku khabarkan aku terfikir tentang beberapa perkara… berasa macam dah tak sabar nak daftar masuk bulan 7 nanti dan pada masa yang sama berdebar bila memikirkan kehidupan baru aku nanti.. malam tu aku belum join lagi peserta kat mahallah maryam.. selepas solat maghrib di surau ruqayyah, aku, amin, muazan dan hafizullah ke café untuk makan malam..

“nasi kerabu je yang ada”, bisik hati aku..

Sebab kali terakhir aku makan nasi kerabu kat Raudhah Festival CFS IIUM 2007… hahaha.. aku tak berapa pandai makan makanan nie tapi ok jer.. style nasi kerabu macam nasi ambang kat johor.. RM 3.50 untuk menu makanan aku..

Kat café tu aku jumpa balik member-member kat cfs.. terutama classmate aku dulu, dan budak-budak yang aku slalu lepak bilik diorang.. ( lebih kenal member engineering jer dan member satu persatuan )..

Selepas siap makan, aku gunakan masa untuk bertanya khabar dengan diorang dan semestinya aku tanya cmane study diorang.. lecture mane yang ok, lecture mane yang kedekut markah.. hehehe.. penting tu.. bermacam-macam suasana yang aku dengar dan semestinya diorang sentiasa sibuk dengan “ assignment “ yang banyak..

“ macamane la life aku nanti agaknye “, hati kecil asyik mengelamun..

Hari yang pertama ini membuatkan aku semakin tidak sabar untuk mendaftar nanti… sebulan lagi.. walaupun debaran kian terasa jua ….


PROGRAM BERMULA


“ dah pukul 9 nie, diorang dah gerak r agaknyer “, kata amin.

Aduhh !! .. kami berempat terlepas bas percuma ke experimental hall untuk majlis perasmian..

“ kene menapak r nie.. jauh tak ?? “, kata aku.

“ agak r.. x per.. exercise.. kitorang pagi-pagi dah berjalan.. hahaha..”, kata muazan..

Maka kami pun ke sane dengan berjalan kaki.. mak aih !!.. dah r mahallah ruqayyah tu kat hujung.. nak ke dewan tu ada la dalam 1 KM kot.. apakan daya.. x nak kuar awal.. hehehe..

Perasmian malam nie dilakukan oleh YB. Bahagian Batu Caves.

Majlis perasmian biasa-biasa jer.. macam program lazim.. ucapan dan sebagainya.. majlis bermula agak lewat, jam 10 dan aku tak tahu kenapa.. habis perasmian, kami berempat menaiki bas percuma untuk ke mahallah maryam..

Aman sikit kaki nie.. hehehe..


Kat multi purpose hall ( MPH ) mahallah maryam, peserta memulakan sesi pembahagian kumpulan dan fasilitator..


“ izwan, nak mintak tolong amik gambar untuk program boleh “.. tiba-tiba abang jijan menyapa aku dari belakang.. “ emm, boleh jer “.. lalu aku mendapat sebuah kamera pink.. jambu tak aku ??...hahahaha.. kamera akak urusetia tu, aku guna je untuk amik gambar..

Dan malam itu aku menjadi AJK bidan terjun…

Hampir jam 2 pagi aku dan amin pulang ke bilik muazan.. dia kali ini sibuk dengan assignment bahasa melayu.. tapi sempat juga kutok- mengutok.. perkara biasa r tu..

Lepas mandi, aku tertidur kerana terasa letih btol.. dan esok hari.. kene ambil gambar…

Selamat malam untuk aku……………….


HARI KEDUA : 6 JUN 2009

Aku bangun je tengok muazan masih di hadapan laptopnyer..

“ ko lum tido lagi ker”, tanya aku..
“ blum.. dah nak habis dah nie”, balas muazan..

Selepas solat aku tengok katil amin..

“ wehh, ko nak g riadah tak pagi nie “
“ diorang g dewan untuk LDK pkul 9 kan??, gerak pukul 9 je kot “

Amin dengan muka nak tido, dan aku yang memang malas nak bersiap-siap.. lalu aku teruskan aktiviti dengan main game kat laptop muazan.. hehehe ..

Dan muazan dah pun tido..

9.00 pagi beru aku dan amin keluar nak ke MPH tetapi..
Sekali lagi tertinggal bas.. lambat lagi.. menapak la jawabnyer…hahaha..

Dengan perut yang lapor giler… “ kite makan kat café HS je r “, kata amin..

Kat café nie aku tengok pelajar asing ramai tol.. time short sem gini pelajar Malaysia ramai balik umah je.. lagipun time tu memang ramai member aku balik, tak dapat nak jumpe diorang..

Sesampai di dewan, slot pagi itu telah pun bermula.. slot disampaikan oleh Mdm. Kalsum, Kaunselor UIAM.. yang lebih menekankan tentang kehidupan kampus dan permasalahan kritikal yang berlaku di alam kampus… apa yang dikatakannya memang benar belaka berdasarkan secebis pengalaman aku di pusat asasi sendiri.. tetapi di kampus utama kelak, cabaran itu akan lebih hebat lagi… sempat juga mdm. Kalsum memaparkan video kartun yang nampak cam sengal-sengal jer kartun tu tapi motifnya mendalam..

Paling banyak ditekankan ialah kalau kita masuk la ape-ape program pun, kene syarahan cmane pun suruh berubah tapi diri sendiri tak nak berubah, tetap tak jadi..

Hmm, aku pun ada gak degil-degil sikit camtu…. Hehehe…

Habis jer sesi mdm. Kalsum, slot disambung ke LDK 1… aku sebagai photographer menjalankan tugas terjah kumpulan-kumpulan yang melakukan LDK.. pengisian LDK nie aku tak amik tau.. biasa r dalam program kalau aku dapat job photographer, aku cuma focus untuk mendapatkan shot gambar tercantik… gambar yang aku kongsikan di dalam cerita nie gambar yang pada mata aku puas hati la, kalau korang rase tak cantik, sila komen dengan jujur.. tak de hal punyer.. hehehehe… .. puas hati gak dengan gambar nie ...

Slot pada waktu petang juga LDK.. kali nie aku tau diorang main pe sebab ada budak cerita.. si buta, dan bisu.. sesape dah bese g program tau r modul nie.. sorang kene tutup mata dan tak boleh cakap… dia akan diarahkan ke suatu tempat tapi atas arahan rakan-rakan.. secara detail aku tak berapa tahu sangat.. dan aku hanya fokus satu jer.


Shot gambar tercantik ...
Shot gambar terbaik ...
Shot pose cantik ....

Seperti yang dikhabarkan di awal cerita...

Tu je dalam paleotak aku berbekalkan kamera yang bateri dah tinggal satu bar.. sebab tadi cas kejap jer...

Dan waktu asar aku dan amin pulang ke bilik untuk bersiap dan cas bateri.. pas nie ada aktiviti riadah petang..

ANTARA PHOTOGRAPHER DAN CHICKEN CHOP

“ weh, pukul brape nak g makan chicken chop nie, dah pukul 6 dah.. muazan pe cer.. boleh kan blanjer.. hehehe “, cam biasa aku ngarut..

“ aku takde hal bro.. kalau malam café tutup “, balas muazan..

Yahh !! dari hari 1st lagi aku dah mintak muazan belanja chicken chop untuk aku dan amin...

Hahahahaha.. jahat ker aku?? .. hehehe.. kepada muazan, aku masuk gombak nanti aku belanja satu bucket kfc.. bucket jer la aku beli, ayam takde...... hehehehe..

Tapi sebelum tu aku kene amik gambar dulu masa diorang riadah.. part nie aku rase best.. aku, amin dan muazan masing-masing bergilir-gilir mencari SHOT GAMBAR MENARIK.. serius dah macam kelas photographer petang tu.. kitorang bertiga saling tunjuk gambar sape mantap.. muazan nie orang seni sket, bese r budak arkitek.. gambar dia amik slalu cantik ..





.. gambar nie paling aku puas hati, ada effect matahari sket ..

petang tu modul setiap kumpulan diberikan huruf-huruf yang bercampur.. arahan, dengan huruf-huruf tersebut buat satu ayat.. masalahnya diorang cuma dapat 4-5 huruf...

“ aku dengar arahan dah tau dah kene wat per “, amin berkata.. senang jer mainan tu, semua kumpulan kene gabung.. modul nie aku dah pernah kene dah.. ayat kali nie merupakan tema PMGK 2009...

Selesai jer riadah, balik bilik daa.. dan chicken chop masih segar di ingatan..


NAK MAKAN, TAK PERLU SEGAN PUNYE

“ nak makan sini ker??.. giler ramai pompuan”
“ ala, pedulik pe.. bukan slalu ko masuk café pompuan..hahaha..”
“ habes dah ni jer dekat, layan je r”
“ ingatkan dah malam pompuan-pompuan nie dah tak makan “
“ aku tak de hal bro “
“ siyes??..jom r masuk “

Dialog-dialog sebelum melangkah ke café mahallah maryam.. nak makan chicken chop muazan belanja punyer pasal... segan tak segan tolak tepi dulu haaa.. rezeki musti jangan ditolak..

“ chicken chop ada lagi?? “, tanya muazan.
“ ada “, balas akak kat kedai chicken chop.
“ bagi 3 set “, tempah muazan lagi..

Thanks bro.. hehehehe...

Dengan café yang majoriti pompuan, tetibe ada 3 orang laki duduk makan kat satu meja..
Tak macam pelik ker??.. namun aku tolak tepi sume tu..

“ pergh, aku dah cakap dah ramai budak batch aku kot dalam nie, budak kelas aku ramai”, kata muazan..
“ ala, rilek r bro.. bile lagi diorang nak tengok ko dalam nie.. hahaha”, kata aku...
Amin wat muke tak tahu jer makan chicken chop, aku pun mengikis rase segan di café pompuan dan muazan makan dengan machonye sambil ditegur oleh classmate pompuan dia yang pelik tengok dia kat situ.. hahahahahaaa...

..................................................................................................................................

Malam tu muazan balik bilik awal sebab esok nak exam.. aku dan amin tak dapat ke dewan untuk dengar forum sebab abang khairullah nak wat mesyuarat tentang gerak kerja KPIJ khususnya di bahagian pusat..

Pengisian lebih kepada gerak kerja kaderisasi untuk mencari penggerak KPIJ di bahagian johor bahru... aku tak banyak berkata-kata dalam mesyuarat tu sebab masih kerdil lagi diri ini..

Aku asyik duk perhatikan kak faridah duk makan buah limau yang ada kat tengah-tengah tadi.. mesyuarat kitorang berbekalkan sepinggan besar buah limau dan air teh susu.. ntah mane ada kat tepi tu tak makan, baik kitorang habeskan.. hehehehe.. dalam serius ada sempoinya yang buat aku rase rilek.. namun dalam hati ada juga terfikir sesuatu.... sesuatu...... ??? ....

Selepas peserta habes forum, di MPH.. aku masih meneruskan tugas mengambil gambar walaupun dalam keadaan mengantuk...

PESERTA KPIJ TAK PUAS HATI !!!

Pergh !!.. memang terkejut bila tengok amirul, salah sorang peserta dari johor tetibe ke hadapan... dan dia memanggil peserta sorang lagi .. mereka bermasam muka.. seperti nak bertumbuk.!!..

Amirul menyebutkan nama akak fasi kumpulan dia.. macam tak puas hati..

Suasana tegang ketika itu.. muka akak – akak fasi dan urusetia yang lain kelihatan terkejut..

“ sape fasi diorang nie, minta bangun “, pinta abang zaidi.. person in charge malam tu..

Terkejut akak tu...

“ satu.. dua .. tiga .. Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan kamu “

Kedengaran suara bergema di MPH.. gimik belaka sume tu... biasa dah aku saksikan drama sebegini dalam program-program.. dan ternyata ia satu kejutan yang pada aku sesiapa yang terkena pasti rasa dihargai dan terharu.. dimana ikatan persahabatan itu kian rapat ..

Tiada catatan lagi.. tidur ... esok aku nak kene wat slide show..

HARI KETIGA : 7 JUN 2009 | bukan setakat berakhir disini...

Pagi tu ngantuk giler.. amin jer yang g amik gambar untuk riadah dan sarapan..

“ pukul 9 pagi !! “.. kejutan untuk aku..
Aku terus ambil laptop muazan memulakan kerja-kerja penyusunan gambar bagi setiap slot.. dan kerja editing dan pembinaan slide show bermula.. aku nak buat gempak-gempak sangat dah tak cukup masa.. aku ada 3 jam jer nak selesaikan sebab penutup jam 12..

“ assalamualaikum, nah ni gambar sidang pleno “.. amin masuk ke bilik dan ketika itu aku masih lagi di hadapan laptop untuk edit slot ketiga.. pantas aku pindahkan gambar terbaru ke desktop..

“ pasni budak-budak terus g experimental hall untuk penutup.. diorang dah pack barang terus balik”

“ abes, kita terus letak beg kat sane r ek, ada moto mantap gak.. berat nak menapak lagi nie”

“aku mintak tolong member aku kat program tu, dia ada moto “, kata amin .

Slide yang dibuat tadi siap dalam jam 12.10 tengahari dan selepas itu kami ke dewan untuk penutup.di majlis penutup ucapan disampaikan oleh saudara mohd khidir ( abang dat ) presiden PPIWP, saudari mariati yang merupakan timbalan YDP HEWI dan juga perasmian penutup dirasmikan oleh salah seorang wakil YDP SRC ( Students Representative Council atau MPP ) UIAM. Abang Dat memang sudah diketahui ucapan beliau nampak sempoi dan lawak tetapi memnpunyai mesej tertentu, kak mar aku tak sempat dengar sebab g amik hadi time tu..

ucapan wakil SRC tu menarik dengan intonasi dan isi – isi yang matang menampakkan kredibiliti dan cirri-ciri pemimpin.. lebih menekanan peranan mahasiswa yang bukan sekadar pelajar tetapi lebih dari itu. Bila difikirkan usia dia dan aku dusah tentu tak jauh beza, tetapi pencapaian diri jauh berbeza.. mase dia berucap bermacam-macam difikiranku.. dan aku pendamkan sendirian.................

ketika slide show nak ditayangkan, aku orang yang paling berdebar sebab aku pakai hemtam je effect-effecr dan ayat... hahaha.. memang dah risau giler r..

“ kalau takde orang komen ok la tu..hehehe..”, kata amin.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, tepukan membuat aku sedikit lega.. bukan terasa bangga tetapi sekurang-kurangnya mereka berpuas hati.. andaian aku sahaja...


Selepas solat zuhur, peserta-peserta dari KPIJ dibawa melawat ke perpustakaan UIAM dan sektarnya oleh abang khairullah, kak sarah dan kak faridah.. aku ketika itu lebih kepada melihat sahaja rekabentuk bangunan UIAM, gelagat pelajar-pelajar luar Negara yang berada di mana-mana dan masih lagi memikirkan kehidupan di kampus ini...

Dah 8 page aku taip nie, maka cerita dipotong sedikit....

Jam 4.30 petang, kami bertolak pulang ke johor..

Dalam beberapa program, tempat kali ni buat aku terasa lain..

Ape-apepun bulan ini akan ada lagi aktiviti.. dan aku macam nak letakkan ia aktiviti last sebelum aku ke gombak... muktamar KPIJ Pusat.. nak kene design banner mukatamar plak pasni...

Karutan yang agak panjang kali ini... sape yang dah baca habis kire mantap r.. kalau sakit mata sebab tengok skrin lame-lame, g beli eye mo..

Sekian...........

Artikel berkaitan di Laman Blog KPIJ ( sini ) dan Laman Blog PMGK 2009 ( sini )

10.32 pagi
11 jun 2009
Rumahku...........

05 May 2009

Kem Khalifah Muda 2009

KEM KHALIFAH MUDA 2009

Alhamdulillah.. bertempat di Masjid Jamek Kg. Sungai Bagan, Rengit, Johor pada hujung minggu yang lepas sekali lagi aku telah dapat menghadiri satu program anjuran Kesatuan Pelajar Islam Johor. Program tersebut berlangsung pada 1-3 mei 2009. Program yang lebih kepada input “hamba dan khalifah” ini dianjurkan dengan tujuan untuk memberi sedikit ilmu dan berkongsi dengan remaja-remaja di sekitar kawasan tersebut akan tujuan manusia diciptakan di muka bumi ini. Tugas aku di dalam program ini bukanlah menjadi fasi seperti “sparkle youth camp 09” tetapi seperti biasa di bahagian teknikal program.

…………………………………………………………………………………………


Datang lewat

Khamis, 12.40 tengahari di hadapan sekolah menengah kebangsaan simpang renggam. Aku duduk di pondok menunggu bas yag berhampiran untuk menunggu adik yang pulang dari sekolah pada jam 1.10 petang. Program di rengit kian hampir tetapi aku merasakan aku tidan dapat untuk memberikan komitmen penuh kali ini, kemungkinan esok aku tidak dapat turut serta kerana hari jumaat ayah berniaga di pasar malam sri lalang, kluang. Aku telah masak dengan suasana pasar tersebut pada hari jumaat, sememangnya ramai orang akan hadir dan setiap jumaat boleh dikatakan aku agak sibuk di pasar sri lalang. Jika esok aku turut serta ke rengit, tiada siapa membantu ayah tambahan ibu kurang sihat. Aku juga dalam keadaan ingin menggunakan sedikit wang. Lalu aku mengambil keputusan untuk memberitahu kepada abg abe akan ketidakhadiran ku pada hari pertama program..

Maaf rakan-rakan.. aku...

ada komitmen lain yang lebih penting ketika itu..

Perjalanan

Sabtu, 8.00 pagi.. aku memulakan perjalanan ke Rengit. Aku melihat meter minyak di van masih ada lebih kurang rm10 tetapi sebagai persediaan aku ke stesen minyak juga kerana dikhuatiri tidak cukup minyak yang akan digunakan. Perjalanan berjalan lancar , di jalan simpang renggam - benut kenderaan besar agak banyak tambahan jalan yang sempit tetapi aku tidak menghiraukan semua itu dan memandu dengan halaju 100 km/j dengan tujuan hendak sampai cepat kerana aku memerlukan masa untuk mencari masjid tersebut. Lagipun abg. Khairullah meminta aku untuk buat “design” hadiah untuk penceramah. Menyelusuri jalan benut – rengit tiba-tiba hujan turun dengan begitu lebat sehingga menyukarkan pemandangan aku di jalanraya. Sedikit gusar di hati kerana tayar van sudah terhakis bunganya dan aku terpaksa memperlahankan halaju pabila melalui jalan yang dibasahi air hujan. Sekitar jam 8.35 pagi aku akhirnya selamat tiba di masjid tersebut. Tidak susah hendak mencarinya kerana betul-betul di tepi jalan utama. Selepas bersalaman aku terus membuat “design” tersebut. Aku begitu asyik di hadapan laptop tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, ketika itu abang sidek, exco ABIM Johor tengah menyampaikan ceramah beliau. Aku kurang arif tentang perjalanan program kerana belum lagi melihat tentative program. Monitor computer yang rosak membuatkan sedikit kerjaku tergendala.


Program

Sehinggake tengahari selepas LDK, aku dan Hadi keluar sebentar untuk mengambil makanan di kampung berhampiran. Hadi sebaya denganku tetapi telah memasuki UIAM Gombak pada semester lepas dalam jurusan Fiqh. Kami berbual-bual kosong ketika dalam perjalanan. Selesai mengambil makanan dan menghidangkannya aku berbual-bual dengan sahabat yang lain terutama zul ikram yang sekarang sudah mempunyai syarikat konsultan sendiri. Selesai solat zuhur, program diteruskan dengan slot dari YDP KPIJ, Sdr. Zainuddin. Penyampaian beliau yang bersahaja itu sedikit sebanyak dapat memberi informasi berguna kepada peserta program. Aku ketika itu sempat juga merakan video dan mengambil gambar untuk digunakan dalam “multimedia show” nanti. Seperti biasa aku yang akan menyunting video dan gambar tersebut.elepas solat asar, para peserta diberikan modul khidmat komuniti dimana mereka dikehendaki mencari rumah sesiapa sahaja untuk dilakukan kerja-kerja sukarela. Memang aku tidak pernah melihat atau melakukan modul seumpama ini.
Aku dah hadi ketika itu sedang sibuk mengambil video dan gambar. Berulang alik menaiki motorsikal kami menjelajahi setiap kumpulan bagi merakamkan hasil kerja mereka. Kelihan kesemua peserta begitu komited dengan tugasan masing-masing. Jam 6.30 mereka pulang untuk makan malam dan solat maghrib.

Solat maghrib dan isyak telah disempurnakan. Slot seterusnya disampaikan oleh Ust Razak, Timb. YDP ABIM Johor. Aku telah mendengar modul yang disampaikan beliau sebelum ini dan memang cukup menyentuh hati pabila mendengarnya. Ceramah yang diiringi musik yang kadangkala menaikkan semangat dan kadangkala menyentuh perasaan itu membuatkan para peserta tidak mengantuk meskipun keletihan di siang hari.
Aku ketika itu meneruskan kerja-kerja menyunting gambar dan video. Setelah sejam aku baru menyiapkan intro video tersebut. Jika hendak betul-betul puas hati aku memerluka sehari suntuk untuk membuat penyuntingan dan penambahan idea meskipun hanya menggunakan windows movie maker Vista. Ada yang mencadangkan Ulead Video Studio tetapi aku masih lagi belum mahir menggunakannya.
Program malam itu telah selesai, kami para urusetia dan fasi berkumpul untuk diadakan “post mortem” . segala pendapat dan penambahbaikkan dibentangkan.

Selesai perbincangan, aku perlu menghantar beberapa orang akak ke rumah peserta untuk mereka bermalam di sana. Tempat penginapan kali ini bagi perempuan memang agak jauh tidak seperti program sebelum ini. Selepas itu seperti biasa jika sudah berprogram waktu malam kami urusetia lelaki akan pergi minum dan makan di warung berhampiran… hehehe.. sudah menjadi kelaziman waktu 2 pagi sebegini digunakan untuk berkumpul dan berborak-borak. Maklumlah di siang hari sibuk menguruskan peserta.
Ketika menunggu makanan yang dipesan tiba, aku dan zul menghubungi muazan yang kini berada di uiam. Mengacau dia sudah menjadi kebiasaan semenjak kami di pusat asasi. Ada saja bahan seloroh antara kami.

Jam 2.45 pagi kami pulang ke masjid untuk berehat bagi mempersiapkan diri untuk program pada hari terakhir.

Penutup

Ahad.. 3 mei.. tidak banyak yang aku tahu tentang perjalanan program kerana sejak selepas subuh tadi aku duduk du hadapan laptop untuk menyiapkan suntingan video. Aku hanya berhenti seketika untuk mandi dan makan.. memang bila berada dihadapan laptop aku menjadi begitu leka dan focus dengan kerja. Minat membuatku begitu. Menghampiri jam 1.00 tengahari aku sedikit tertekan kerana video sedang melalui proses akhir penyuntingan tetapi majlis sudah sampai ke ucapan terakhir. Tambahan dengan laptop yang digunakan agak lambat.. vista, aku memang menjangkakan ia tetap lembab seperti dulu. Sedang proses “publish” menghampiri 90% , aku melihat amin cuba memanjangkan masa sehingga ke waktu zuhur. Aku sedikit lega kerana tayangan akan dilakukan selepas zuhur. Aku memang lambat dalam membuat video untuk apa-apa program kerana inginkan kelainan dalam idea aku sendiri. Alhamdulillah selepas zuhur majlis penutup berjalan lancar. Selesai mengemas dan bersalaman, jam 3.45 petang aku perlu menghantar beberapa orang rakan ke stesen bas Batu Pahat. Agak keletihan memandu dijalan yang bengkang bengkok tetapi itu hanyalah bukanlah apa-apa selain hendak membantu mereka. Aku bukan bersendirian ke sana kerana ada “tapir” mengiringi perjalanan kami. “TAPIR”??.. hahaha.. sebut saja kereta tapir dikalangan kami sudah mengetahuiya..

Pulang..

Dan akhirnya program telah tamat. Aku meneruskan perjalanan pulang dari batu pahat ke simpang renggam.

Memang begitu letih dan mengantuk bila berprogram tetapi kehadiran rakan-rakan yang menceriakan suasana mengubat keletihan itu. Aku juga telah lama tidak berjumpa dengan mereka jadi bila berjumpa keadaan masih seperti dulu.

Muktamar semakin hampir dan untuk muktamar-muktamar seterusnya aku masih berfikir……………………………..

Salam..

26 April 2009

Program Khidmat Komuniti Kg. Parit Ismail

Tarikh : 25 April 2009
Tempat : Masjid jamek kg. parit ismail,benut


Sudah lama rasenye aku tidak menulis tentang program-program yang aku sertai. Kali terakhir program kem sparkle youth bulan lepas. Alhamdulillah semalam telah berlangsung program khidmat komuniti anjuran Kesatuan Pelajar Islam Johor bertempat seperti di atas. Program yang bertemakan "kami bersama masyarakat" ini lebih kepada aktiviti sosial yang melibatkan generasi muda. Sudah lama aku tidak melakukan aktiviti seumpama ini, kali terakhir semasa di PLKN 2 tahun lalu..

Pagi sabtu itu, aku ke sana dengan menaiki van sahaja, tercari juga masjid itu sebab aku jarang jalan-jalan ke kawasan benut ini. Setelah sampai di masjid dan bersalaman, abg. khairullah mengajakku ke pekan benut untuk mengambil skuad batalion tambahan..

siapa??..

18 orang pula nak kene ambil..

mereka semua dari SMA arab An Nur. Agak terkejut juga dengan jumlah yang ramai tapi satu perkembangan yang baik untuk generasi muda masa kini..

pagi itu program dibahagi kepada dua tempat. Masjid dan sekolah agama. Macam-macam kerja yang telah dilakukan. Di bahagian luar masjid dan stor pelajar-palajar SMA An Nur dan ahli-ahli KPIJ membersihkan kawasan tersebut. Longkang-longkang dibersihkan, barang-barang lama dikumpulkan. Terdapat pinggan mangkuk yang sudah lama tidak dibasuh kerana dibiarkan di dalam stor turut dibersihkan. Di bahagian dalam masjid pula dibersihkan oleh ahli wanita KPIJ.

Di sekolah agama, sebahagian pelajar-palajar melakukan aktiviti mengecat pasu-pasu bunga dan membuat tulisan khat di beberapa dinding sekolah. Kesemua aktiviti berjalan lancar walaupun hujan seketika lebih kurang sejam..


Sedang aku melakukan kerja-kerja pembersihan ini, aku teringat kembali kenangan bersama rakan-rakan di PLKN Kem Sri Ledang dahulu. Suasana yang serupa. Dan sememangnya aktiviti sebegini memang aku berminat untuk menyertainya..



Tugas-tugas pembersihan dapat disempurnakan dalam jangkamasa yang singkat kerana sebelum zuhur semua kerja telah selesai. Sebaik sahaja selesai solat zuhur dan pemberian cenderahati kepada imam masjid, kami semua ke rumah abg. khairullah untuk menjamu selera..

menu : sup , tempe, tauhu goreng, sambal kicap..

wah !!.. agak teruja aku dengan masakan sebegini.. hehehe..
tempe memang tidak boleh lari dari masyarakat jawa di johor ini umpama budu yang sinonim dengan masyarakat kelantan. Selepas selesai menjamu selera, abg. khairullah memberi sedikit penerangan kepada para pelajar berkenaan dengan KPIJ itu sendiri. Selepas itu, aku dan abg. khai menghantar pelajar-pelajar untuk pulang..

Sedikit slot usrah dan perbincangan diadakan selepas aku menghantar mereka pulang. Perbincangan untuk program rehlah hari ini dan kem minggu hadapan. hari ini aku tidak dapat mengikuti rehlah kerana kerja. maklumlah, moniter belum dibeli lagi jadi aku perlu menjimatkan wang keluar dari poket.. hehe.. InsyaAllah esok aku akan mendapatkan moniter itu..

Hmm, untuk program minggu depan masih kekurangan fasi lelaki. Pening juga siapa yang mahu diajak. Masing-masing sudah kembali ke U. Masalah juga ni..

Dan selepas solat asar, aku bertolak pulang. Program ini biarpun ringkas tetapi sekurang-kurangnya ada sesuatu yang dapat diperolehi..

Terima Kasih kepada semua yang terlibat..















Tamat ..